Sakan Di Limastiga Melaka | Part 2

Slot riadah pada sesi petang kami diarahkan untuk melibatkan diri dalam sukan air. Aku kalau bab sukan air ni bukanlah tak suka tapi kurang suka sikit je sebabnya aku tak pandai berenang. Aku otomatik jadi sesak nafas kalau paras air tu melebihi paras dada aku. Kalo dalam kolam untuk kanak-kanak takde hal la. Boleh lah aku tunjuk skil renang gaya bebas ke segala macam gaya kuak kupu-kupu ahaksss

Tapi disebabkan atas arahan, aku terpaksa akur. Aku terpaksa merelakan diri aku untuk masuk dalam kolam yang kedalaman air dia melebihi paras dada aku. Mula masuk je dalam tu aku dah monolog dalam hati:

"Habessss. Masakla engko ana"




Tambah pulak kengkawan lain dok perangat. Pakat bakaq line bagi hangat hati. Mana buleh jadi. Musti mau terjun masuk gak. Tunjuk berani konon hahaha. Kami kena main polo air dan disebabkan ketinggian aku tak berapa cukup so aku diarahkan untuk main area bawah je la takyah nak mengada nak jadi striker bagai. Jadi keeper tu pon dah cukup mencabar untuk aku yang tak cukup ketinggian ni. Terkial-kial gak dalam pool tu masa kena attack. Dua jam fight dalam air tu sampai kaki pon cramp.Selagi tak cramp, tak naik. Padan muka aku. Sapa suruh pulun tak hengat. Yang penting team aku menang sebab pihak lawan asyik tak berjaya je nak skor goal. Bukan nak berlagak aku terror jadi keeper, tapi aku rasa sebab 'tiang gol' tu kesian kat aku yang terkial-kial terkapai dalam air tu agaknye sebab tu banyak kali 'tiang gol' tu yang tolong tepis bola tu tak bagi masuk kehkehkeh

Aku tak pernah cramp sebelum ni. Itu first experience aku diserang kekejangan otot. Banyak faktor yang boleh menyebabkan jadi cramp ni antaranya kekurangan air dan garam mineral dalam badan disebabkan perpeluhan, kurang atau tak buat pemanasan badan (warming up) sebelum memulakan aktiviti sukan, pergerakan yang berulang-ulang menyebabkan otot yang digunakan menjadi letih atau mungkin jugak disebabkan aktiviti sukan yang terlalu lasak. Otot badan jadi terkejutlah kalau sebelum ni engko bukan jenis bersukan pastu tetiba pulun engko lasak kemain main polo air sampai 2 jam. Memang itula makan dia =P






13 comments:

  1. wahhh kebasahan...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Saya kalau disuruh main polo air, mahu lemas agaknya. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala ana pon almost lemas gak. tu yg tak berani pegi ke tengah tu hahaha

      Delete
  3. Sama la. Tak suka sangat aktiviti air. Kalau dah terpaksa tu baru yer. Hehehe. Kita selalu jugak cramp, bersukan ke apa sebab bukan jenis yg aktif bersukan. Hew. Have fun Kak Ana. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana itu la 1st time cramp. sebelum2 ni tak pernah kena. byk sgt melompat dalam air agaknya kot izz hahaha

      Delete
  4. waaah seronoknya cuti sakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhhhh encik nafis!!! encik... kalo lah encik yang ada dgn kami.. mesti lagi double best hurmmmmm how i miss those old days memories T____T

      Delete
  5. kalau kena cramp otot mmg sakit...dulu sy pun selalu cramp kaki time pagi2...skg alhamdulillah dah xde...sejak minum susu...walaupun xsuka minum susu tp terpksa jugak telan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ana 1st time kena cramp ni deanna. hadui azab rasanya.minum susu jadi xde cramp dah la ye deanna? alamak ana pun jenis tak minum susu =P

      Delete
  6. nampak mudah kan tp bila dah main...haaa...lps tu mmg hazab kan ;-)

    ReplyDelete