Jenuh Pulun

by - 09 June

Allahuakbar. tengah syok syok bersemangat waja aku dok pulun organize macam-macam aktiviti cuti sekolah untuk adik-adik yang tengah cuti sekarang ni, satu kali demam selsema menyerang pulak daaaa. haishhhh sabar. dugaan ni ana. program stil kena proceed sebab dah keluarkan flyers apa semua. nak taknak dalam pada dok tahan hingus meleleh tu, jalan gak la program. maap la ye lama pulak ghase tak hapdet.. cuti-cuti ceni memang diserang hebat aje pagi petang. malamnye pulak dah tak lalu la pulak nak tongkat mata.. ni pun dok srett srett lagi hidong ha.. 

aku ni pulak jenis jarang-jarang sekali demam tapi tu la bila dah kena, haaa mula la kena yang paling teruk.. kalo setakat selsema saja takpe tapi dia mai sekali dengan sakit kepala pastu terus rasa berat je mata ni nak bukak ha.. kalo ikotkan hati dan rasa yang tak larat memang nak landing je atas tilam sambil pejam mata belayar ke alam mimpi tapi tak berapa nak buleh sebabnya aku kena setelkan dulu program tu semua.. huwawawa 
dah la sekarang ni musim panas lain maciammmmmm dia punya panas.. sebelah malam pun tahap panas dia lain maciamm. sampaikan rasa nak tido dalam bilik air la. haaa punya panas.. ni pun sipbekla rumah kampung --- angin keluar masuk dari segenap ruang. kalo duduk rumah flat, aku tak tau nak katala cemana tahap panas tu.. dua tiga malam ni memang aku stanby towel kecik + air dalam mangkuk untuk jelum kepala masa tengah layan mata nak tido tu... tu pun kena buat sendiri la. nak harapkan hasben non hado kate ko adehhhh semoga cepatla dipertemukan jodohku dengan putera hatiku.. aminnn fuhhh fuhhhhh kehkehkeh ~


You May Also Like

10 Lovenote(S)

  1. semoga cepat sembuh!!!



    lawo blog.. nk gak cenggini! nak gak nak gak nak gak! tehee..

    ReplyDelete
  2. Take care...
    Jgn culas makan ubat...

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh kita pun tengah demam ni huhuhu..
    Adoiii tapi still gagah nak blogwalking hehehee :P

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh..bertabahlah meneruskan program ana.hehe..

    tu klu dpt suami penyayang nak tolong lapkan,biasanya kite yg kena lapkan depa.hakhak..

    ReplyDelete
  5. Cuaca panaih terok la ni. Dok kat luaq sat ja, teruih tekak rasa lapaq ayaq. Dahaga tak tau nak kata. Kurang minum ayaq Sat gi, memang konfem demam.

    ReplyDelete
  6. betul betul....sekarang panas betul. huih

    syafakillah :]


    ehem. akoo dah update :p

    ReplyDelete
  7. teruk sangat bunyinya tu. apa-apa pun moga cepat sembuh. kafarah kot tu..hee

    ReplyDelete
  8. cik ana jaga diri baik2 tau ;)

    ReplyDelete
  9. Cuaca xmnentu skrg..mmg kena jg kesihatan lebih skrg ni..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah dah kembali sehat..
    Terima kasih semua :)

    ReplyDelete