Jatuh Cinta Pandang Pertama

 


Boleh dikatakan ramai yang turut berduka dengan berita Puteri Sarah-Syamsul Yusof.

Berat dugaan. Moga Allah beri ketabahan pada mereka. Sedih,sayu bila air mata ayah tumpah.


****************************

Pagi hujung minggu baru ni aku temankan Mak ke pasar pagi untuk beli barangan dapur.

Macam biasalah orang perempuan bila dapat membeli, terkadang tu lupa daratan hehehe

Mula sekali mesti terus ke bahagian barang dapur (segala lauk basah, sayuran, rempah ratus)

Selesai situ, terus ke bahagian buah-buahan pulak (segala jambu,anggur,tembikai,oren)

*aku kena bawa Troli Pasar jenis macam ni*


Maklumlah kalau nak guna tangan je memang patah jari-jemari hehehe

Selesai urusan membeli belah dan dah penuh troli, terus nak balik.



Dan masa melangkah hala ke kereta tu, mata aku bertentang mata dengan dia ni.

Selang beberapa kereta, dia meow meow macam lapar.

Aku dan Mak cuba meow semula dan panggil dia.

Terkedek-kedek je dia terus datang dan gesel-gesel pada kaki aku.

Memandangkan kami baru je kehilangan Si Comot haritu,

Mak terus ambil dan belai dukung si dia ni.

Aku kata pada Mak, entah-entah orang punya kot Mak.


Tapi Mak kata, ini kawasan pasar basah.

Selalunya kucing kecil macam ni kalau kat kawasan macam ni,

dengan keadaan lapar macam ni, mungkin tuan dia buang dia :(


Mungkin dah jatuh cinta pandang pertama.

Memandangkan si dia memang kempis je perutnya,

macam dah beberapa hari tak makan.

Dan takda sebarang rantai di leher dia (ada rantai/collar selalunya orang punya),

jadi aku dan Mak ambil keputusan untuk bawa balik.

Sampai je kat rumah, kami bagi makan dulu dan mandikan.

Lepas tu Mak terus pakaikan rantai.

Dan Mak kata , apa kata kita namakan dia Gumok (Gemuk).

Dengan harapan lepas ni dia akan bahagia dengan kami.

Dan berselera makan boleh jadi gemokkkk dan comel!

Welcome to the family GUMOK ! :)

Post a Comment

14 Comments

  1. Comel Gumok. Mesti dia happy dah dapat family sendiri. Moga Gumok terus gemuk dan comel selalu ehh. Hihihi

    ReplyDelete
  2. Welcome Gumok!! Itulah tgk YH menangis tu sebaknya... ertinya dia dh x boleh menahan rasa lg dah.. kalau mak nya biasalah pempuan ni kan selalu emosi tp bila bapak dh menitiskan air mata tu lain rasanya

    ReplyDelete
  3. majoriti org pompuan je yg berduka dengan berita Puteri Sarah-Syamsul Yusof.. huhu

    ps. wak blom habis tugasan di Jakarta ye ;p

    ReplyDelete
  4. iyer..s.edih betul tgh yg video dato' yusuf haslam tu, jarang2 la nak tgk seorang bapa mengalirkan air mata... :-(
    ala ala..comei nya gumok....moga terus gumok yer..

    ReplyDelete
  5. rezeki kami gumok dah diambil orang, jadi anak yang baik ya di rumah baru tu. Moga kekal sihat
    Nanti boleh bawak ke klinik untuk ambil vaksin dik

    ReplyDelete
  6. moga gumok makin gemok dan happy ye...sian dia kena buang..sy mmg xblh tgk stray cat rasa sayu sedih tapi nak angkut bawa balik takmampu risau tak sempat nk bg kasih syg..jd kita bg makan aje lah kalau terjumpa tepi jalan

    ReplyDelete
  7. Alhamdullilah murah rezeki Ana sekeluarga. Anaa, ingat Scha lagiii takk? hahahaha

    ReplyDelete
  8. Baguslah selamatkan anak kucing kelaparan.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah Gumok jumpa orang yg baik mcm Ana & ibu... Kdg orang ingat di pasar byk makanan, itu yg buang kucing di pasarkan? Hakikatnya terbiar je kucing-kucing tu :(

    ReplyDelete
  10. Itu la, berat ujian Puteri Sarah.
    Semoga Gumok membesar dengan sihat. :)

    ReplyDelete
  11. Ada ahli keluarga baru - Gumok.
    Memang sayu tengok pandangan si comel ni. Moga membesar dengan sihat.

    ReplyDelete
  12. Welcome Gumok.. Nanti makin guuuumoooookk laa..hehe

    ReplyDelete
  13. baiknya mak cikana sanggup ambil dan bela kitten tu.
    god bless!
    ps: schaze memang pakai je blog lama tu cuma tak update dah. tak tau nak update apa dah hihi.

    ReplyDelete
  14. comelnya gumok!
    kesian dia kelaparan.. nasib baik ana jumpa dia!

    ReplyDelete