Sabit Kuku

by - 09 September


SABIT KUKU. Pernah dengar? Aku pun baru ja tawu. Lengkung yang ada pada kuku yang macam gambar ni warna putih kat pangkal kuku so benda tu di panggil SABIT. Selalunya saiznya sebesar 1/5 dari kuku. Kuku yang sihat berwarna kemerahan, halus dan bersinar, sabitnya memang nampak jelas. Bila kita sakit, sabitnya akan mengecil, bila kembali sihat, sabit akan muncul semula.




KATEGORI SABIT

1)Tidak ada sabit langsung
- Ginjalnya mudah sakit.

2)Sabit nya kecik dari 1/5 bahagian kuku
- Tenaga dalam badan berkurangan / penyerapan usus besar kurang bagus.

3)Sabit lebih besar dari 1/5 bahagian kuku
- Kemungkinan menderita hipertrofi jantung, kardiovaskular sumbat , hipertensi, stroke dan penyakit lain.

4)Sabit kaler gelap / mengecil atau hilang
- Ada penyakit yang parah, atau ada tumor, pendarahan didalam.

5)Sabit makin lama makin mengecil
- tenaga makin berkurangan dlm badan , kesihatan tubuh makin merosot,
kekebalan imun badan menurun.

P/S : Orangg yang jenis tidak ada sabit, sekali sakit mesti teruk or ambik masa nak sembuh. Bila sabit makin berkurang, perbanyakkan makan protein . Jaga stamina badan, dan kena selalu bersukan.

Sekarang ni sila tengok sabit kat kuku korang tu mcm mana rupanya? Makin putih? atau ada jugak jari yang takde sabit kuku ni? Sesiapa yang ada 8-10 jumlah sabit di kategori sebagai SIHAT. Kalau kurang tu tandanya ada masalah kesihatan.. Boleh kenal pasti tahap kesihatan tubuh badan kita dengan melihat sabit ni.  (Padan la tabib cina suka tengok tangan pesakit)

Tapi tak boleh la percaya betul² benda ni. Jodoh, ajal, sakit, demam semua tu Dia penentu. Tapi boleh la kalua kita lebih alert dengan tubuh badan kita. Kalau sihat, kita jugak yang untung kan. Takdela nak kena apply cuti je manjang. Tapi kalo yang jenis baloq liat, memang suka sangatla sakit demam ni. Tengah sihat pon dia ada je akai nak apply cuti. Cissskek betul jenis cenggitu =P



You May Also Like

13 Lovenote(S)

  1. saya ada kt ibu jari saja

    ReplyDelete
  2. Alamak! Kite memang takde sabit langsung :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe YieN. takde tak bermakna fakta tentang sakit tu betul.

      Delete
  3. Replies
    1. takot pulak bila baca ayat nani. hehe

      Delete
  4. alhamdulillah ada..hehehehe..

    ReplyDelete
  5. Mama saya pernah cakap juga pasal benda ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriously Farah? memang betul la ye benda ni?

      Delete
  6. Betul ke benda ni? Aku ada sabit kat kesemua ibu jari tangan dan kaki. Tak tau la nak cakap sihat ke x...haha tp setakat ni alhamdulillah sihat jekk...

    ReplyDelete
  7. Tahu yg benda tu dipanggil sabit kuku tapi baru tahu sabit kuku ada kaitan dgn kesihatan kita.

    ReplyDelete
  8. SS nombor 1.. Tak ada sabit langsung... Uhukkkssss

    ReplyDelete