Alhamdulillah Rezeki Puasa 6

22 April 16 Comments


 Alhamdulillah selesai kami sekeluarga Puasa 6 Syawal pada hujung minggu lalu.

Disebabkan rajin lebih sikit haritu buat lebih ketupat palas & frozen kan sedikit.
Jadi selesai Puasa 6, kita kukuskan sekejap untuk juadah berbuka. Jimat masa dan tenaga hehehe

Aku dan Mak buat juga rendang daging sebab ini kegemaran Bong.


Dan si Bong juga request nak makan Nasi Minyak.
Kita buatkan pakej dengan Ayam Masak Merah dan Acar Timun,


Daging Masak Black Pepper permintaan Abah.
Permintaan si Bong juga supaya extra black pepper.

Acar timun kegemaran Abah dan buat lebih kongsi dengan jiran sebelah hehehe


Sate Daging kegemaran Bong (tapi satey beli sebab mood nak mbakar satey tak datang) 


Harini 22 April, esok 23 April dan 24 April juga elok untuk kita puasa.
Kerana dikenal sebagai Hari Putih.
Boleh Puasa Qadha, Puasa Sunat Syawal & Puasa Sunat 13,14,15 Syawal.
Jom kita sama-sama hehehe


Ambik Sikit Sikit

18 April 22 Comments


 
Tiap kali ada jamuan rumah terbuka atau apa saja majlis makan-makan, mesti berlaku perkara ni.

Masa ambil makanan tu punyalah tamak, segala mak nenek ambil sebab nak rasa semua.

Bila dah hujung-hujung tu tak habis, terbuang macam tu saja.

Tolonglah jadi manusia yang bersyukur.

Kita ni mewah makanan sampai membazir terbuang.

Anak-anak di Palestin sana tu sampai kurang nutrisi tak cukup makanan T___T

Sebagai tuan rumah memang akan sedih tengok perkara ni terjadi.

Sebab kita plan dan buat anggaran untuk ramai tetamu boleh makan.

Sudahlah ambil banyak tak habis, lepas tu tinggal je macam tu.

Bukan nak tolong buang dalam plastik sampah ke ape.

Tapi disebabkan segelintir yang tamak, membazir rezeki macam tu je.

Orang belakang datang, dah takda tinggal apa sedangkan banyak terbuang T___T



Aduhai Kesian Kakak

17 April 14 Comments

 




Kisahnya Si Kakak Syaura balik sekolah mengadu cakap lapar.
Mak nya pelik jugak sebab dah bawa bekal isi macam-macam,
tapi masih lapar bila Mak nya ambil waktu balik sekolah tengah hari.

Bila ditanya kenapa Kakak lapar sebab kan dah ada bawa bekal.
Kakak pun bagitahu ada kawan yang ambil dan makan sampai licin.

Si Kakak Syaura ni memang sejenis lembut hati.
Dah terbiasa diajar kongsi semuanya dengan adik & sepupu.
Jadi hati Kakak Syaura memang jenis tak pandai nak cakap "No".

Mak nya terlepas pandang untuk ajar say no dalam beberapa perkara.

Kalau si Adik Musleh lelaki tu haaa jangan buat main.
Barang dia is barang dia. No kongsi-kongsi.
Siapa yang berkeras ambil jugak memang kena lah dengan si Musleh ni.

Aduhai kesiannya Kakak Syaura macam kena buli pulak.
Dah pesan kat mak nya kena ajar tegas sikit lepas ni.

Dannnn jangan bagi bawa bekal brand Tupperware pergi sekolah.
Satu hal pulak nanti kalau ada yang berkenan & ambil bekas tu hehehe 


Anak Berlumba Lenyek Nasi Impit

17 April 16 Comments

 



Tanyalah sesiapa pun, memang seronok menerima kunjungan tetamu tak kira bila masa sekalipun.
Tapi kalau ada yang terlalu nakal hingga berlumba lenyek nasi impit atas karpet, 
anda rasa ada masa untuk sakit kepala? 

Ditambah pula ibu bapanya tak tegur & hanya cakap : 

"Biasalah budak kecil kan? Memang nakal macam tu" 

Ini kalau zaman mak-mak dulu, silap banyaklah kalau buat main makanan macam tu.

Masa depan orang ramai tu memang engkau selamat, balik rumah nanti siappp!

Kebanyakan mak ayah zaman dulu memang tegas dalam mendidik anak.

Sebab tu kebanyakan anak menjadi 'orang'.

Berbalik pada didikan mak ayah juga lah sebenarnya kan?


Api! Api! Api!

16 April 11 Comments

 


Dalam pada kita semua masih bergembira meraikan kemeriahan bulan Syawal, satu tragedi berlaku di kawasan kejiranan kampung tempat aku sekeluarga tinggal.






Rumah Pakcik Kamaruddin & Makcik Midah hangus dijilat api pada petang 05 Syawal (Ahad 14 April 2024). Kejadian berlaku dikatakan berpunca apabila petir menyambar suis utama di rumah Makcik Midah dan kemudian berlaku letupan dan menyebabkan api mula marak.

Anak menantu semua sudah pulang dan ke rumah mertua masing-masing dan hanya Pakcik Kamaruddin dan Makcik Midah saja yang tinggal waktu tu.

Petang sebelum kejadian tu juga ada beberapa kali petir guruh kuat.

Hati mana yang tak luluh setelah rumah yang dihuni sejak tahun 1984 hingga 2024 hangus begitu saja.

Syukur tidak meragut nyawa kerana sempat juga Makcik Inah sebelah rumah menjerit minta bantuan.

Semua jiran-jiran terdekat yang ada masa tu bantu padamkan kebakaran sementara bomba dalam perjalanan. 

Kami bersama-sama seluruh komuniti di sini ada buat kutipan derma kilat untuk bantu meringankan beban Makcik Midah & Pakcik Kamaruddin.

Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga Pakcik Kamaruddin, boleh salurkan kepada waris keluarga iaitu anak beliau :

Akaun : Maybank 
Nombor Akaun : 158154294838
Atas Nama : Amirul Muzamir
Nombor Tel : 013-528 0187


Moga diberi kekuatan buat seluruh keluarga Pakcik Kamaruddin & Makcik Midah.
Sedih pilu terasa sebak sayu di hati sebab Makcik Midah juga Ahli Mesyuarat Mak :(



Ada Buat Kuih Raya Tak?-Part 2

16 April 5 Comments


 

Memandangkan tahun ni semuanya kos makin naik, jadi mana yang boleh kita buat sendiri.
Abah memang kegemaran dia Kuih Batang Buruk.
Tapi banyak tempat juga Abah cari, takda yang jual.

Selalunya tiap tahun Abah memang beli dari sorang akak tu di Pasar Langkap,Perak.
Tahun ni akak tu takda berniaga di lokasi yang selalu dia berjualan tu.
Abah ada juga tanya peniaga-peniaga situ & diorang kata tak pasti mungkin tular lokasi lain.

Disebabkan Abah tak jumpa orang jual Kuih Batang Buruk,
aku cakap kat Mak takpelah cuba buatkan sendiri sajalah untuk Abah.

Sebenarnya bahan-bahannya mudah saja tapi nak buatnya tu agak renyah (rumit) :

RESEPI BATANG BURUK ASLI

  • Tepung Gandum
  • Tepung Beras
  • Tepung Kacang Hijau
  • Gula Aising

RESEPI BATANG BURUK MUDAH

  • Kulit Popia
  • Tepung Kacang Hijau
  • Gula Aising
  • Bancuhan Tepung (untuk pelekat)

Pilihan aku? Sudah semestinya yang paling mudah dan segera siapnya! hehehe
Gulungkan kulit popia gunakan straw sebagai sukatan saiz yang sama.
Potong dan gorengkan hingga masak & toskan sebentar hingga sejuk
Sumbatkan dan padatkan tepung kacang hijau ke dalam gorengan kulit popia tu.
Salutkan dengan campuran tepung tu beserta dengan gula aising.
Salutkan setebal mungkin kerana homemade, jadi pastikan optimum padatnya hehehe



Aidilfitri Kami Sekeluarga

16 April 18 Comments

 




Tahun ni Mak & Abah senyummmm lebar sebab semua berhari raya di sebelah sini. 
Ditambah lagi dengan ada cucu si Kakak  & si Adik, ceria sikitlah hari raya Opah & Tokwan.
Keluarga kecil kami beginilah apa adanya sebelum masing-masing bertebaran keluar raya hehe



Sesi fotoshoot raya di studio dah macam nak berperang disebabkan si Kakak & si Adik buat perangai.
Masa sebelum bertolak pergi tu, mak nya dah pesan siapa nak makan dulu, siapa nak minum dulu.
Tapi mentang-mentang lah dua ketul budak tu dah rasa pakai baju cantik, katanya dah kenyang.

Bila sampai je di lokasi studio fotoshoot, hahhh mula lah drama lapar lah, haus lah.
Mak nya dah malas nak ambil peduli. 
Opah & Acik Ana cuba sedaya upaya pujuk dulu.
Si Kakak boleh tahan lagi bagi kerjasama.
Si Adik dah kecoh nak beli kereta lah, nak beli dinasor lah.
Sampai mak nya cakap :

"Inilah salah satu sebab Mommy taknak dah bagi adik baru!" 

Ayah dia senyum buat tak nampak je sebab dah selalu buat perangai katanya hahaha

Salam Aidilfitri buat semua sahabat yang selalu singgah di blog Acik Ana ni.
Acik Ana sekeluarga mohon ampun & maaf segala salah silap.
Dan juga terkasar bahasa dalam gurau senda.
Salam Mohon Kemaafan semua ya :)


Akhirnya : Menu Ramadhan 29

15 April 7 Comments


 Akhirnya Menu Ramadhan sampai ke penghujungnya pabila tiba hari ke 29 Ramadhan.

Menu permintaan Mak untuk Ramadhan ke 29 adalah Siakap Kukus Masam Manjaaaahh~


Dan pada malam 28 Ramadhan semua adik-beradik sudah sampai di kampung.
Berkumpul dan bertambah ahli jemaah dalam rumah kami, maka bertambah juga juadah hehehe

Ayam Masak Sambal Hijau kegemaran Abang Long & Anaknya (Si Rafael), Si Bong & Abang Bong (Si Pian). Senang 1 menu ni feveret ramai ahli jemaah hehehe


Mak Rafael (Kakak Ipar Aku), teringin nak makan Ikan Plotan Masak Cuka.
Abah usahakan juga pusing beberapa Pasar Basah cari Ikan Plotan (Ikan Mayong),
sebab masa 28 & 29 Ramadhan tu ramai peniaga yang dah mula cuti niaga lauk basah.


Sayur PakChoi masak sos tiram permintaan semua orang sebab taknak sayur lain dah hehehe
Buat lebih dan kita berbagi jiran sebelah untuk Ramadhan terakhir tahun ni.



Lauk permintaan Abah pula Ikan Pekasam Homemade ni je dah cukup menambah nasi hehehe


Kuih Ketayap pun permintaan Abah & Abang Long.





Dan macam biasa harus ada buah-buahan sebab kegemaran Aku & Abah hehehe

Memandangkan dah berkumpul & ada dua ketul si kecik ( Si Kakak & Si Adik),
jadi terus ajak mereka berdua buat Jelly Ball pelbagai perasa ni.


Si Kakak & Adik ulang-ulang tanya dah siap ke Jellyball? Dah siap ke Jellyball?
Jellyball ni cepat je mengeras helok kejadiannya ( 45-60 minit dah boleh keluarkan).
Seronok sangatlah Kakak & Adik dapat makan puas-puas.
Mak Long cakap kena bayar dua singgit sebab tak tolong Mak Long buat hehehe

Adik Bongsu Ajak Shopping

15 April 6 Comments

 

Adik Bongsu yang kami panggil Bong ni memang suka ajak tolong teman kalau nak membeli.
Tak pandai nak shopping sorang-sorang katanya.
Maklumlah single mingle memang cenggitu hehehe




Masa 28 Ramadhan (Isnin) petang sempatlah tolong teman Bong cuci mata cari kasut raya dia.

Anak Bongsu Mak --- nak pilih kasut pun ajak Mak tolong teman.
Esok-esok nanti kalau dah kahwin, kalau engkau buat lupa, siappp! hehehe

Aku & Mak tolong teman aje.
Aku tanya Mak taknak ke kasut?
Mak kata takda yang menarik hati Mak.

Syok jugak shopping last minit ni sebab tak ramai sangat orang.
Semua orang dah membeli masa awal-awal lagi rasanya.
Yelah persiapan awal, tak kalut kata orang Utara hehehe

Apa Menu Ramadhan 27 & 28

15 April 5 Comments

 


Throwback menu kami sekelaurga masa Ramadhan ke 27 haritu.
Abah teringin nak makan Getuk Ubi Kayu (ubi kayu direbus,digaul dengan gula,kelapa & garam)
Beberapa kali juga abah cuba cari di Bazar Ramadhan tapi takda yang jual.
Mungkin sebab kuih ni peminatnya di kalangan orang lama, jadi kurang top hehehe


Kari Kepala Ikan Merah pun Abah yang request.
Jadi kita tunaikan sebab dah tak berapa hari nak habis Ramadhan.


Sayur Tumis Air macam ni kegemaran Mak & Abah.
Jadi kita buatkan lebih untuk bagi pada Mak Lang jiran sebelah juga hehehe


Nak jadi rezeki Bong---- Kak Zaleha berbagi Sup Daging Rusa!
Kawan pada Kak Zaleha dapat memburu rusa tu katanya & banyak kawannya bagi.
Jadi Kak Zaleha pun memanjangkan perkongsian tu kepada kami sekeluarga hehehe


Untuk menu Ramadhan Ke 28 pula, permintaan Bong nak makan Bihun Goreng Merah ni.
Mak & Bong lebih suka Bihun Goreng jenis merah macam ni.


Abah pula teringin nak makan Mee Sup Tulang katanya.
Jadi kita tunaikan permintaan Big Boss hehehe