Hari ini 16 April 2025 (Rabu) sekali lagi Abah perlu hadir rutin rawatan mata
di Klinik Pakar Mata Hospital Teluk Intan Perak.
Alhamdulillah keadaan Datin Seri semakin pulih selepas tragedi Kena Minyak Panas.
Dan seperti biasa, Datin Seri akan bawa 'Bakul Doremon'.
Sebab Datin Seri tak boleh takda air masak yang sejuk dingin.
Thermos plastik bulat biru tu menjadi pujaaan hati Datin Seri,
walaupun ada pelbagai jenis thermos Tyso & sebagainya,
tetap yang jenis gemok montok plastik itu juga pilihannya.
Pakcik & Makcik ini pula lain kisahnya.
Sambil aku & Datin Seri menanti Abah menunggu giliran di dalam,
Si suami mencari kad pengenalan katanya ada dalam beg.
Puasss si isteri mencari tapi tetap takda.
Nada suara seakan mula bertukar tinggi.
Aku & Datin Seri yang ada berhampiran,
segera mengalihkan pandangan ke arah lain.
Tak lama kemudian pasangan tu bangun & beredar.
Sayup-sayup kedengaran si suami berkata :
"Macam mana boleh takda kalau dah letak dalam beg tu"
"Tu lah tak check lagi sebelum pegi tadi. Ni nak patah balik dah lah jauh!"
Si isteri hanya tunduk sugul dari kejauhan.
Urusan check-up bermula ambil nombor jam 10.00 pagi.
Duduk berdiri. Duduk bangun berjalan duduk kembali.
Sepatutnya Doktor perlu keluarkan benang jahitan pada mata Abah.
Tapi katanya tempoh belum cukup 'matang'.
Dan nanti Abah perlu hadir lagi bulan hadapan.
Hampir jam 2.00 petang baru selesai giliran check-up.
Kebas kematu segala otot & tulang-temulang.
Ditemani pula cuaca yang membahang panas.
Abah & Datin Seri terus ajak pergi cari makan.
Perut dah main drum berkeroncong katanya.
Sikit lagi boleh pengsan kelaparan.
Kami teruslah ke Gulam Rasul -
salah satu Kedai Makan Mamak
yang lejen di PekanTeluk Intan.
Temujanji seterusnya nanti perlu hadir lagi 21 Mei 2025.
Akk pernah makan di Gulam Rasul tu. Saja nak habaq haha...
ReplyDeleteLejen la bekas air Datin Seri tu 😁
Bagus Ana temankan Abah buat pemeriksaan.
ReplyDeleteSemoga dipermidahkan urusan keluar benang bulan hadapan.
moga yg baik2 saja buat abah..aamiin
ReplyDeleteSemoga next appointment benang dapat dibuka..Uishhh..Dah lama sgt rasenya x pegi Gulam Rasul..Masa ada arwah abah selalu jgk arwah bwk sy & arwah mak =D
ReplyDeleteAlamak Datin x berat ke bekas air besar2 tu ha...semoga dipermudahkan urusan abah Ana...
ReplyDeleteLama yek, urusan di hospital. Semoga dipermudahkan urusan Abah Ana bulan depan.
ReplyDeleteSedap tengok kuetiau goreng Gulam Rasul.
Macam nak piknik gaya DS tu ya.
ReplyDeleteehh.. akk pernah gak makan kat resto Gulam Rasul TI tu.
ramai juga ya patient yg datang check mata...
ReplyDeletebegitu laa urusan kat GH ni mmg kena byk bersabar...
Saya adalah seorang yg berkerja dgn klinik mata.. nak bgtau tu jer hahaha
ReplyDeleteSyukurlah ibu dah semakin sehati tangannya yaaa. Semoga tak banyak bekas ya kak.
ReplyDeleteSaya agak seram pas baca buka benang jahitan pada mata ... Terasa ikut ngilu pula .