Semoga Selamat


Takziah buat  jemaah haji yang terlibat dalam tragedi kren runtuh. Ramai mangsa yang sudah dikenalpasti dan ada juga jemaah yang masih belum dijumpai. Salah sorangnya jiran dalam kampung aku ni. Sahabat mak aku sendiri. Makcik Rusiah. 


status kakak kepada kawan anak Makcik Rusiah

Sebulan lepas Makcik Rusiah ada datang ke ofis aku untuk semak tarikh dia pergi haji. Kebetulan pulak masa tu network pulak down, tak dapat nak tolong masa tu tapi Alhamdulillah Makcik Rusiah dapat semak kat tempat lain.

Mohon doa dari kita semua supaya Makcik Rusiah dijumpai dengan selamat dan semoga jemaah yang lain dilindungi sepanjang menjalankan ibadah kat sana.




6 comments:

  1. Mudah2an makcik rusiah ni akan segera dapat dikesan. Kita semua sama2 doa ye.

    ReplyDelete
  2. Semoga Makcik Rusiah segera dapat dikesan. Ameen..

    Jom FOLO saya

    ReplyDelete
  3. Semoga keluarga jemaah yang terlibat sabar dan redha dengan apa yang terjadi. Ya Allah ketemukanlah makcik Rusiah dengan kadar segera

    ReplyDelete
  4. Semoga semuanya baik2 sahaja. Allah Maha mengetahui. Nenek sedara kawan izz pun ada terlibat sama.

    ReplyDelete
  5. Akak. Nenek sedara kawan izz. Yang ni la. Baru dpt tahu. :'(

    ReplyDelete
  6. haah izz baru tadi tawu . moga syurga tempat mereka :"(

    ReplyDelete