Aha! Cara Mop Lantai Hilang Kesan!

 


Sebelum ni ada terbaca orang share cara mop lantai effective.

Pernah gunakan air panas untuk lantai bersih elok.



Tapi maklumlah rumah yang ada banyak anak bulus kena kerap mop.

Boleh dikatakan setiap hari kena sapu dan mop lantai.

Selalunya mop pakai air biasa dan guna pencuci tangan yang beli di Eco.

Satunya sebab murah keduanya sebab wangi.

Dan tambah jugak softener sebab nak lantai bau lagi wangi.

Memang terbukti lantai berkilat TAPI..

Bila si anak-anak bulus lalu lalang pijak lantai,

atau kaki kita sendiri pijak, mesti akan tinggal kesan tapak kaki.


Pastu kalini cuba pulak mop guna air panas dan letak beberapa titik

pencuci tangan (handwash eco tu),

lepas mop dan lap lantai,

walau anak-anak bulus pijak lantai,

atau kita pijak lantai terbukti dah tak tinggalkan bekas tapak kaki!

Setakat ni cuba untuk tak letak softener (pelembut kain).

Mungkin kandungan softener kot yang jadi punca ada kesan tapak kaki.



18 comments:

  1. Akak mop pakai pencuci lantai je, 1 penutup. Memang takde tinggal kesan tapak kaki.

    ReplyDelete
  2. Kerja mengemop lantai ni dah jadi kemestian

    ReplyDelete
  3. Aah kalau guna air panas lagi berkesan katanya...

    ReplyDelete
  4. VM tuang air panas pastu mop hahahha
    rumah ada anak kecik pon kena kerap mop
    macam2 tumpah kat lantai adehhh melekit lekit

    ReplyDelete
  5. Oh nak cuba la nanti tip guna air panas tu. Kami guna floor cleaner, guna softner tak pernah lagi walau pun pernah terbaca.

    ReplyDelete
  6. menarik, boleh cuba cara ini

    ReplyDelete
  7. Guna air biasa atau pencuci lantai.

    ReplyDelete
  8. kita ngemop sekarang kalau malas guna tisu basah yang utk mop tu je kak ana. Itupun buat hilang rasa minyak2 kat kaki.

    ReplyDelete
  9. sy setuju bla ana ckp softener punca ada kesan tapak kaki. alkisah softener tumpah dlm bilik sy. lps bersihkan lantai sy dapati ada kesan2 tapak kaki. tak kotor tp it still there utk beberapa hari

    ReplyDelete
  10. terima kasih kerana perkongsian tip ini. akan cuba buat nanti untuk mengemas umah sblom raya...

    ReplyDelete
  11. Memang geram je kalau lepas mop kering, pijak ada kesan pulak. Agaknya bergantung kepada jenis pembersih lantai yang kita guna.

    ReplyDelete
  12. Ok menarik boleh cuba guna air panas lepas ni

    ReplyDelete
  13. Saya pun nak cubalah cara yang dikongsikan ini.
    Rasa selesa apabila lantai rumah nampak bersih dan tak ada kesan pijak.

    ReplyDelete
  14. wah...satu info yang baru ini...terima kasih kerana sudi berkongsi

    ReplyDelete
  15. Tq share tips.. selalu guna pencuci lantai je dgn air.. pasni kena try air panas lak

    ReplyDelete
  16. Itulah pernah dengar juga kalau nak senang hilang kesan mop lantai guna air panas tapi Mrs. A belum pernah cuba lagi. Maybe next time

    ReplyDelete
  17. Oooh buh air panas noo, nanti nak try gak ni 😎

    ReplyDelete
  18. macam okay je guna ni. nak try lah 1 dekat rumah

    ReplyDelete