Mengeratkan Silaturahim

 



Kisah 08 Syawal (Sabtu 28 Mac) selepas Isyak aku dan Bong menyemperit untuk dibawa waktu berziarah ke rumah Paklong sebelah Abah (jemputan kenduri tahli serta rumah terbuka Hari Raya).


Dapat berjumpa sepupu, dua pupu, tiga empat pupu semasa majlis kenduri & rumah terbuka.
Tapi tak sanggup berlama-lama di bawah khemah, cuaca terlalu panas terik.



Pelbagai juadah tersedia antaranya nasi minyak dan nasi putih.
Aku memilih nasi putih dan lauk daging, ayam masak merah serta acar timun.
Walau air hanya sirap tetapi disebabkan titisan peluh ais batu tu terlalu menggoda untuk ditolak.
Kuih-muih di meja Dessert Table juga ada pelbagai tapi aku hanya ambil apam polkadot saja.

Selebihnya kenyang minum air saja disebabkan cuaca terlalu panas.

Selesai berborak panjang dan bersalam bermaafaan sesama saudara semua,
Masing-masing pun perlu bergegas pulang ke sarang kerana perlu kembali bekerja.
Moga dipanjangkan umur lagi untuk bertemu bersilaturrahim pada masa akan datang.

11 comments:

  1. Masya-Allah, cantiknya kejadian kuih semperit Ana. 😋
    Close-up betul gambar apam polkadot tu, sampai buat akak rasa nak pergi cari kuih ni esok.

    ReplyDelete
  2. Wahhh... cantik kuih semperit. LeYa is tak pernah buat kuih semperit ni. Btw, selamat makan-makan lah ye... Selamat hari raya

    ReplyDelete
  3. Bahaya pandang sirap ais tu lama-lama 😆

    ReplyDelete
  4. rajinnya sempat buat semperit tu.

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Ana 😊 Kita baru nak bw hari ni 🤭 Cantik kejadian biskut semperit tu 😍

    ReplyDelete
  6. memang best dpt jumpa sedara mara! part sirap ais tu memang syok la bila musim panas sekrg ni

    ReplyDelete
  7. Serba serbi boleh Ana ni; masak pandai, buat kuih raya pun pandai 👍🏻👍🏻👍🏻
    Akk kurang minum air manis tapi lebihkan air putih. Bawa tumbler ye pergi beraya ahaha

    ReplyDelete
  8. wah kuih pokadot ni dah lama tak muncul.

    ReplyDelete
  9. dah boleh jual semperit daaa lps ni ;-)

    ReplyDelete
  10. Sedapnya semperit! Kemas je kak ana buat

    ReplyDelete
  11. Lihat bentuknya, langsung berasa melting kue semprit itu kak 😄😍😍😍. Pasti sedap sangat. Sepertinya bakal cepat habis lah 😄👍

    ReplyDelete