Sambutan Hari Keluarga
anamizu
22 September
25 Comments
Masuk 4 bulan terakhir setiap tahun, macam biasalah aku dan jugak team kerja aku akan sibuk dengan aktiviti hari keluarga dan jugak karnival. Selalunya September akan dipenuhi 2 atau 3 event, sama jugak untuk bulan Oktober hingga Disember. Cuma tahun ni mungkin berbeza sikit disebabkan ada 2 orang team kerja aku bakal menamatkan zaman bujang dalam bulan November dan jugak Disember. Jadual program juga berlaku beberapa anjakan paradigma lah nampaknya. Aku je tak tawu lagi bila nak sampai ke garisan penamat zaman bujang =P
19 September baru-baru ni, kamiorang selesai handle program Sambutan Hari Keluarga Maahad Al-Ummah yang diadakan di Chalet Mengkawan di Felda Sg Klah.
Jangan tanya aku kenapa nama chalet tu 'Mengkawan' sebab aku lupa nak soal jawab owner chalet tu tentang asal usul nama tu. Nanti kalo ada masa free, aku cuba jadi Detektif Conan. Siasat kenapa nama chalet tu cenggitu hehehe