Kemudian pada 20 November 2023 , sistem MyEtapp telah ditambahbaik dan segala urusan perlu menggunakan sistem terkini pada laman web https://www.myland.gov.my
Namun begitu, sistem tersebut masih terdapat beberapa item masih dalam penambahbaikan dan sistem MyLand dapat diakses dan digunakan secara penuh bermula 16 Julai 2024.
Jadi, untuk yang terkini, segala urusan pertukaran hak milik tanah perlu menggunakan sistem MyLand dan tiada lagi borang secara manual.
Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui email : myetappsupport@jkptg.gov.my
Urusan email boleh dibuat Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 5.00 petang) supaya urusan mendapat respon segera.
Aku dan rakan setugas yang lain turut terlibat sama dalam usaha membantu komuniti sekitar seandainya ada yang memerlukan bantuan untuk urusan ini.
Aku ada juga terima aduan beberapa orang komuniti yang mengatakan bahawa, terdapat segelintir petugas di beberapa Pusat Komuniti yang mukanya agak ketat melayan komuniti yang datang buat urusan.
Buat masa ni aku ambil maklum & kumpulkan maklumat.
Kemudian kita serahkan pada pihak yang sepatutnya.
Kita ni jika bertugas di barisan hadapan, penat macam mana pun, muka harus manis.
Kalau rasa menyampah nak layan customer, berhenti je.
Ramai lagi orang lain yang boleh lebih manissss bertugas di kaunter hadapan.
Tanyalah pada sesiapa pun, mesti tak suka dilayan endah tak endah atau kasar kan?
Tambah pula urusan selepas kematian.
Sebenarnya perlukan nasihat juga tentang online MyLand ni. Telefon tak berangkat sebenarnya...dah cuba call.
ReplyDeleteUrusan tanah agak sensitif dan sesuatu yang serius
ReplyDeleteElok lah selesaikan nya awal kan semoga tak jd isu bila kita x ada nanti. ;)
ReplyDeleteinfo yang sangat baik ana, memang sering kali jadi isu bila melibatkan harta tanah pusaka nih kan
ReplyDeleteTk kongsi ilmu
ReplyDeleteTq infonya ana... semoga dipermudah urusan pekerja barisan hadapan ni.. sy sebenarnya bangga dan respek dgn frontliner di setiap jabatan krjn ni... sbb bijak berlakon... bkn berlakon mcm mana, kalau ada masalah pun kena juga kekalkan senyuman manis tu... layan sebaik mungkin... nak marah tp kena sabar... hahaha.. tp bg yg muka x ikhlas bekerja tu mmg annoying jugak
ReplyDeletepart2 urusan tanah ni... haihhh letih bila mengadapnya... kdg rasa... x payahlah berebut or ambil tahu psl tanah ni. kita hidup pun bkn lama...😁😁
ReplyDeletetq for sharingt..bkn senang bila melibatkan urusan tanah si mati bila ada waris yg tk bersetuju...kena tau prosedur
ReplyDeleteArwah Mak Pah xde harta melibatkan tanah apa segala..ada puntanah pusaka yang ada banyak penama..itu dah ada wakil yang uruskan..kak SA nak uruskan baki simpanan ASB arwah..dah dimasukkan ke amanah raya, tinggal nak proses aje..amik masa jugak nanti...tengah nak siapkan document slowly
ReplyDeleteBetul kalau melibatkan tanah ni memang urusan berpanjangan .. banyak prosedur .
ReplyDeletesekarang ni banyak dah bertukar dari manual ke online..kasihan pd mereka yg tak celik IT...mmg perlukan bantuan...
ReplyDelete