Hai semua. maaf macam agak lama sepi tak balas jejak engkorang.. Awal bulan haritu kami sekeluarga memenuhi undangan majlis walimatul'urus sepupu di kawasan Mambang Di Awan dekat-dekat Kampar Perak.
Kami konvoi tiga buah kereta. Bergerak lebih kurang jam 10.00 pagi dari rumah dan sejam lebih perjalanan kami sampai di lokasi jam 11.40 mcm tu. Ngam ngam soi tetamu memang baru mula makan.
Selesai mencekik segala macam yang ada termasuk cendol, putu mayam, cucur udang, laksa, cakoi dan kuih muih, disambung sikit sesi jejak kasih dengan saudara mara yang lain.
Jam 2.00 petang kami mula bergerak menghala pulang ke arah selatan.
Tak tahu macam mana, tup tup adik aku call bagitahu kereta diorang kemalangan
Adik aku masa tu jauh agak ke depan daripada kereta kami.
Sebab terpisah masa di traffic light.
Tengok pada keadaan kereta adik aku tu,
Mak aku lah orang pertama yang paling menggeletar bila adik aku call.
Mujur adik aku sekeluarga semua takda cedera apa-apa. Syukurr alhamdulillah.
Driver lori mengantuk dan tak sempat brek.
Fuhhhhhh sekelip mata je!
Remuk kemek --- sekemek itu jugalah hati menanggung.
Mujur Allah lindung adik aku, isteri dia & dua anak diorang.
Anak 1 : Kakak 5 tahun -- "Kakak cantik ke lagi mummy?"
Itu soalan pertama si kakak lepas selamat dikeluarkan dari kereta
masa kat tempat kejadian kehkehkeh
Allahuakbar! Dugaan buat adik ana. Mujur semuanya selamat. Semoga urusan claim insurans dari syarikat lori tu dipermudahkan.
ReplyDeleteAllahuakbar...semoga selamat semuanya...cumel jer kakak syaura kata dia cantik tak? Takpe auntie eh! nenek tolong jawab...cantikkk..sebab Allah lindung kakak syaura, adik musleh, ibu dan ayah...
ReplyDeleteInnalillahiwainnailahirajiun.
ReplyDeleteYa Allah, beri kekuatan pada adik Ana.
Mula2 terkejut baca, lepas tu terus jadi geli hati dengan soalan si kakak 😄
ReplyDeleteTengok rupa kereta tu memang teruk. Syukur Alhamdulillah ahli keluarga semua baik2 aje.
Allahu akbar... teruk jg tu ana... tp Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa
ReplyDeleteYrs, accident happens in a split second. Bila dah jadi tu takleh nak turn back dah. Akk pernah alami :(
ReplyDeleteAlhamdulillah semua selamat. Kadang kita dah berhati² tp orang lain penyebabnya. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan adik Ana sekeluarga utk claim, repair dsbnya.
Allahu..
ReplyDeleteSemoga Allah mudahkan urusan dan gantikan dengan limpahan rezeki sebagai ganjaran atas ujian ini
Allahuakbar sayangnya kereta baru...alhamdulillah semuanya selamat,aduhai kakak tersenyum acik terbayang celoteh comel tu
ReplyDeletesyukurlah nasib baik x apa²... lucu pulak soalan kakak syaura... maintain comel tu dik jgn risau
ReplyDelete