Menu Ramadhan 5 & 6

19 March 11 Comments

 


Untuk Ramadhan Ke 5 dan Ke 6 pula, aku sekeluarga makan Siakap Ala Thai menu Khairul Aming.
Di tiktok kerap sangat lalu lalang menu-menu Khairul Aming & Hamdan Mubarak.

Mak & Bong cakap teringin nak rasa siakap macam Khairul Aming buat tu.
Jadi lepas balik je dari kerja, berkejaranlah kita tung tang di dapur.
Sambil siapkan menu siakap tu, sempat jugak si Bong wasap bagitahu teringin nak makan donut.

Selesai siapkan menu lauk yang Mak dan Bong teringin.
Terus siapkan pula bancuhan untuk menDonut sebab Bong taknak beli donut di bazar.


Abah pula tak banyak permintaan. Selalunya akan ikutkan aje apa yang ada.
Dan lauk wajib Abah selalunya musti mau ada lauk berdasarkan gulai.

Tapi syaratnya mesti harus ada buah-buahan dan selalunya Abah suka buah jambu batu.
Aku pula suka mangga tak kira lah harum manis ke, harum semerbak ke (yang penting tak masam).

Sambil tung tang siapkan menu siakap ala thai Khairul Aming tu, kita uli-uli adunan donut ni.
Buat tak banyak anggaran 2 cawan tepung macam tu (jadikan frozen stock untuk Si Bong).

Mauripan (yis) bagi kerjasama baik dan nampak cepat naik kembang donut.
Tak ambil masa yang lama. Sempat lah untuk goreng sebelum waktu berbuka.


Naik kembang helok bila dah goreng dan bedakkan kasi cantik si donut tu semua.
Macam biasa kita goreng lebih sikit dan bertukar juadah dengan jiran sebelah hehehe

Minggu Satu : Bubur Lambuk Perdana

19 March 13 Comments

 




Masa Jumaat Minggu Pertama Ramadhan (15 Mac) ahli Qariah Masjid buat program bubur lambuk.
Program ni dijalankan setiap tahun pada setiap Jumaat dalam bulan Ramadhan.

Seawal jam 7.30 pagi semua ahli Qariah mula berkumpul dan bergotong-royong.
Aku ambil kesempatan juga berlarian sekejapan terlibat sama bantu mana yang patut.
Syukur masih ramai anak-anak muda dapat turut serta bantu ibu dan ayah sesi kalini.

Kesemua 3 periuk besar diagihkan untuk seluruh komuniti di sini dengan cara setiap seorang ahli jemaah masjid akan diberikan 1-2 bekas (bergantung pada jumlah isi rumah).

Syukur kesemua berjaya diagihkan di ruang legar masjid sebelum bermula solat Jumaat.
Moga ada peluang lagi untuk kita semua sama-sama berbuat pahala setiap hari kan?


Menu Ramahan 3 & 4

18 March 16 Comments

 

Untuk Ramadhan Ke 3 menu aku sekeluarga pula adalah :

NASI AYAM MADU ALAH AMBOI AMBOI


Menu paling lengkap 1 sajian. Ada karbohidrat, protein, serat.
Sepinggan lengkap dan mudah kerja kan? hehehe

Menu Ramadhan Ke 4 pula adalah :

LONTONG KUAH LODEH HAI MAK LODEH

Lontong Kuah Lodeh ni pun ada lengkap dalam satu sajian.
Karbohidrat, protein,serat dalam satu hidangan.
Memudahkan kerja orang dapur juga, tak perlu banyak fikir hehehe

Kuih ni pulak karipap, popia sira pedas dan kuih kaswi pandan.
Ini pemberian daripada Mak Lang Jiran Sebelah (Ahli Mesyuarat Tingkap Geng Mak) hehehe

Selesai juadah untuk Ramadhan ke 3 & Ramadhan ke 4.
Bua masa ni aku masih belum jejak kaki ke Bazar Ramadhan hehehe

Menjemur Agar-Agar Kering

18 March 14 Comments

 






Memandangkan cuaca amat panas kaw kaw tak hengat dunia, jadi datang mood rajin buat agar-agar kering ni. Disebabkan cuaca panas stabil sepanjang minggu lepas iaitu 34-36°C, jemur 3 hari dah boleh kering helokkkk kejadian agar-agar kering ni.

RESEPI AGAR-AGAR KERING 

-2 atau 3 paket agar-agar tali
-1/2 kilo gula (kurangkan jika mahu kurang manis)
-1 paket gula batu
-nisbah air ( 1 paket agar-agar = 1.5L air)
-pewarna 

CARA BUAT AGAR-AGAR KERING

-rebus agar-agar hingga cair semua
-masukkan gula & gula batu
-setelah larut, tuangkan ke dalam loyang & masukkan pewarna
-setelah sejuk, potong & susun dalam dulang
-jemur pada terik matahari (paling cepat 3-4 hari)

Dannnnnn apabila sudah kering keluar kerak gula (daripada gula batu), sudah boleh masukkan ke dalam bekas simpanan kedap udara. Benda ni nak buat dia agak leceh tapiiii bila makan, sekejapannnnnn saja sudah licinnnn. 

Tapi zaman sekarang lebih mudah sebab ada Food Dehydrator Machine. 
Lebih mudah dan membantu lebih cepat proses mengeringkan agar-agar.
Terutama pada yang berniaga memang sangat membantu. 
Tapi sebab kitonyo oghe kampung, kito jemur jahhhhhh hehehe

Milk Tea Ginger

15 March 13 Comments

 






Haritu ada jiran sebelah rumah (Anak Maklang Sebelah Rumah) bagi Ginger Milk Tea ni.
Mula-mula aku skeptikal apa lah rasa halia dalam air tu nanti tapi rupanya bila dah rasa, 
wowwww boleh tahan sedap jugak di tekak aku.

Kombinasi air teh tu dengan halia jadi amazingggggg jugak (pada tekak aku lah).
Sebelum ni selalu juga dengar orang minum air teh o halia.
Tapi untuk Teh Susu dan Berhalia ini kali pertama aku cuba minum dan sedap juga.
Halia ni umumnya memang tahu bagus untuk keluarkan angin dalam badan.
Jadi untuk sesiapa yang beranginnnnn tu boleh lah minum.
Tapi awassss minum di malam hari saja ya sepannjang Ramadhan ni hehehe