Sepuluh Hari Cabaran | Day #2

Untuk yang belum baca cerita pertama aku tentang Sepuluh Hari Cabaran ni, boleh tengok kisah yang lepas. Kalau rajin lah. Kalau malas, proceed je kisah yang kalini. 



Day #2 : Nine Things About Yourself.

1.Sudah bekerja.
Ya aku dah bekerja. Ada yang rasa aku belum bekerja ke? Kalau yang selalu datang sini dah tawu lah aku ni dah bekerja. Pada yang baru datang, selamat datang, hai awak. Saya dah berkerja dah hehehe

2.Anak kedua.
Aku anak kedua. Atas aku Abang Long dan bawah aku ada  adik lelaki dua orang.



3.Lahir Tahun Harimau.
Boleh check kalendar kuda (aku panggil kalendar tu kalendar kuda sebab ada kuda kat belah bawah atau kadang-kadang belah atas tu. kehkehkeh) untuk ambik tawu aku ni lahir tahun berapa =P



4.Darah Jenis O Positif.
"Approach to  most things calm, relaxed and dont care about the consequences" -- aku rasa memang selalu aku tak fikir consequences. Kalau nak buat benda baik selalunya aku redah je, tak peduli dah kesan akibat dia. Lantak engkolah nak kata hape pon pastu kikiki

5.Tak Minum Soya.
Aku tak minum air soya tapi aku hantu tempe. Tak kesah tempe tu dimasak cara cemana sekalipun, kalau letak tempe sebelah KFC,
masa tu aku akan pilih tempe dulu. hahaha

6.Pisang.
Aku tak makan pisang secara terus. Errr cemane nak cakap ea? Maksud aku, aku tak makan pisang directly macam kupas kulit pisang tu pastu terus masuk mulut. No, aku tak boleh telan. Tapi kalau pisang tu jadi cekodok ke, jadi kek pisang ke, jadi kerepek pisang ke, memang aku pulun sampai licin tak tinggal orang belakang dah hahaha

7.Susun Duit.
Aku jenis susun duit ikot kepala dia. Maksud aku, duit kertas tu aku akan susun bagi sama kepala agong tu pastu baru simpan dalam wallet ke purse ke. Jadi wajib dah benda tu kena susun dulu kalo tidak aku jadi rimas tengok.

8.Radio Rather Than Tv.
Aku lebih prefer radio rather than tv. Kalau masuk ofis pun aku akan on radio dulu. Alhamdulillah ofis aku setakat ni speed internet boleh tahan gak bedesup pegi dia. Takde buffering. Dan aku prefer radio rather than TV sebabnya sambil dengar radio , tangan boleh buat keje. Tapi kalo tengok tv, keje stuck kat situ. Mata melekat kat skrin tv sampai ke sudah kehkehkeh


9.Eskrem Addict.
Yesss aku addicted to ice cream. Any type of ice creams. Kalau travel memana, muka aku memang wajib singgah tengok peti ais kat memana pit stop. Ushar ice cream apa yang ada. Dulu aku paling suka eskrem kacang merah jenis ais krim potong camtu. Sekarang susah dah nak jumpa. Aku tak sure tempat engkorang ada ke tak jenis camtu. Kalau aku balik kampung di area Bagan Serai,Perak aku ada la terjumpa beberapa kedai yang masih jual ais krim cenggitu. Lejen gak arrr eskrem potong tu. Rasa nak jadi tauke eskrem potong la pulak pasni ahaksss =P





10 comments:

  1. saya pun minat tempe sesangat. masa ke bandung dulu, ya Allah, tempe ada di mana2 :D memang rasa 'heaven' betul2. :)

    anyway, tempe kalau dalam kalangan budak2 Malaysia kat India, lain maksudnya. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana peminat tegar tempe hehe. huh kalau kalangan dorang, apa pulak maksudnya tempe tu???

      Delete
  2. alaaa teringin jgk nk masuk cabaran2 ni. cabaran semiggu sekali boleh tak? ahahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aje Zyra weyh. kalo nak setahun sekali pon boleh aje takde hal ahahaha =P

      Delete
  3. Waaahhhh!
    Tahun harimau laa dia...macam tahu je tahun apa...hehehe

    ReplyDelete
  4. Anak kedua? serupa la kita.. atas kak long bawah adik bradik pompuan..kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah anak kedua. serupa rupanya kita? kihkihkih

      Delete
  5. Mak aih...susun duit siap nak ikut kepala agong pulak kau ni. Rajin betul...Aku main sumbat je dengan lipat 2, lipat empat, semua aku main masuk je....haha..

    Btw, kat tempat aku ada je lagi aiskrim potong kacang merah tu...Tapi jual single la, xde dalam kotak macam gambar tu....Memang lejen dan sedap aiskrim ni...murah pun murah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku jenis tak suka duit berlipat-lipat. aku suka duit tu straight je. bukan kira rajin, tapi dah jadi tabiat aku cenggitu hahaha

      owhh yg jual single tu rasa dia lain sket dgn yg jenis mcm dalam kotak tu. rasa dia mmg lejen betoi kat tekak aku la. yup murah pon murah..

      Delete