Sambungan kisah Ayah Operation Mata
Doktor maklumkan kalau takda apa-apa yang serius, lepas pembedahan pagi, waktu petang dah boleh keluar wad dan balik rumah. Tapi... tak semudah yang disangka.
Pada 13 April 2021 (Hari Pertama Ramadhan), jam 9.00 pagi dah kena ada di Hospital Teluk Intan.
Nurse beritahu pada aku sebagai waris disebabkan adik beradik lain tak dapat balik rentas negeri jadi aku perlu selesaikan segala urusan.
Dari Bangunan Klinik Pakar Mata Hospital tu, aku perlu pergi ke Kaunter Pendaftaran & Kemasukan Wad di Bangunan Kecemasan yang berada boleh tahan jauhhhhhnya. Jadi , serupa ber-explorace lah aku waktu tu.
Dengan tangan kanan bimbit raga (dalam raga tu ada flusk berserta air masak, flusk beserta air teh tanpa gula dan beberapa ubat Ayah).
Ibu minta bawakan segala bekalan tu sebab nanti kalau Ayah ditahan di wad dan kalau terjaga waktu malam, takde siapa yang dapat nak bantu Ayah untuk ambilkan air dan sebagainya.
Memang makan minum disediakan tapi ada jadual tertentu lah baru makan minum dihantar. Jadi untuk pastikan Ayah tak susah dan tak jauh untuk tuang air nanti, Ibu pesan minta bawak siap-siap segala bekalan satu raga.
Maka bermarathonlah aku dari Bangunan Pakar Mata, menuju ke Kaunter Bangunan Kecemasan untuk pendaftaran kemasukan wad dan selepas daftar kena terus pergi Bangunan Wad di bahagian belakangggggggggggg sekali dan perlu naik ke Wad 1C yang berada di Tingkat 1.
Fuhhhhhhh terasa mencabar di kala berpuasa kena usung segala raga penuh barang dan 3.0 liter air untuk bekalan Ayah sepanjang di wad nanti.
Doktor ada bagitahu, kalau takda apa-apa masalah, petang dah boleh keluar dari wad tapi bila aku sampai esoknya tu, doktor maklumkan :
-Selaput di mata ayah agak tebal
-Masa pembedahan berlaku pendarahan lebih
Jadi, doktor ambil keputusan untuk masih perlu ayah tinggal di wad lagi satu hari. Aku pandang muka ayah, nampak air muka ayah kurang seronok.
Yelah sesiapa pun mesti tak seronok bila terpaksa ditahan lagi wad (dah lah tak dapat nak teman tunggu ayah) , ayah pulak risau pada mak sebab tiap kali aku datang, Mak tak dibenarkan ikut masuk ke wad dan perlu tunggu di bawah je.
Aku pulak perlu jadi 'kuat' dan perlu jadi penguat semangat untuk Ayah dan Mak. Aku faham isi hati Mak & Ayah betapa bermacam-macamnya perkara yang berlegar dalam fikiran diorang.
-Rindu anak memantu cucu
-Risau pada kesihatan diri
-Mak risau pada Ayah
-Ayah risau pada Mak
Semuanya bercampur.
Ayah masuk wad : 13 April 2021 (Selasa)
Pembedahan : 14 April 2021 (10.30 pagi-12.30 tgh hari Rabu)
Masih di wad : 14 April 2021 (tengah hari hingga malam)
Esoknya : 15 April 2021 (3.30 petang Khamis)
Bila petang 15 April tu doktor maklumkan pada aku, ayah dibenarkan keluar wad , betapa cerianya muka ayah. Aku pun cepat-cepat explorace berkejaran turun naik bangunan selesaikan bayaran dan pergi ke kaunter farmasi ubat ape segala dan terus angkut raga (bakul) ,flusk air dan beg baju ayah dan terus drive balik.
Letih usah dikenanglah.
Dan ayah perlu datang semula pada 20 April 2021 (Selasa jam 2.00 petang) untuk temujanji seterusnya bersama Pakar Mata untuk pemantauan keadaan mata ayah.
*Ada sambungan lagi
semoga dipermudahkan segala urusan. aamiin
ReplyDeleteSemoga diberikan kesembuhan seperti sedia kala
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan dan segera sembuh hendaknya buat ayah tuan blog
ReplyDeleteAssalamualaikum, Semoga Allah permudahkan segala urusan dan segera sembuh. in shaa Allah, amiinn.
ReplyDeletesemoga baik baik saja ya sis :)
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh. Jd anak yg baik ya mizu
ReplyDeleteallahu..besarnya dugaan..takpela insyaallah dibalas di akhirat..yang penting ibu ayah selamat...sedih bila tak dapat balik kg..
ReplyDeletesemoga dipermudahkan
ReplyDeleteTapi at least ayah akhirnya dah bisa balik yaaa :). Ikut senang membacanya.. semoga berpengaruh baik untuk mata ayahnya juga
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan ayah kak Ana. sedihnya. dengan family jauh lagi. nak buat macam mana kan, covid makin naik ni lagi la terkenangkan org jauh di mata
ReplyDelete