Untuk raya kalini Si Kakak & Adik (dua ketul anak saudara ni saja yang masih kecil),
beraya di Shah Alam & terus ikut Atok Nenek beraya di Kedah (sebelah Ibu mereka)
Ayah mereka tak dapat beraya bersama kalini kerana terpaksa memenuhi tugasan
ke Hong Kong bersama dengan Team Engine MAS.
 
Abang Long aku pula giliran berhari raya di Terengganu (sebelah Kakak Ipar Aku).
Meriah di sana dengan keluarga besar & berhari raya ke rumah saudara sekampung.
 
Makanya, tahun ni Mak & Abah aku mood sedikit down kerana tak cukup anak cucu menantu.
Ajak bergambar family photo pun nantilah katanya.
Mujur jugalah ramai keluarga MakLang, MakSu, PakTeh & lain-lain hadir pada pagi raya pertama
dan hari raya kedua, memberi sedikit kemeriahan juga pada mak.
 
Macam tu lah perasaan Mak & Abah bila ada anak/memantu/cucu yang tak dapat 
sama-sama pulang berhari raya pada raya pertama.
 
Sedikit mengganggu mood mereka.
Hanya aku & Bong saja yang mampu ada setakat ini.
 Aku pesan pada Bong cari jodoh orang dekat saja senang nanti,
waktu hari raya rentas desa saja hehehe

9 Comments:

  1. Salam Lebaran. Inshallah..ok jer nanti mak n abah tu bila cucu2 dan anak menantu datang lepas berhari raya di kampung masing2..ngeee...

    ReplyDelete
  2. Salam lebaran kak ana. Alooo jangan sedih2 raya ni okay. InsyaAllah semua happy2 nanti. <3

    ReplyDelete
  3. Ya la ibu ayah ni bila makin berumur mereka akan a bit sensitive. Bila ramai2 macam ni sedikit sebanyak boleh mengubat hati juga adik beradik yg tak balik.

    ReplyDelete
  4. Mcm family linda pula, kalau hari raya memang susah nak lengkap.. So, kita memang akan ada time lain yang cukup adik beradik nya.

    ReplyDelete
  5. Sama rumah nenek saya. Last year meriah betul. Ini Tahun memang tak berapa ramai..

    Selamat Hari Raya ye.. Cantik cantik baju semua...

    ReplyDelete
  6. bila anak2 dah berkahwin mcm tu laa...
    x pe yg penting nanti ada masa pasti diorg akan balik beraya bersama walaupun dah lps 1 syawal

    ReplyDelete
  7. Pasti ada giliran pada lain kali.
    Gitulah kitaran masa raya.. sebelah satu lagi pun mengharapkan kepulangan anak mereka.

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya sis =D

    ReplyDelete