Ahad hujung minggu yang baru lepas, ada jemputan Doa Selamat
daripada Makcik Sofiah (Geng Mesyuarat Tingkap Datin Seri Bondaku)
Makcik Sofiah mendapat peluang menunaikan haji pada 10 Mei 2025.
Jadi sebelum berangkat pergi ke sana,
Makcik Sofiah jemput semua ahli mesyuarat tingkap,
sekaligus merangkap jamuan hari raya katanya.
Menu utama ada Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Acar Timun,
ada satey, nasi impit, kuah kacang, pelbagai puding & manisan.
Tapiiiiii aku tertarik untuk mencuba 'Miang Kam'.
Anak & Menantu Makcik Sofiah yang bawa (order dari kawan ofis katanya).
Cara makannya perlu ambil daun yang macam daun sirih tu,
dan letakkan kekacang, hirisan limau, hirisan bawang & ada sos khas.
Balut kesemua 'barang jampi tu' & ngappp masuk mulut.
Ini pertama kali aku mencuba 'Miang Kam'.
Dah serupa orang makan sirih pula hehehe
Terima kasih Makcik Sofiah atas jemputan & makan-makan.
Moga diberi kesihatan yang baik sepanjang menunaikan ibadah disana nanti.
Makanan pun meriah ni. Ramai ya ahli mesyuarat tingkap ni? Hehe
ReplyDeleteTapi daunnya bukan daun sirih kan? Saya tak kuat cium bau daun sirih tuh 😂😂
ReplyDeleteMiengkam tu sedap ye...awet muda kalau makan...dia guna daun kaduk..ramainya ahli mesyuarat tingkap...meriah...semoga makcik Sofiah mendapat haji yang mambrur
ReplyDeleteAlhamdulillah dan tahniah atas peluang menunaikan haji buat Makcik Sofiah. Selamat menunaikan haji!
ReplyDeleteMeriah sungguh lauk pauk aneka juadahnya.
Macam2 juadah nya. Moga dipermudah kan semua urusan Makcik Sofiah dan mendapat Haji yang Mabrur.
ReplyDeleteGrand-nya kenduri MS ni hehe...
ReplyDeleteDaun kaduk tu rasanya Ana, mmg rupa macam daun sirih.
Semoga dipermudahkan urusan MS utk ke Tanah Suci, selamat pergi dan balik hendaknya 🤲🏻
Sedap tak, Ana, Miang Kam tu? Akak pun tak pernah cuba.
ReplyDeletePernah sekali makan miang kam tu sedap. Masa tu kenduri kahwin sepupu. Makcik ajar makan.
ReplyDeletesedap2 belaka juadah nya tu
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletedpt panggilan menjadi dhuyufurrahman...
semoga beroleh haji mabrur...
alhamdulillah, dijemput jadi tetamu Allah..moga selamat pergi & selamat kembali and moga dpt haji yg mabrur..aamiin...
ReplyDeletewah, dap nya miang kam... best best!