Hujung minggu haritu kami sekeluarga termasuk Abang Long ikut sama ke Taiping untuk memenuhi jemputan Majlis Doa Selamat di rumah Pak Long (Abang pada Abah).
Kami bergerak dari rumah lebih kurang jam 8.00 pagi dengan dua kereta.
Bong drive 1 kereta & Abang Long drive 1 kereta.
Kami singgah di Kuala Kangsar dulu rumah Abang Ali (Anak Saudara Mak).
Berziarah dulu sebab kali terakhir kami berjumpa masa Hari Raya Aidilfitri dulu.
Selesai di Kuala Kangsar, kami terus gerak menuju ke rumah Pak Long di Taiping.
Lebih kurang jam 11.15 pagi kami selamat tiba di kawasan rumah Pak Long dan waktu tu orang dah mula memenuhi ruang dalam rumah & juga di bawah khemah depan rumah.
Lebih kurang jam 12.15 tgh hari majlis makan pun bermula selepas bacaan tahlil selesai.
Syukur waktu tu cuaca redup mendung kurang panas.
Lebih kurang jam 3.00 petang kami dah selesai tolong kemas apa yang patut, kami pun minta diri untuk bergerak pulang & Abah ajak ikut laluan lorong bekas rumah arwah Tok Nenek (lorong belakang kurang sikit laluan orang).
Rumah kayu dah runtuh hanya tinggal tapak & lapik batu tiang saja.
Abang Long ajak berjalan pergi ke kawasan terletaknya dapur.
Aku malas nak ikut mulanya sebab terasa bahang walaupun cuaca agak mendung.
Tapi tak lama tu Abang Long jerit!
"Ini kalau hang tengok musti tak jadi nak balik awal"
Aku tertanya-tanya apa yang membuatkan Abang Long cakap macam tu.
Tanpa berlengah aku pun terus jalan laju ke arah Abang Long di tapak dapur.
Dan memang betul rupanya Abang Long jumpa harta karun!
Harta Karun yang aku maksudkan bukanlah wang ringgit berjuta.
Tapi hanyalah set-set pinggan mangkuk jenis batu cetakan motif Bunga Kangkung dan Bunga Keladi macam ni saja.
Alahhh macam ada satu kisah tu "sampah bagi orang lain, adalah rezeki buat kami sekeluarga". Zassssss terus teringat ayat tu! Yaaa ini adalah sampah pada orang lain tapi pada aku, ini adalah harta karun yang tak patut aku tinggalkan macam tu saja.
Aku tanya pada Abah, boleh tak seandainya aku nak bawa pulang pinggan mangkuk lama ni.Yelah almaklumlah itu adalah tapak bekas rumah ibu dan ayah Abah dulu. Apa pun perlulah minta izin sebelum nak ambil apa-apa kan? Dan Abah tak fikir lama, terus Abah kata ambil je semua mana yang rasa boleh diguna lagi sebab dah takda siapa nak datang jejak kat sini lagi.
Aku nampak mata abah ada berkaca. Mungkin sebak sayu terkenangkan kenangan Abah masa kecil dulu hidup di rumah tu. Dulu sebelum rumah tu runtuh dimakan anai-anai, arwah Paksu dan Mak Teh tinggal situ. Tapi lepas Paksu meninggal, Mak Teh pun dah pindah tinggal dengan Maklang, jadi memang takda siapa yang datang ke bekas tapak rumah tu.
Uishhh..Untung kalau amik...Kenangan ni =D
ReplyDeletepinggan legend tu...dh basuh cantik berseri
ReplyDeleteberuntungnya masih ada pinggan bunga kankung ...kenangan berabad berzaman ni....
ReplyDeletewahhhh ini baru betul harta karun hahaha
ReplyDeleteFuhh…betul-betul jumpa harta berharga ni Ana!
ReplyDeleteAkak pun ikut tersenyum tengok hasil cucian Ana. Memang macam pinggan baru.
Lepas ni kalau guna pinggan tu, mesti Abah Ana terkenang masa lalu.
Memang betul-betul harta karun tu, itu kalau jual pun orang cari tu. Memang pinggan mangkuk zaman dulu-dulu tahan dan cantik kan.
ReplyDeleteInilah harta karun sebenar, harta peninggalan atok nenek kita... Akk pun ada beberapa biji pinggan makan bunga ros ni, hadiah dari arwah Mak. Sayang sangat 🥹
ReplyDeletewah..memang excited la jumpa pinggan2 ni..tgh trend kan sekarang ni...vintage gitu
ReplyDeleterumah arwah nenek MA dulu ada pinggan mcm ni..tak tau siapa yg amik
Kaaaaaak, ya Allah bersih macam baruuuu kak ana buaaat 😍😍😍😍😍. Memang cantiiik lah..saya catat caranya, pakai Clorox dan cuka makan yaaa 👍👍👍.
ReplyDeleteWAH1
ReplyDeleteMaaf ya tertekan, nak tulis wah!..cantik tu..banyak ..memang rezekilah tu ya
DeleteWahh banyak ni. Sekarang pun dah mahal. Dapat jugak yang arwah tok punya sebab mak pak sedara semua tak nak.
ReplyDelete