RESEPI ROTI JALA 3 BENUA (KLASIK, PANDAN & COKLAT)
- 1 biji telur
- 1 sudu makan gula
- 2 sudu makan minyak masak
- 1 tea spoon garam
- 1 tea spoon serbuk kunyit
- 3 cawan tepung gandum
- 3 cawan air
- blendkan semua bahan (hingga lubang pusaran sebesar jari kelingking)
- jika lubang besar tambah tepung sikit-sikit
- jika lubang terlalu halus tambah air sikit-sikit
*untuk roti jala pandan gantikan 3 cawan air tu kepada :
2 cawan air biasa + 1 cawan air pandan (yg di blend & tapis)
*untuk roti jala coklat serbuk kunyit tu gantikan dengan
serbuk koko (boleh juga tambah pewarna coklat jika mahu hasil warna yang lebih gelap)
Roti Jala Pandan (hijau) pula makan dengan sri kaya hijau pandan.
Roti Jala Coklat pula dimakan dengan sos coklat (cairkan coklat coin)
Selalunya roti jala coklat ada yang tambah pewarna coklat.
Untuk hasil warnanya yang lebih gelap dan pekat.
Aku saja tak tambah pewarna coklat untuk tengok hasil warna dia.
Sebelum-sebelum ni selalu buat roti jala 1 warna saja satu masa.
Kalini saja buatkan Roti Jala 3 Benua sempena ulangtahun cucu Mak Lang (sebelah rumah).
Bagi cucu-cucu Mak Lang seronok makan kongsi 5 orang.
Selalunya bila makan ramai-ramai, semua jadi sedap hehehehe
Cantik..
ReplyDeleteCantik kejadiannya...
ReplyDeleteNanti boleh la try sbb dah lama x menjala :)
Cantik kejadian jala nya. Sayang nak makan cantik2 ni.
ReplyDeletesaya tertarik dengan roti jala yang warna cokelat
ReplyDeleteSekarang ni roti jala jadi satu seni kan..kat office ni ada sornag akak tu pandai buat..macam2 bentuk jadinya
ReplyDeleteCantik kejadian roti jala ni.
ReplyDeletecantiknya.. ni kalau waktu jamuan sekolah ada lah yang tempah eh
ReplyDeleteCantik warna dan kemas Ana menjala.
ReplyDeleteUntunglah Mak Lang berjiran dengan orang rajin macam Ana.
cantiknya roti jala kak ana. Feveret giler makanan ni. bila dapat post ke sini tu kak ana hehehe
ReplyDeleteammi pernah buat roti jalan coklat... pekat nau warna sampai taktau dah masak ke tidak..haha
ReplyDeleteYa Allah kak ana, tak ada plan nak buka rumah makan kah 😍😍😄? Semua makanan yg kakak buat platingnya menggoda sangat. 🤤🤤👍
ReplyDelete