Ada Pot Luck Sekolah Nak Bawa Menu Apa?

 Syawal sudah masuk ke minggu kedua.

Banyak sekolah / institusi mengadakan majlis makan-makan.

Kebanyakan ibu bapa buntu memikirkan apa menu yang anak-anak nak bawa

untuk majlis sambutan hari raya di sekolah.

Ini antara menu mudah yang boleh diambil sebagai contoh.

Dan yang pasti akan habis licin awal sebab ramai yang suka hehehe

Kek Batik

Elbow Carbonara


Chocolate Cake Popsicle

Spiral Goreng Simple

Buah-Buahan (Oren, Anggur, Tembikai)   

Shushi Bread
 

Oreo Popsicle

Chicken Carbonara Ball

Satey Buah 
(ada ibu bapa yang khuatir penggunaan lidi merbahaya)

Spagetti Bolognese
 
Banyak lagi idea menu yang boleh di tiruvasi untuk bawa semasa jamuan / potluck.
Idea-idea di atas pun semuanya hasil perkongsian ibu bapa di FB Group Masak-Masak.
 
Ada ramai juga ibu bapa meluahkan rasa kecewa apabila menu yang dibawa,
tak disentuh langsung oleh anak-anak murid.
 
Sebenarnya ada beberapa faktor antaranya :
 
 1) Menu yang dibawa bukan kegemaran anak-anak murid
(Menu selera anak-anak tak sama dengan selera orang dewasa)
 
2)  Menu yang dibawa dalam jumlah yang pukal 
(lebih baik disediakan secara individual pack seperti contoh di atas,
kerana lebih mudah anak-anak / tetamu nak ambil & makan

Kebanyakan anak-anak kecil kurang gemar juadah seperti pulut, ketupat & sebagainya.
Jadi ibu bapa boleh elakkan bawa menu-menu yang itu.
Dah boleh pikirkan menu lain selain yang pulut-pulut tu hehehe

7 Comments:

  1. Biasanya saya bawakan buah anggur dan air kotak kalau sekolah Firdaus buat jamuan.

    ReplyDelete
  2. Nice idea..THx for the sharing =D

    ReplyDelete
  3. adik- adik akak tempah kat orang je apa yang anak diorang nak bawak...selalunya individual pack macam kat atas tu...

    ReplyDelete
  4. buat dlm bekas kecik2 gitu lebih praktikal..bdk pn senang amik

    ReplyDelete
  5. Spagetti memang budak-budak suka. Apa itu elbow carbonara? Popsicle ni manis, makin galak budak-budak nanti. :D Tapi macam menarik, akak tak pernah jumpa. Hehe...

    ReplyDelete
  6. good sharing dear.. kasi idea kan

    ReplyDelete
  7. cadangan menu mmg byk
    tp bla dah smpi harinya
    tgk samaaaa je menu yg dibawa hahaha
    makan je laa

    ReplyDelete