Dah Tiba Waktunya

 


Hai engkorang semua.

Moga baik-baik saja semuanya ya.

Sebenarnya ada satu kejadian yang berlaku.

Masa semua orang sibuk pulang ke kampung halaman,

bersempena dengan cuti hari mengundi tempoh hari,

macam tu jugak dengan keluarga aku.


Selesai je urusan mengundi haritu, 

kami sekeluarga masing-masing sibuk dengan aktiviti keluarga.

Bila dah berkumpul ramai-ramai tu tentulah makan-makan kan?

Dan macam biasa anak bulus kesayangan mak - si Comot main lari-lari.


Bila dah masuk waktu maghrib, Comot tak balik balik.

Selalunya dia tak pergi jauh mana pun.

Mak dah tak sedap hati bila sampai malam tak nampak kelibat Comot.



Sampailah dah esoknya subuh mak tetap tercari-cari mana si Comot tak balik.

Sebab selalunya bila azan maghrib je Comot mesti akan masuk dalam rumah.

Dan tiap malam memang akan masukkan dalam 'rumah' dia untuk tidur.

Rupanya petang 19 November 2022 tu kali terakhir lah Mak tengok Comot.


Awal pagi terang je 20 November 2022 (Ahad) tu mak terus ronda keliling kawasan.

Dari kejauhan mak nampak kelibat tepi jalan.

Mak panggil tapi takda respon.

Mak pergi dekat.

Comot penuh luka kat tangan dan kaki,

macam kena gigit atau serangan haiwan pemangsa T__T

Mak tak sanggup nak ambil dan terus panggil Abah.

Abah uruskan semua dan tanam Comot di kawasan belakang.

Takda tanda kena langgar.

Mak kata malam tu ada terdengar anjing menyalak kuat.

Mungkin Comot nak selamatkan anak-anak kucing yang takda ibu.

Dan Comot terkorban T______T


Mungkin dah tiba waktu Comot pergi.

Dulu aku dan Mak ambil Comot di kawasan pasar basah.

Masa tu semua badan Comot penuh kudis dan tak bermaya.

Moga Comot tenang di alam sana.

Terima kasih pernah hadir dalam hidup aku dan Mak T____T

8 comments:

  1. ana...2,3hari ni saya duk teringat2 dkt ana,jenguk blog belum ada update..dlm hati duk tanya mana ana ni
    kesian comot..sedihnya mesti sakit sgt tu sampai tak tahan

    ReplyDelete
  2. Sedihnya..sian comot 😔.

    ReplyDelete
  3. Allahu… takziah atas kehilangan Comot. Hanya pencinta kucing je yg tau betapa sedihnya bila kucing kat rumah ni mati.

    ReplyDelete
  4. alaaa siannyaaaaa bye comot... nnt jumpa lagiiiii

    ReplyDelete
  5. Kalau saya mesti menangis.
    Sedih.

    ReplyDelete
  6. Takziah atas pemergian Comot. Itu la antara cabaran2 bela kucing - bila kita bagi kebebasan utk keluar rmh, mcm2 risiko. Bbrp bln lepas kami kehilangan Skittles, tak tau apa nasib. Spjg covid kami kurung dlm rmh, lps dah endemik, kami bagi dia jln2. One day, Skittles x balik rmh. Tinggal anak2 Skittles ja skrg, kena kurung dlm rmh...

    ReplyDelete
  7. Sedihnya Mrs. A baca.
    Sudah ketentuan takdir syukur alhamdulillah tetap dapat berjumpa walaupun sudah tidak bernyawa.

    ReplyDelete