Ini bukan menyotong lemah gemalai nyahhhhhh tu ye!
Ini namanya Kerabu Sotong Simple sebab Bong malas nak makan lauk lain.
Haa gittewww nama resepi.
Permintaan Si Bong (adik bongsu) sempena cuti hujung minggu.
Lauk sotong ni memang feveret Si Bong, Abah & Mak.
RESEPI KERABU SOTONG MUDAH & SEDAP
Bahan-Bahan:
1/2 kilo sotong
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi
2 biji limau nipis (perah ambil airnya & kemudian potong dadu)
2 sudu besar sos nampla (sos ikan Thai)
1 sudu besar gula apung Thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula perang)
1 biji tomato potong dadu
sedikit daund ketumbar
Cara-Cara :
Rebus sekejap sotong. Ambil sesudu besar air rebusan & toskan sotong.
Tumbuk cili padi, bawang besar & bawang putih hingga agak halus.
Masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan & perahan air limau nipis
bersama kulitnya.
Masukkan tomato & daun ketumbar.
Gaulkan sebati & siap untuk dihidang.
Awas kerana lauk kerabu sotong ni seringkali
membuatkan lupa diri & makan menambah hehehe
Sedapnya tapi cie tak makan sotong. Boleh tukar udang. Sedap juga ni.
ReplyDeleteIni ratah² pun sedap ni Ana!
ReplyDeleteNampak sedapnyer
ReplyDeleteNampak sedap. Cara buat pun mudah je. Tapi kerajinan tu yang takde.
ReplyDeleteSeawal pagi selera dah terpancing tengok kerabu sotong ni…. Dapnya! 🤤
ReplyDeletesedapnya kerabu sotong. favorite juga ni
ReplyDeletekejap, nak catit dlm buku resipi.
ReplyDeletei suka jenis kerabu-kerabu gini. terima kasih berkongsi.
sy baru je tgk video kerabu sotong versi thai tp mmg lain drpd lain... sbb kena tumis sikit bahan2nya... nmpk sedappp
ReplyDeletesedapnya..mmg bertambah-tambah nasi kalu mcm ni..
ReplyDeleteHari ni BW nampak 2 resepi kerabu.. adehhh.. macam mengundang je ni.
ReplyDeletePernah coba di resto Thai. Sedaaaap sangat. Asam pedas segar berasa. Saya sukaaaa. Tp kalo buat sendiri nih, beberapa bahan tak ada, dan hasil bisa jadi melenceng dari asli 🤣
ReplyDeleteSedapnya, Ana oi! Meleleh sikit ailio akak.
ReplyDelete