Taugeh sejenis sayur-sayuran.. ramai yang kurang gemar tapi sebenarnya banyak manfaat taugeh ni antaranya :
1)Kaya Dengan Protein
Taugeh mengandungi dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam. Antara kebaikannya adalah ia mampu meningkatkan kesuburan terutamanya kaum lelaki yang sangat memerlukan protein untuk menghasilkan hormon untuk tujuan kesuburan.
2)Kaya Dengan Enzim
Berbanding sayuran lain, taugeh mengandungi 100 kali ganda enzim. Sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya proses pencernaan. Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.
3)Kaya Serat
Taugeh juga mengandungi serat yang boleh membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya. Sekaligus dapat membantu mengawal berat badan.
4)Kaya Antioksiden
Taugeh yang banyak antioksiden dan asid amino sangat baik terutama dalam melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak. Dalam masa yang sama,makan taugeh juga amalan awet muda dan bagus untuk dijadikan amalan.
5)Kaya Vitamin
Taugeh juga kaya dengan vitamin A, C dan E . Vitamin ni semua sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan.
Sumber : Manfaat Taugeh
Saya suka taugeh tumis dgn ikan kering. Makan dengan nasi panas2 mcm tu je pun dah cukup.
ReplyDeleteEhh…serupa kita. Memang asingkan taugeh, kucai tu. Mengganggu 😆
ReplyDeletekenapa taugeh kat ipoh sedap ek...sebab banyak bukit batu kapur ke? atau air yg banyak kandungan mineral..
ReplyDeletepeminat taugeh enter the chat😀
ReplyDeleteRasa terganggu kalau ada kulit hitam di kepala taugeh.
ReplyDeleteTiadalah suka sangat. Kalau ada makan kalau tiada tidak mengapa.
sy suka makan taugeh yg ranggup je.. nk2 lg yg dlm mee sup.. fuhh sedap kruk krak! haha
ReplyDeletefav jugak taugeh ni terutama yang fresh rangup bila makan, masak masak kicap plus tauhu memang sedap!
ReplyDeletekadang taugeh ni sedap dimakan tak kira masakan apa pun
ReplyDeleteHehheehe... samalah kita tengok taugeh tu macam mana jenis masaknya kalau jadi huduhhh! hasil bergabung dengan bihun atau lain-lain tu memang tak nak lupa dah apa segala khasiatnya tapi kalau yang jenis besar-besar rangup masak lemak campur tauhu memang laju je makan
ReplyDeletefav saya taugeh ni tapi sebab dalam rumah ada orang yang tak suka sayur jadi terikut2..kalau teringin nak makan sayur beli juga la sikit
ReplyDeleteada je org x suke mkn taugeh erk., huhu
ReplyDeleteramai yang tak suka taugeh..tp saya lebih sedap taugeh...fresh dan ranggup...dari sayur yang dah layu apabila terkena haba panas hehehe..
ReplyDeletemacam makan ulam