Kisahnya semasa kami keluar rehat makan tengah hari, kami didatangi seorang kakak yang agak muram wajahnya. Bersama dengan dia ada dua anak kecil perempuan. Dia mendekati kami & terus tanya soalan :
"Kak. apps ni betul boleh dapat duit ke?"
Sambil dia tunjukkan skrin smartphone yang penuh calar agak teruk. Dia tunjuk beberapa apps yang kami tak pernah dengar antaranya :
- Steps Cash -AttaPoll -Golden Survey -Cash Giraffe
Kami memang tak pernah dengar & tak pernah guna apps yang dia tanya tu. Dia kata saya tengah terdesak sebab suami kena berhenti kerja sebab company kurangkan orang. Dan dah 3 bulan tak dapat bayar sewa rumah & owner rumah dah beri notis keluar rumah.
Kami hanya berpandangan dan hanya bagitahu kami tak pernah guna apps tu semua. Dan tak berani nak cadangkan untuk dia guna. Risau scammer apa semua. Maklum sajalah zaman sekarang ni ada macam-macam teknik orang nak pergunakan orang kan? Moga dipermudahkan urusan akak tu sekeluarga.
Zaman semakin keras sekarang :(
Allahu...kesiannya... moga dipermudahkan urusan kakak tu...aamiin
ReplyDeleteAllahu..ramai je dapat masalah macam ni sekarang..kita yang masih bekerja ni elok jaga kerja kita baik2 kan..risaunya....
ReplyDeletealamak... kalau ada apps boleh bagi duit free memang ramai lah yang nak..
ReplyDeletetakut apps tu lagi menambahkan hutang
YaAllah. moga Allah permudahkan dan perluas rezeki mereka
ReplyDeleteMungkin kedatangan dia untuk bagi kita kesedaran. 😭
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusannya. Hidup makin lama makin keras :(
ReplyDeletejgn sembarangan guna apps eps yg mcm ni... nnt tau2 dia sedut duit kita. apps bank pun org boleh godam ni kan pula apps picisan mcm ni... tkt lbh byk menipu drpd manfaat...
ReplyDeletesmoga dipermudah urusan olehNya..
ReplyDeleteYa Allah, semoga dipermudahkan urusan beliau sekeluarga.
ReplyDeletezaman skrg ni mmg mencabar tapi dalam masa yang sama kene berhti-hati juga
ReplyDeleteYa Allah kasian nya..... Tapi apps yg dia tanya saya tak pernah dengar juga kak. Jadi tak berani pun kasih opini. Takutnya juga scam kan. Atau apps yg bisa mencuri data users
ReplyDelete