Orang lain bersesak dalam jemmm sempena Cuti YDPA baru-baru ni.
Aku bersesak di dapur saja memandangkan adik beradik balik berkumpul hehe.
Ayah si Adik Kakak peminat daging itik.
Dibelinya itik 2 ekor dan request minta buat salai masak lemak cili api.
Kami yang lain kurang pandai makan daging itik.
Kalau telur itik pandailah makan hehehe
Jala Brownies Coklat
********************************************************
Macam biasa masih lagi teruskan tugasan menyediakan bekal untuk Bong setiap hari.
Bong masih lagi kekalkan momentum untuk menjaga kalori pengambilan makanan.
Menu Bekal Bong setiap hari wajib ada dada ayam, sayur dan buah-buahan.
Bong lebih suka menu wrap atau sandwich sebab lebih mudah cepat untuk makan.
Maklumlah tempat kerja memang mengejar waktu dan terhad waktu rehatnya.
Tak boleh nak berleha-leha waktu rehat.
Jimbaria Rumah Opah
Ayah si adik kakak request nak makan nasi tomato.
Memang seronok sangat bila ada yang minta menu jenis macam ni.
Semua lengkap dalam satu hidangan.
Senang kerja tak perlu bersilat lama di dapur tu hehehe
Jalan Cuti Sekolah
Cuti sekolah memang sinonim dengan pelbagai majlis keramaian terutamanya kenduri kahwin.
Majlis Walimatul'urus anak Mak Lang aku (Adik kepada Abah) di Bagan Serai Perak.
TIGA pasangan pengantin jalan sekali.
Anak-anak Mak Lang aku yang bertiga ni memang ke mana-mana bertiga.
Jarak umur diorang hanya beza 2 tahun sorang & sebab tu mereka rapat bertiga.
Dan memang dah lama diorang plan untuk Walimatul'urus tarikh yang sama.
Buat majlis serentak tiga terus lebih memudahkan urusan Ibu katanya.
Yelah kalau nak buat asing, nanti kesian ibu nak kena hadap & urus tiga majlis berbeza.
Syukur selesai semua dengan lancar walau dalam cuaca yang panas betul.
Selesai saja di majlis walimatul'urus sepupu bertiga, kami singgah di Gerai Non Bihun Sup.
Sempena birthday anak sis Syazni Rahim (SR) awal Mei, SR nak berkongsi rezeki dengan pembaca blog beliau. Jom meriahkan sama-sama!
Syarat-syarat Giveaway Kotak Dari Ayu! adalah:
1. Follow blog SR (https://syaznirahim.com)
2. Buat 1 post di blog/media social tuan/puan bertajuk Giveaway Kotak Dari Ayu!
3. Copy banner di atas, dan letak sebagai gambar pertama di post pada syarat (2).
4. Tinggalkan link post tuan/puan di post ini.
5. Boleh join dari semua platform yang tuan/puan ada, tapi perlu ikut syarat (2), (3) dan (4).
6. Beralamat di Malaysia.
Terima kasih sahabat-sahabat yang selalu singgah & tinggal komen.