Jom Buat Apam Mekar

 



Ini kisah cuti hujung minggu sempena bertemu cuti perayaan Chinese New Year.
Anak-anak cucu Mak Lang ramai pulang bercuti di kampung.
Saudara mara sendiri pula belum ada rezeki untuk pulang minggu tersebut.


Makanya, 'kerajinan' yang sedikit muncul pada diri, membuatkan teringin untuk cuba buat Apam Mekar yang tak guna banyak bahan ini.

RESEPI APAM MEKAR

- 3 biji telur (suhu bilik)
- 2 cawan gula kastor
- 1 sudu besar ovalet
* mix semua bahan sehingga putih

- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan air soda
* mix semua hingga sebati)
- kukus 15 minit

*untuk dapatkan apam yang mekar helok kejadian, gunakan api yang kuat.



Kejadian Apam Mekar merekah pecah kembang setaman.
Aromanya melambai-lambai ke dalam hidung.
Seronok berbagi pada anak cucu Mak Lang sebelah rumah hehehe.

Moga kita diberikan kesihatan yang baik,
Boleh berbuat baik setiap hari,
Tak kira apa juga kebaikan tersebut kan? Aminnnn

4 comments:

  1. warna hijau lebih menyerlah berbanding yg lain

    ReplyDelete
  2. Kuih kaswi pun Akk belum sempat try. Ana dah buat kuih apam pulak 😅
    Rajin Ana 👍🏻
    Semoga luas rezeki selalu

    ReplyDelete
  3. Elok betul kejadiannya tu nak try jugak la buat. Bahan lain ada kena beli soda jela ni.

    ReplyDelete
  4. cantiknye kejadiannya...

    ReplyDelete