Sepuluh Hari Cabaran | Day #3

Untuk cabaran seterusnya, aku senaraikan cara-cara yang bakal menambat hati aku. Huhh 'menambat hati'??? jeng jeng jeng...


Day #3 : Eight Ways To Win Your Heart

1.Konfiden.
Aku suka orang yang jenis konfiden. Tapi bukan yang jenis over konfiden. Yang tu poyo. Biar dia mereput sana. Maksud aku konfiden kat sini, tak kiralah lelaki atau wanita, dia konfiden tapi secara berpada. Tak buat orang lain annoying.

2.Bertolak Ansur.
Bila dia dah konfiden, haruslah dia kena ada sifat tolerate ni. Takdela nanti asyik pendapat dia je yang betul. Kalau dia ada sifat tolak ansur ni, dapatlah unlock next level untuk 'menambat hati' aku =D

3.Pendengar dan Pemberi Nasihat Yang Baik.
Gegerl biasanya memang selalu je ada banyak masalah. Yelah segala benda nak difikir. Tudung tak matching dengan baju pon dia boleh mood swing dari pagi sampai malam. Aku takdelah cenggitu. Aku jenis tak matching. Aku color-blocked kan aje semuanya. Puas hati kehkehkeh.




4.Penyabar.
Aku cukup respect insan-insan yang jenis penyabar ni. Awek dia punyala buat hal, dia boleh rilek je.

"Sabar, nanti ok la tu, katanya. "

Perhhh! Penyabar betul. Boyfren dia punyalah kaki kikis, dia boleh rilek je sabar lagi. Entah sampai bila dia nak sabar aku pon tak tawu. Aku pulak macam hilang sabar tengok.

5.Prihatin.
Jenis prihatin ni pun agak makin pupus aku rasa. Susah betul nak jumpa. Tak tahulah terselit kat mana. Si Awek tu punya nak tolong si Boyfren, sampai sanggup tak makan. Si Boyfren pulak bukan nak prihatin, mentang-mentangla si Awek tu kata, takpelah abang makanlah, saya diet arini. Betul-betul si Boyfren tu makan tak tanya langsung dah kat Awek dia tu. Haiyo~


6.Mulut Tak Laser.
Kalau baca apa yang aku tulis atau kongsikan kat blog ni, mungkin ada yang rasa aku ni jenis mulut celupar ni. Jenis kasar ni budak Ana ni. Eh tolong sikit k. Aku ni dalam penulisan je macam kasaq gila tapi in real life, aku ni la paling tak mulut laser tau tak kehkehkeh. Aku tak suka jenis yang mulut takde insurans ni. Macam tak hormat orang lain je. 'Mulut laser' yang aku maksudkan kat sini, jenis yang kalau bertanya atau bercakap, takde cover-cover dah. Main lepas je. Agak-agakla jugak, kadang tu memangla engko niat nak bertanya, tapi pemilihan perkataan tu kadang-kadang mengguris hati orang. 

7.Tak Kedekut.
Zaman sekarang ni aku rasa ramai yang terpaksa jadi kedekut. Bukan apa, kadang tu bila kita terlampau tak kedekut, ada kawan yang pijak kepala. Melampau-lampau jugak. Tapi selagi mana boleh, elaklah jadi kedekut. Duit apa semua tu tak bawak ke mati pon. Dalam rezeki kita pun, ada rezeki makhluk lain.

8.Pembimbing.
Mengajak ke arah kebaikan. Selalu mengingatkan. Selalu pesan. Aku cukup suka insan yang ada sifat ni. Dia nasihat kita tapi kita tak terasa langsung pon yang dia sedang mentarbiah kita. Cara dia sampaikan nasihat tu buat hati rasa tenang je. Kita yang dengar ni, takde rasa terpaksa langsung. Itu pembimbing yang layak jadi pemimpin.


Banyak lagi cara untuk memenangi atau menambat hati seseorang. Aku jawab ni ekceli base on jantina aku sebagai wanita. Inilah sebenarnya kunci cemane nak tackle hati perempuan. Takyah tengok drama #HatiPerempuan kat TV3 tu pon takpe. Polish sifat-sifat ni je. InshaAllah mesti cair punyelah perempuan yang engko nak tackle tu hehehe







16 Lovenote(S):

  1. Wah2. Semua tu ciri2 yg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. ciri-ciri u memang best Yui hehe

      Delete
  2. Replies
    1. takdela superb mana pon ciri tu PC =D

      Delete
  3. Berpusu-pusu nanti lelaki dengan ciri-ciri di atas datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde nak berpusu-pusu pon la Farah kikiki

      Delete
  4. Hehehe...
    Habis laa lepas ni ramai lelaki datang sini amik nota nak menambat hati Ana. Wahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertuah sangaaaattt kalo ada yang datang sini disebabkan itu cEro weyhhh hahahaha

      Delete
  5. Hmm...x dapat la aku nak unlock semua level ni...Level satu pun x boleh nak unlock lagi sebab aku rasa jarang betul aku nak confident. Tapi, kalau tengah main game, aku memang confident je aku akan menang. Kalau confident macam ni accepted x? haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. konfiden main game tu aku tak kira. hahaha

      Delete
  6. Wow kak ana. Perfect. Hehe. Kalau buat ujian psikology ni, akak seorang yang pentingkan kesempurnaa dan kalau boleh jodoh akak mesti kena ada ciri2 yang akak nak. Hehehe. Izz baru je lepas buat ujian psiko semalam. Hew

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh takdela pentingkan kesempurnaan pon izz. ini ekceli bukanla ditujukan untuk kaum lelaki je.. kaum perempuan yang ada ciri-ciri cenggini pon boleh menambat hati kak ana jadi sahabat baik dia hehe

      Delete
  7. okeh berita paham..! nk gi gilap skang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah paham kan amir? ok p gilap sekarang bagi kilat betoi =D

      Delete
  8. Replies
    1. takde pon yg beratur kak anies hehe

      Delete

 
© Copyright | All Right Reserved by Anamizu