Iye kulit cempedak boleh dimakan tapi perlu ikut langkah yang betul lah hehehe
Jeruk Kulit Cempedak atau disebut juga sebagai Mandai adalah satu makanan Kaum Banjar.
Nak menyediakannya mudah saja cuma perlukan sedikittttt kerajinan hehehe
BAHAN-BAHAN MANDAI GORENG (KULIT CEMPEDAK GORENG)
-Kulit cempedak perlu dibersihkan dahulu (buang bahagian kulit luar hijau berkerutu)
-Jerukkan kulit cempedak dengan cara letakkan lebih kurang 4 sudu garam ke dalam bekas berisi air.
-Dijerukkan lebih kurang 1 - 2 minggu untuk melembutkan kulit cempedak.
-Ambil kulit cempedak yang sudah dijeruk, perahkan airnya hingga kering & dihiris kecil-kecil.
-Potong bawang besar & cili.
-Tumiskan bawang besar,cili & ikan bilis hingga layu.
(makin banyak bawang,cili & ikan bilis, makin sedap)
-Masukkan kulit cempedak yang dihiris kecil tadi (tak perlu masuk garam kerana dijeruk sudah masin)
-Masak dengan api sederhana & hingga garing.
Mandai Goreng Garing tadi, kita lawankan pula dengan sup tulang.
Makan nasi panas waktu hujan sejuk-sejuk fuhhhh tak pandang belakang dah! hehehe
brape lama jeruk ni boleh tahan?
ReplyDeleteYummy!. I love mandai. Pernah buat sendiri, walaupun tak ikut spek, tapi sedapnya Ya Allah. Nyum2.
ReplyDeleteOh ..CCL baru tahu kulit cempedak boleh di makan .. makanan kaum banjar yerr .. tenkiuu info
ReplyDeletePernah makan mandai goreng ni
ReplyDeleteSedap juga rasanya
1st time dgr jeruk kulit cempedak
ReplyDeletetak pernah cuba buat atau makan, tapi ramai yang cakap sedap
ReplyDeleteFirst time Akk tahu, tq info Ana đź‘Ť
ReplyDeleteKalau biji cempedak rebus tu Akk suka...
ada tak agak-agak orang jual jeruk cempedak kat pasaran? kita beli pastu kita hiris dan goreng je ahakss...
ReplyDeleteTak pernah makan lagi mandai ni. Menarik untuk dicuba.
ReplyDeletesatu makanan yg unik. jika ada peluang, nak juga try mandai ni...
ReplyDeleteFirst time tahu.. apatah lagi nak makan :)
ReplyDeleteFirst time dengar, unik nya. Thanks kongsi . Mesti sedap.
ReplyDeleteRamai kata sedap, tentu betul2 sedap.. LZ belum pernah rasa mandai.. Harap ada rezeki dapat rasa suatu hari nanti..
ReplyDeletesaya tidak bisa membayangkan rasa kulit cempedak
ReplyDeleteMudah tapi perlukan kerajinan.. yg jual siap ada tak hahahaha..
ReplyDelete