Sepuluh Hari Cabaran | Day #6

Pada cabaran #5 sebelum ni, aku perlu list kan senarai lagu, kalini aku kena list kan pulak tempat menarik yang ada dalam negeri yang aku tinggal sekarang. Banyak tempat menarik di negeri Perak ni sebenarnya.

Sekarang ni aku tinggal dalam negeri Perak. Negeri kelahiran aku sendiri. Sini lah tempat aku lahir. Sini lah tempat aku habeskan masa dari zaman aku kecik sampai habes sekolah menengah. Pastu berhijrah sekejap dok Penang 3 tahun pastu balik semula sebab dapat kerja di Perak.

Day #6 : Five Interesting Places Near Your Hometown

1.Sg Klah Hot Spring-Sungkai
Lokasi Hot Spring ni tak jauh dari rumah aku sendiri. Lebih kurang 30-40 minit cenggitu dah sampai. Landscape dalam dia cantik jugak. Masa awal pembukaan dia dulu aku selalu gak la pergi sebab masa tu tiket masuk masih murah dalam 5-7 ringgit gitulah. Sekarang ni tak dapatlah dah harga tu kikiki


2.Menara Condong-Teluk Intan
Menara Condong ni sebuah menara jam yang menjadi landmark bandar Teluk Intan. Asalnya dulu dia menjadi takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong dan rekabentuk dia seakan-akan Menara Pisa-Itali. Bangunan ni ada 110 anak tangga. Aku pernah naik sampai atas dan masa naik tu terasa pening lalat sikit maybe sebab kecondongan dia tu kot.



3.Taman Herba-Gopeng
Taman Herba ni terletak kat area Kampung Payang,Batu Gajah Perak. Ada lebih 500 spesis herba ditanam kat dalam ni antaranya Kacip Fatimah, Hempedu Bumi, Lidah Misai Kucing dan macam-macam lagi ada. Selain tu ada jugak dewan dan tapak perkhemahan kalau ada yang nak berkhemah kat sini. Tasik pon ada tapi aku tak tanya pulak ada ikan ke tak dalam tu hehehe

4.Istana Kellie-Batu Gajah
Kellie's Castle ni terletak kat tepi jalan Simpang Pulai menghala ke Batu Gajah. Bangunan lama ni dibina pada tahun 1910 oleh William Kellie Smith dan binaannya mengikut reka bentuk seni bina sebuah istana Moghul di Bandar Agra,India. Tapi tak sempat siap sepenuhnya disebabkan Kellie meninggal dunia. Bangunan ni kekal dalam keadaan tak siap sampailah ke harini. 

5.Gunung Lang-Ipoh
Taman Rekreasi Gunung Lang ni terletak hanya 5km dari pekan Ipoh dan merupakan salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di kawasan Lembah Kinta. Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan pada tahun 1999. Dalam tasik tu ada macam-macam spesis ikan yang saiz dia bapak arrrr besau giler! Lagi best kalo beli pallet untuk makanan ikan yang ada dijual kat jeti tasik tu. Masa tabur je, berebut-rebut dia datang. Phewwww hehehe


Ada banyak lagi tempat menarik di negeri Perak ni. Banyak jugak antaranya aku sendiri anak jati Perak belum pernah sampai ke sana. Memang ada dalam wishlist aku untuk travel ke tempat-tempat yang aku belum pernah jejak dalam negara ni. Almaklumlah nak travel obersea memang tak dapat restu daripada mak aku disebabkan syarat utama mak aku bagi tu. (selagi aku belum kawen) . Jadinye, kena travel dalam negeri atau negara sendiri aje lah nampak gayanya kehkehkeh








16 comments:

  1. rasanya semua kat atas tu wak dh pergi., hihi2.,
    kapal korek muzium tu tak masuk ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. amvoii wak dah pergi semuanya ye? hihi
      kapal korek muzium? huhh katne? tak pergi pon lagi wak.
      ishh ini tak boleh jadi. cemane wak lagi tahu ni hehe

      Delete
  2. wah perkongsian menarik ni..bagi yang masih tercari cari..boleh menyumbang idea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam menarik je hot spring dgn menara condong tu..tapi mampu tgk je la...jauh la pulak kalau nak pergi perak...

      Delete
    2. hot spring dgn menara condong tu memang menarik. tapi tu la jauh lak kan Bro Ley nak dtg perak. hehe

      Delete
  3. kenapa dia condong ehhhhhh? hahahha.

    RINDU ANA! KBAII!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia condong sebab scha tak tolong tegakkan dia hahaha

      RINDU SCHA JUGAK! K BAI!

      Delete
  4. Dalam list tu, paling nak pergi sekali ialah Kellie's Castle...hehe

    ReplyDelete
  5. dulu sy selalu pergi pasir salak...ikut kawan balik kpg dia...pastu perak ada tambun waterworld...pulau pangkor pun best....yg ptg mmg best laaaa perak hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh deanna dah pnh sampai pasir salak. lost world tambun ana pon blm pnh pegi hehe

      Delete
  6. Dulu masa akak ke Sungkai tak sempat gi hotspring :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kak Farah kena pergi hehe

      Delete
  7. byk2 tmpt kt ats tu cuma 2 je yg penah pegi yg lain tgk gmbr je ;-)

    ReplyDelete