Banyak kali terbaca tentang hal ni.
Tak kira lah pakaian berlebihan ke,
Pinggan mangkuk berlebihan ke,
Sama je mesejnya --- BERLEBIHAN.
Kalau ada yang berlebihan, kita boleh beri pada yang memerlukan.
Boleh beri secara pergi terus hantar,
Boleh juga share di sosial media.
Banyak group FB, Telegram untuk sedekah / beri barang.
Moga kita dijauhkan dari segala sifat berlebihan ni.
Kongsi dengan insan lain yang lebih memerlukan.
InshaAllah kita kejar kebaikan sama-sama, kan? :)
Allahuakbar takutnya kan kadang kita ni baju dah penuh almari bila nak keluar berjalan je cakap tak ada baju huhu
ReplyDeleteItulah takut beli baru sebab tidak muat dalam almari.
ReplyDeleteMasa nak pindah rumah tahun lepas, rasa dah derma banyak baju dalam almari tapi macam tak luak pun huhu... ada baju lama yg sayang nak let go tapi tak muat. Simpan dgn niat utk bagi dekat anak dara saya.
ReplyDeleteAmbil prinsip, bila beli baju baru, keluarkan baju lama sikit untuk sedekah. Sekarang dah senang, banyak tong dan tempat disediakan, untuk orang derma baju kepada yang memerlukan.
ReplyDeleteBersederhana dalam segala hal, itulah yang terbaik
ReplyDeletealamaakkkk banyak baju lelama kena check balik ni... iskk ada juga mmg dah bagi org, nampak gaya kena recheck balik la sume baju2 kat rumah tu
ReplyDeleteIbu pun pernah dengar. Banyak juga pakaian lama ibu yg nak disedekahkan. Hari tu dah asingkan sikit2.
ReplyDeleteSy pun byak baju sbb dah tak muat huhu.. Tiap bulan ja beli baju.. Sbb baju kebanyakkan dah sendat... Makin hari susah nak turun berat huhu..
ReplyDeleteSaya pun takut tengok pakaian dan tudung sampai tak muat almari. Mujur Encik Suami selalu suruh sedekah untuk pekerja-pekerjanya. Tapi, tetap sama juga, macam tak luak pun dari almari. Tahun ini belajar tidak beli baju dan tudung. Pakai saja yang ada.
ReplyDeletethn 2018 sy dah penah buat. hntr baju2 yg elok tp x pakai lg ke UPM. thn ni igt nak buat cuma masa je xde. mgkn lps raya. so far alhamdulillah baju2 yg sy bagi semuanya elok2. siap basuh n kasi wangi dulu sblm serahkan
ReplyDeletesaya pun risau juga walaupun pakaian tak banyak mana...bila tak muat biasanya disedekah kepada ahli keluarga ...
ReplyDeleteItulah, sebab tu sekarang mengelak dari beli baju baru. Tapi kadang-kadang terbeli jugaklah
ReplyDelete