Jala Kuning Diraja & Kuah Durian

 


Geng Mesyuarat Tingkap Mak Lorong Belakang datang hantar 3 biji durian kampung.
Dua biji saiz sederhana & satu biji saiz King! 

Nama saja Raja Buah kan? Walaupun dia durian kampung tapi isi tebal & cukup lemak & manis. 


Setiap kali ada musim durian, Abah memang wajib minta buatkan Serawa Durian (Bubur Durian)
Dan mak juga akan minta buatkan roti jala untuk makan dengan kuah durian.

Ada beberapa versi juga Roti Jala yang pernah buat dulu :



Abah suka makan Roti Jala Klasik dengan kuah kari.
Mak pula suka makan dengan kuah durian.

Buatkan lebih untuk berbagi pada jiran kawan-kawan Mesyuarat Tingkap Mak.
Pada Mak Lang, Mak Su, Mak Jah & Mak Busu.

Moga sedaplah pada tekak kawan-kawan mak semua. 
Ada yang kata, kawan-kawan mak Ana tu semua takda anak ke?
Ada tapi diorang kerja jauh-jauh dari kampung.
Balik ziarah ibu bapa hujung bulan bergilir-gilir.
Jadi, mana yang termampu, itu yang Ana & Mak selalu berbagi makanan,
dapatlah merasa sorang sikit mana yang ada kan? hehehe


6 comments:

  1. Whoaaa..Sedapnyaaa cicah cicah gitu..tak pernah makan roti jala cicah durian..Nanti bebila nak try lah.hehee

    ReplyDelete
  2. Sejak menetap di utara ni baru akak belajar makan roti jala dengan kuah durian.
    Cantik betul hasil jalaan Ana. Tentu seronok jiran-jiran dapat berjiran dengan Ana sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Saya kalau roti jala mmng makan ngan kuah kari je. Sedapnya durian tu creamy betul isinya

    ReplyDelete
  4. sedap tu roti jala cicah kuah durian

    ReplyDelete
  5. Cantik kejadiannya roti jala Ana. Durian pun isi cantik, kuning je. Alhamdulillah, rejeki sama dikongsi jiran tetangga.

    ReplyDelete
  6. walau durian kg tapi cantiknya isi kuning diraja

    ReplyDelete