Sakan Di Limastiga Melaka | Part 1

Dua hari satu malam berkampung di Melaka kebetulan pulak waktu jerebu paling teruk masa tu (14 & 15 September). Dari mula kami bertolak dari Perak, lintas Selangor, masuk ke Negeri Sembilan dan akhirnya sampai di Melaka, yang kami nampak hanya kabus dan berasap je sepanjang jalan. Mata jadi pedih dan terasa sesak dada.

Pit stop kat RnR Seremban. Masing-masing pakat pedih mata dan sesak dada. Aku dah rasa macam bukan ada kat Malaysia. Jerebu tebal kemain. Kekonon feeling macam kabus kat Cameron Highland tapi yang ni jerebu. Chissss~

Sepanjang kami kat Melaka tu, kami dah decide dah sapa akan jadi Captain so kami pon sepakat untuk bagi Ali handle jadi tour guide merangkap chef-de-mission sepanjang kami kat sana. Untuk hari pertama tu, Ali decide untuk cuba makan tengah hari kat Ikan Bakar Malim yang terletak berhampiran dengan kawasan MiTC Melaka. Senang je nak cari sebab restoran ni kat ujung corner lot. Nak parking pon mudah.

Tambah pulak...


perut pon dah berkeroncong macam-macam lagu keluar disebabkan jerebu tebal sepanjang perjalanan. Sampai je restoran ni memang aku tak kasi chance dah. Tunggu hape lagi. Seraaaaaang!


Walaupon waktu kami datang ni adalah hari biasa (Isnin), tapi boleh tahan ramai jugak orang kat sini. Maklumlah tempat femes memang cenggitu. Sampaikan nasik pon habes dalam thermos nasik tu. Aku dah lapar tak peduli nasik dah. Aku usung ke hulur ke hilir pinggan kosong tu pastu aku ushar lauk. Ada tempe! Takyah tunggu nasik pon takpe kalo ada tempe. hahaha! Aku bedal tempe 3-4 ketul (seketul tempe tu dia potong separuh size tapak tangan lebih kurang) pastu digoreng rangup. Perhhhhh tak boleh tahan. Meleleh ayaq lioq aku. Aku rembat tempe tu pastu kena beratur lagi untuk amek ikan siakap bakar. Boleh tahan azab jugak nak menunggu.

Dapat je, terus cari tempat duduk pastu melahap lah tak pandang kiri kanan dah. Setel makan dan perut pon dah kenyang, baru boleh bertenang untuk berfikir apa pulak next aktiviti nak kena buat.

Pastu untuk slot petang, ada riadah sukan air. Ada la 'kejadian' sikit yang berlaku. Nanti aku sambung. kehkehkeh




15 comments:

  1. wow! time jerebu pun masih menjalankan outdoor xtvt.
    ni mesti antibody power nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. power tak power gak la Mrs.A tp redah jugak demi merasa tempat best cenggitu hehe

      Delete
  2. pergh kental tol jerebu2 ni gi jalan2 outdoor. pastu singgah nismilan xjumpa aku! #sentap lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku terpaksa kental kan diri aku Ajim sebab masa ni la nak merasa villa mewah cenggitu hahaha. alamak sorry la weyhh sebab tak jumpa hang. aku lalu je kat Nismilan tu tak stop situ kikiki

      Delete
  3. waaaa.. sedapnya ikan tu.. hehe

    Jemput singgah k..

    Entry terkini

    1. "Aperture Squad Artwork"




    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap ikan gitu tambah pulak time lapar.
      inshaAllah dah singgah blog ejulz ;)

      Delete
  4. memang azab kalau berjalan2 time waktu jerebu ni.

    ReplyDelete
  5. Itu ikan masak apa ya? Nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ikan siakap bakar. pastu die ada tuang special sos diorang. itu yg buat jadi double seda tu Farah.

      Delete
  6. Ratah ikan tu cukup dh xnak nasi..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah memang betul pon amir. tak pedulik nasik dah nampak ikan tu hehehe

      Delete
  7. Skrol malam tengah lapar ni nampak pulak ikan bakar....
    adoi....
    Bertabahlah perut :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. halamak cian hang cEro. sorry tak sengaja hehe

      Delete
  8. IBM ni mmg sentiasa full house. dulu mmg sedap tp x tau laa skrg masih sedap lg o x ;-)

    ReplyDelete