Fikiran Jenis...?



Dalam ramai-ramai manusia yang aku pernah dipertemukan, aku paling tak duga kalini ada spesis yang jenis kelam-kabut bila masuk bab kahwin. Contohnya : 

"Weyhh umur pun dah 27 takkan tak kawen lagi? Bila lagi nak kawen weyhh? Hang tak rasa tua ka kawen lambat-lambat? Baik kahwin cepat weyhh nanti kalau lambat, susah bab nak bersalin apa semua tu"

Manusia jenis ini engkorang panggil spesis ape?
Aku tak kisah pun sebenarnya kalau nak bercakap soal jodoh,nikah,kahwin ni.
Tapi yang aku cukup pantang adalah bila engkau macam nak persoalkan pulak.

Pada aku-
Aku kahwin ke dak ke, 
Aku kahwin awal ke cepat ke,
Aku ada susahkan hang ke macam mana?
Engkau rasa kahwin lambat tu menyusahkan-
Sila lah kahwin cepat.
Tak payah serabut tiap hari bukak bab kahwin ni depan aku.

Aku ni manusia yang selagi boleh aku cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa.
Selagi boleh aku akan usaha sendiri capai apa yang aku nak.
Soal nikah kahwin ni pada aku, tak perlu banyak bunyi pun.
Ada jodoh kahwin.
Takdak jodoh, buatlah benda lain.
Banyak je benda lain boleh buat.
Travel ke. Memenuhi kehendak kegembiraan diri sendiri ke.
Buat je lah aktiviti lain. Banyak je lagi selain duk hadap scroll instagram je manjang.
Pastu tak habis-habis kelam-kabut serabut mikir pasal kahwin.
Hang nak kahwin silakan. Aku tak pernah halang apa pon.
Tapi kalau sampai kerja hakiki pon jadi caca-marba disebabkan fikiran melayang tak fokus,
pada pendapat aku lebih baik berhenti je lah kerja pastu fokuslah dengan urusan kahwin tu dik oi.

Aku rimas dan lemas dengan spesis manusia yang fikiran jenis macam ni.
Kerja tak fokus pastu sibuk duk hadap benda lain.
Aku cukup pantang sungguh.
Nak disembur, karang jadi gaduh.
Pendam-kemam ajelah sampai sudah.
Aku tak marah. Nikah kahwin tu memang lumrah.
Tapi kalau sampai kerja hakiki pun jadi tak tentu arah,
Berhenti ajelah.
Mudah.

Aku bukan marah ni kahkahkah !

15 comments:

  1. heh? kak ana 27? kita samakah?
    pada saya orang masih tengok macam budak 18 tahun...
    dorang kata sebab kecik je ko bertuah tak nampak macam usia..

    tapi pada yang tahu, saya ignore jeh. somehow dorang pulak yg jeles pada kita yg tak kahwin nih. maklum nak pergi jalan, travel, hidup membuta ke apa...tadak sapa kisah. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samakah kita? jeng jeng jeng~ hehe.. sbnrnye k.ana pun mmg ignore kan aje.cumanya bila setiap hari yg depan mata kalut sgt duk becakap soal itu je, tu yg rase nak boh penampaq je muka dia :P haah betui2, baik single je lg sng nak travel memane ke nak Me Time ke ape ke lg best hehehe

      Delete
  2. Hai beb...wah..abaikan jenis orang tipikal begitu, ada sahaja yang tak kena, orang melaka cakap, pergi le mampus...haha...apa pun, title kau tetap tak berubah, ikut bulan semasa...hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Amar. haah ekceli aku mmg abaikan aje. lagi baik kalau aku ikut ape orang melaka cakap tu 'pergi mampus' hahaha

      tilte aku mesti kena ikut. on track orang kata. gitttewww~ hahaha

      Delete
  3. Ignore jer... ataupun jawab jer... dengan selamba In Sya Allah sampai jodoh nanti kahwinlah saya.

    27 tahun mana ada tua Mrs. A dulu kahwin umur 27 hokeh! tak kisahlah umur berapa nak kahwin asalkan tak nyusahkan orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Mrs A.. ana ignore kan aje. masih tak desperate pun nk berumahtagga. bersyukur sgt sbb masih bolehberbakti pada ibu bapa & tak susahkan sesiapa hehe

      Delete
  4. Diorang concern kat kau tu. Rileks2... Tapi busybody sgt yang asik tanya pasal kawen tu sampai tak buat keje hakiki dia. Alaa kau tanya je la dia ada calon tak nak dikenalkan. Kalau asik tanya2 je tapi dia pun takde calon untuk kau, kau cakap je la 'shut up' kat dia. Haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan 'diorang' lah Bro Ley. ade SEORANG je mangkuk ayun yang jenis kalut pasal benda ni hahaha. kerja hakiki sampai tunggang langgang punya asyik duk scroll IG je manjang ushar psl wedding dress lah, hand bouquet lah etc hadoilah ishh~ hahaha

      Delete
  5. abaikan ja manusia-manusia itu. sampai satu masa macam umur akak, orang cakap macam tu, kau boleh senyum ja dik, and then cakap, adik kau solo lagikan? hahahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mmg sy abaikan je manusia jenis ni.sy sukelah jwpn akak tu! hahaha

      Delete
  6. manusia mmg banyak ragamnya, soalan biasalah tu bila nak kawen, bila nak beranak, bila nak tambah anak, tunggu soalan cepu emas..bila nak mati? mau kena pelangkung huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah manusia mmg byk ragamnye. hehe mmg nak kena pelangkung lah tu :P

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Mulut org, abaikan je..mmg xtahan bla dngr.. lama2 senyap ler..yang nk kawin anamizu bukan org yg bertanya. ENJOY YOU LIFE.

    ReplyDelete
  9. Ada jugak eh spesies manusia macam ni? Cer tanya dia balik 'akak dah ready ke nak bermadu?' Hahaha

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete