Jadi Suami Yang Bertanggungjawab

 


Aku kata kat anak anak aku :

"Zaman la ni kalau takat buleh laki habuan nak tolong usung troli kat supermarket, tak berlaki pun takpa. Bil kita bayar, groceries pun duit kita, otak nak berfikir hal rumah tangga pun kita, makan minum, pinggan mangkuk basuh ke tak, spenda dan kain baju orang pun kita nak kena fikirkan, baik tak payah ada laki pun takpa. Ramai orang lelaki, nak beristeri sebab nak ada bini. Bukan sebab depa ni layak jadi suami. Hati hatilah. Silap berlaki, esok esok menjadi hamba orang, bukan hamba Tuhan"

Prinsip aku : Aku, usung troli sendiri, urus diri sendiri, dan tak pernah susahkan orang lain selain family sendiri. Jadi, orang lain tu siapa, nak susah susahkan aku kalau hidup sendiri pun tak reti nak urus? Ada tidak menyenangkan, tidak ada lebih tenang.


---------------------------------------------------------------------

Perkongsian ni pun aku terbaca di Facebook.

Bunyinya agak keras tapi ada kebenarannya.

Zaman sekarang banyak kes suami pukul isteri & sebagainya.

Bila suami tak berfungsi dalam rumahtangga, pelbagai masalah timbul.

Semua beban diletak atas bahu si isteri, akhirnya meletup.

Punca utama berlaku cerai berai bukanlah kerana paras rupa kurang cantik.

Yang cantik pun diceraikan, yang ada kerjaya & baik juga diceraikan.

Entahlah, moga kita terpelihara dari segala masalah yang sebegini.

Buat golongan isteri yang menanggung beban ini, moga diberi ketabahan.

Moga si isteri terus kuat melangkah demi anak-anak.


12 comments:

  1. Betul... nak mencari suami yang bertanggungjawab sekarang ni umpama 1 dalam sejuta. Tapi, awal2 kahwin tu memang banyak cabaran sebab masing2 masih cuba memahami antara satu sama lain. Bila suami dan isteri tu mampu harungi segala cabaran dan menerima kekurangan masing2, insha Allah ikatan tu akan jadi lebih kuat dan suami pun akan jadi lebih bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  2. Suami yang tidak berfungsi, ibarat nakhoda yang pincang.
    Akhirnya tenggelam bahtera karam di lautan.

    ReplyDelete
  3. memang sangat kecewa kalau di hadirkanNya suami yang tak bertanggung jawab dan ambil mudah dalam semua urusan rumahtangga..

    ReplyDelete
  4. Sebagai ketua keluarga memang sepatutnya suami kemudi dengan terbaik dengan penuh tanggungjawab.

    ReplyDelete
  5. Suami nakhoda/pemimpin, jika gagal berfungsi mmg adalah akibatnya dlm sesebuah perkahwinan.

    ReplyDelete
  6. ye carilah suami yang sifat bertanggungjawab dia tinggi. gaji dia tak cukup tak apa insyaallah kita boleh sama bantu (kalau dia pun taklah ambik kesempatan). Ni kang dahlah gaji ko tak cukup, pastu balik rumah belagak pulak macam anak raja. makan tinggal, minum mintak dari bini...ehhhh banyak ko punya hensem

    ReplyDelete
  7. setuju, ape guna berlaki kalau semua isteri yg buat, uruskan...

    ReplyDelete
  8. Kehidupan perkahwinan bukan semuanya indah seperti digambarkan di medsos. Tetap ada duka dan sedihnya. Cuya pon takut sebab belum berpengalaman lagi dalam dunia perkahwinan. Moga dikurniakan lelaki terbaik untuk saya di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  9. Saya pernah pesan dengan anak lelaki, bila kahwin....segala kepentingan diri sudah tiada...semuanya untuk keluarga...

    ReplyDelete
  10. Betul....akak selalu pean kat Dania macam tu..akak dah pernah rasa seriknya 17 tahun jadi single mom kan, semua akak buat sendiri...dapat suami yang sekarang alhamdulillah...x pernah menyusahkan dan rajin tangan jugak...cuma bab masak je dia failed

    ReplyDelete
  11. Rasanya ibu bapa kena ambil peranan didik anak lelaki supaya jadi lelaki yang sebenar supaya apabila kahwin tidaklah aniaya anak orang.

    ReplyDelete
  12. Aaamiiin. Memang banyak kejadian macam nih. Istilah kata lelaki tak guna, menumpang istri saja. Trus mudah naik darah pula. Memang tak payah nikah kalo ketemu yg begini.

    Krn itu saya selalu tekankan ke anak2, cari suami haruuus yg seperti Papi mereka. Lebih dari papi boleh, tapi ga boleh kurang standard nya. Papi mereka yg selalu jadi patokan . Dan si bungsu pun yg anak lelaki, saya selalu minta contoh papinya, yg bener2 teladan untuk keluarga . Lelaki harus bertanggung jawab, beban nya besar dan berat

    ReplyDelete