Di Penghujung Waktu



30 Disember 2015-Majlis Perpisahan Bersama Rakan Sekerja


"Penat tak kerja sorang-sorang selama partner takde Ana?"


Sesungguhnya aku tak tahu jawapan bagaimana harus aku berikan.Soalan tu mungkin boleh aku balas dengan 'jawapan' begini :

"You think working with your partner (kalau yang tak berapa ngam) is tough enough?
Try working alone"

Dalam hidup ni memang adatlah ada pertemuan dan perpisahan. Cuma, cara kita hadap 'perpisahan' tu je yang membezakan. Ada je orang yang buat rilek hati kering hadap perpisahan. Apa ade hal. Nak sedih-sedih bagai. Benda memang kena hadap. Chill lah bro! Setiap perkara yang jadi mesti ada hikmah. Betul tak? Dah tu yang nak bersedih bagai ape hal?

Sebab tu tadi aku kata : "cara kita hadap 'perpisahan' tu yang membezakan.

Aku sekarang ni dalam fasa muhasabah diri sendiri. Bermula 1 September aritu aku terpaksa kerja sorang diri disebabkan partner aku bersalin pra-matang. Mula dari saat tu, dalam mindset aku :

"Rilek Ana, nanti lepas setel hal anak, she'll be back in action with u
Boleh buat welcome party untuk Cik Ida and baby dia nanti" :( 

Aku tak pernah ready untuk hadap segala perkara ni. I mean, memang aku ada letak target bahawasanya one fine day nanti salah sorang antara kami akan pergi juga tapi tak sangka secepat ini.

4 bulan aku kena struggle kerja sesorang dengan harapan nanti partner aku will get back to work. Apa korang ingat aku tak sedih bila tetiba partner in crime kata dia terpaksa pilih antara ANAK dan KERJAYA?

Sampaikan aku takde jawapan bila ada yang tanya aku soalan :

"Hang tak sedih ke Ana?"

5 Tahun bekerja sama-sama. Sakit sama-sama. Susah sama-sama. Start everything from zero sampai diberikan rezeki berjaya membantu sorang brader ni "from zero to hero". Apa hang ingat hati aku tak koyak ke bilamana saat partner aku kata dia kena berhenti kerja disebabkan dia kena pilih ANAK.

Kalau ditanya aku sekarang ni apa perasaan aku. Seriyes aku tak tahu nak rasa macam mana. Yang aku tawu aku sedih. Aku cuma harapkan pengakhiran 2015 ni membawa keindahan masuk 2016.

Ye aku tawu- Allah Maha Mengetahui.

Aku belajar redha.
Tapi jiwa sedih tetap sedih.
Selagi nama manusia, perpisahan tetap membawa kesedihan.

Memang menipu kalau kata tak sedih.
Nak buat apa pun jadi tak semangat.

Layan lagu Semangat Yang Hilang kejap


**************************************************************************


Warkah Buat Cik Ida (Anoi)


Noi,
Banyak sebenarnya yang aku nak bicarakan.
Aku kuat. tapi bukan selalu.
Kadang senyum tawa tu cuma hiasan,
untuk aku nampak kuat depan hang.
Sebab tu jugak aku tolak untuk bagi final speech masa majlis farewell.

Noi,
Banyak ilmu aku dapat sepanjang perkenalan kita,
Kerjasama susah payah kita,
Turun naik, sakit demam kita,
Kejayaan capaian terbaik setiap tahun kita,
Sangat banyak Noi.

Noi,
Selama 'ketiadaan' hang cuti bersalin,
Aku pegang segala 'kekuatan' hang selama ni,
Biarlah apa pun jadi, KPI mesti paling tinggi.

Noi,
Aku cuba kekalkan 'semangat juang' hang Noi,
InshaAllah aku cuba.

Noi,
Terima kasih segalanya untuk perkongsian kita selama ni.
Semoga segala yang berlaku ni besar hikmahnya.
Moga Assyifa terus sihat, jadi anak solehah untuk hang sekeluarga.

Noi,
Doakan Aku juga ya.
Kesihatan aku.
Kerjaya aku.
ohhh ya !
dan Jodoh aku 

**************************************************************************

10 comments:

  1. Sedihnya kak bila baca. T.T

    Stay strong kak.

    ReplyDelete
  2. betul la..akak pun rasa apa yang adik rasa..bila kita ada kawan rapat..tiba2 tak jangka terpaksa berpisah..Allahu...

    ReplyDelete
  3. In sha Allah nanti akan ada pengganti yang macam dia juga :D

    ReplyDelete
  4. Moga sentiasa kuat ya, kak Ana :)

    ReplyDelete
  5. Asssalam Ana... hihi Ana sihat? lama tak jalan2 blogwalking... hihih...
    Psttt.... haritu ada tanya camana nak buat emoticon tu kan... ni tengok tuto kat sini http://www.gimanacara.com/2014/02/cara-tampilkan-emoticon-di-blog.html

    ReplyDelete
  6. be strong kak ana..everything happens with a reason...mesti ada hikmahnya...yakin dgn Allah ye kak ana...love you...

    ReplyDelete
  7. Cmon Ana.
    Yang terputus hanya hubungan sebagai partner.
    Tapi hubungan persahabatan still ada, kan?

    Maybe dah masanya kena ada partner baru.
    Dalam pekerjaan dan juga dalam hidup.

    Jyeeaaahhh!!

    ReplyDelete
  8. Siapa x sedih terpaksa berpisah dgn member rapat. Nasib baik aku dh boleh move on sedih aku terpaksa berpisah dgn member study hari tu.

    Lek la ana.. Biarkan la partner kau tu nak jaga anak dia. Tu priority dia. Semua org pun akan berpisah jugak satu hari nanti. Xde benda kt dlm dunia ni milik kita pun. So, bila kena tarik pinjaman tu kena terima la. Siapa suruh x belajar betul2. Eh, lari topik. Hahaha...

    ReplyDelete