Misteri Di Sebalik Lagu Nenek Si Bongkok Tiga

 


Misteri Di Sebalik Lagu Nenek Si Bongkok Tiga

Siapa yang lahir tahun 70an, 80an dan 90an sudah pastinya cukup kenal dengan permainan nenek si bongkok tiga. Permainan ini diiringi dengan nyanyian sebuah lagu. Tentunya ketika masih kanak-kanak kita tidak pernah terfikir dari mana asal-usul lagu nenek ini, siapa pencipta lagu ini dan sejarahnya.




Aku terbaca status di facebook Yazeed Hair Johari bertanya tentang lirik lagu Nenek Si Bongkok Tiga ni. Ramai yang respon berkenaan terdapat kisah mistik disebaliknya.

Jom sama-sama kita amati lirik lagu nenek si bongkok tiga ini.

Nenek, Nenek Si Bongkok Tiga.

Siang mengantuk Malam Berjaga.

Mencari Cucu Di Mana Ada.

Nenek Ku Kahwin Dengan Anak Raja.

Cucu tak Dapat Lari.

Nenek Tua Banyak Sakti.

Sekarang Juga Nenek Mencari.

Siapa Kena Dia Jadi.

Sekarang kita akan menelusuri lirik lagu ini. Apakah maksud tersirat disebalik lagu nenek bongkok tiga ini?. Apakah lagu ini ada kaitan dengan sesuatu yang mistik seperti saka atau sekadar maianan anak-anak kecil?

1.Nenek,Nenek Si Bongkok Tiga ,Siang Mengantuk Malam berjaga.

Maksudnya:

Sesiapa yang terkena Gangguan Saka Nenek ini, mereka akan kerap Mengantuk di waktu siang, sakit kepala manakala Sebelah malam tidurnya gelisah sukar tidur malam.

2.Mencari Cucu Di Mana ada Nenek ku kahwin Dgn Anak Raja.

Maksudnya:


Siapa terkena Gangguan ini, memilih pasangan hidupnya amat sukar. Raja yang dimaksudkan ialah kemahuannya hendak dituruti, terutama pada pasangan yang berkahwin. Anak raja juga merujuk kepada ‘Jin’. Kahwin disini merujuk kepada ‘perjanjian’ antara nenek dengan ‘anak raja.

3.Cucu tak dapat lari, Nenek Tua banyak Sakti.

Maksudnya:

Saka Nenek kebayan ini penuh dengan muslihat. Maksud cucu nenek tidak akan terlepas. Mereka yang berdampingan dengan jin memiliki beberapa kelebihan.

4.Sekarang Juga Nenek Mencari ,Siapa Kena Dia Yang Jadi..

Maksudnya:

Siapa yang menjadi pilihan nenek, dia lah yang akan jadi pewaris saka tersebut. Nenek tua ini sentiasa Mencari Waris Dan keturunan nya. Siapa yang paling lemah semangat dia la yang kena. Dia sentiasa mencari keturunan nya yang lemah semangat untuk Nenek tua ini berdamping.


Apa pun baik-baik lagu Nenek Si Bongkok Tiga ini memang penuh dengan misteri.Siapa yang mengalami Gangguan Saka ini sahaja yang memahami apa yang di Lalui. Tanda-tanda orang yang mengalami Gangguan Saka Nenek kebayan ini, kerap sakit belakang, belikat, kerap sakit kepala, selalu kembung perut, Rambut banyak gugur, kitaran haid tak normal, sukar dapatkan zuriat, Panas dengan pasangan, kerap mimpi baby, menyusukan baby, bermain dengan baby, kerap mimpi nenek tua dan kerap nampak kelibat Nenek tua.





Wallahu’alam.. Moga gangguan di atas terhindar berlaku pada diri kita,pasangan Kita Dan family kita Aamiin Ya Allah.

Sumber : SeramShit

7 comments:

  1. Dulu masa kecik selalu kena marah sebab nyanyi lagi ni ada maksud lain rupanya

    ReplyDelete
  2. tapi klo nyanyi dekt asrama memang seriau je rasa seram tu

    ReplyDelete
  3. huaaa, tiba2 scary pulak nak nyanyi lagu ni, padahal dulu suka main nenek nenek dan nyanyi lagu ni tanpa perasaan... klu nyanyi dgn yakin, mungkin betul benda tu jadi kan... huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Patutla anak sedara saya cakap bapak dia x bagi nyanyi lagu ni. Lagu jin katanya. Seram plak

    ReplyDelete
  5. dulu kecik2 selamba je nyanyi lagu ni hahahahah

    ReplyDelete
  6. Kadang-kadang kita tak tahu maksud tersirat di sebalik lagu yang dinyanyikan. lagu atau puisi lama biasanya dikaitkan dengan mentera atau jampi.

    ReplyDelete
  7. Lagu feveret zaman kanak-kanak.. hehehe.. Bila dengar lagu nie teringat zaman kanak-kanak.. Tapi bila dah besar ni kadang-kadang terfikir juga maksud disebalik lagu..

    ReplyDelete