Jalani Rutin Mata Ayah

 


Dulu aku pernah kongsikan Kisah Operate Mata Abah pada tahun 2021.

Masih segar lagi waktu tu PKP dan hari pertama abah masuk wad adalah hari pertama Ramadhan.

Aku pula masa tu diuji dengan kesihatan Mak yang juga baru selesai ulang-alik cuci luka.

Ditambah dengan waktu tu Covid, PKP dan adik beradik lain tak dapat rentas pulang ke kampung.

Terasa sayu sungguh perlu uruskan semuanya seorang diri.

Aku bawa juga mak pergi urusan abah di hospital sebab aku tak sanggup tinggal mak sendiri.

Untuk tahun ini pula, nampaknya mata abah sebelah kiri pula bakal menjalani pembedahan.

Haritu dah bawa abah untuk rawatan kesihatan di Pakar Mata Hospital Teluk Intan.

Syukur semua kandungan gula, bacaan tekanan darah juga okay.

Jika tiada masalah, perlu hadir lagi nanti untuk sesi pembedahan mata.


Selesai rutin check up abah, aku bawa mak & abah pergi repeat makan Pak Man Nasi Tempurung.
Tempat ni memang dah jadi lokasi feveret mak & abah tiap kali ada urusan di Teluk Intan.
Cara nak makan di sini sangat mudah sebab kita hanya perlu ambil sendiri dulang,
dan lalu je di station juadah yang disediakan dan kutip saja semua jenis lauk yang kita nak.
Tiba di penghujung station akan ada kaunter untuk pembayaran.

Selesai bayar semua juadah lauk pauk (tambah dengan nasi dalam tempurung),
kita boleh cari tempat duduk (tempat duduk banyak) dan selesa.
Mak pilih nak lauk keli salai masak lemak cili api, gulai kawah, sambal paru, telur masin & bendi.

Untuk pilihan air, kita boleh pergi pilih dan bayar di kaunter air.
Pelbagai jenis air ada tapi aku pilih untuk minum air kosong.


3 comments:

  1. Kira tiada letak lauk terus pada nasi.
    Kalau sedap, ulang-ulang datang makan.

    ReplyDelete
  2. Aduhai..kak SA suka makan macam tu..sedapnyaaa

    ReplyDelete
  3. Semoga mak abah sihat² selalu 🤲🏻
    Sedap dan kena dgn selera mesti selalu repeat kan. Nasi tempurung belum pernah jumpa lagi. Kot tersesar ke TI boleh try :)

    ReplyDelete