kelebihan dan kelemahan browser

18 September 38 Comments
Banyak BROWSER ada.. yang femes dah tentulah Mozilla+Google Chrome+Internet Explorer..

Lain orang, lain jugak pendapat tentang penggunaan web browser ni.. ada yang selesa guna musang oren tu.. ada yang rasa lagi power guna chrome.. rasa lagi terror mungkin dah guna yang lagi up to date.. kehkehkeh.. dan dengan rajinnye cik ana pun godeklah pasal web browser nih smua.. tak lah SEMUA sangat sebenarnye.. yang mana cik ana rasa perlu tahulah.. hehe


Kelebihan dan Kelemahan Web browser:


1. Internet Explorer

Kelebihan:

* Menyediakan add ons, walaupun tidak sebanyak Firefox

* Khusus IE8, nampak lebih elegan dan menarik

* Bagi pengguna Windows Live ,tab bookmark yang disediakan senang untuk ke feature milik Windows Live

Kekurangan:

* Gagal membaca script dibeberapa halaman (khususnya CSS)

* Berat pada awal start dan semasa membuka tab baru


2. Mozzila Firefox

Kelebihan:

* Banyak feature tambahan (add ons)

* sangat sesuai untuk membuka site² multimedia

* Updatenya mudah

* Sistem security kuat

Kekurangan:

* Loading lama seawall start, tambahan jika banyak adds-on yang diinstall / terinstall

Membuka site² multimedia seperti Youtube dan Metacafe memang lebih sesuai meggunakan Firefox. Download managernya juga lebih ok kerana masih bekerja ketika browser ditutup , apalagi pada yang memang suka download file² besar.


3. Google Chrome

Kelebihan:

* Ringan ..termasuk ketika start pertama kali dan berpindah tab

* Designnya simpel dan minima

* Updatenya mudah

* Sistem security kuat (menjadi browser yang paling tahan terhadap serangan hacker..buat masa inilah =P)

Kekurangan:

* Statik, feature kurang banyak

* Installnya memrlukan kita online..

Chrome tidak menyediakan file masternya, jadi kalau mahu menginstall hanya diberi file lauchernya saja


4. Opera

Kelebihan:

* Ringan

* Memiliki email client dan rss sendiri, jadi tidak perlu pakai email client lain seperti Outlook, Thunderbird mahupun lain²

* Pemanggilan kembali Cache cepat

Kekurangan:

* Agak lambat dalam membaca script pada beberapa halaman

* Untuk meng-update-nya harus mendownload kembali file masternya


5.FLOCK

Kelebihan:

1. Ada menu tersendiri (photo uploader) untuk upload foto ke laman sosial spt : Facebook , Flickr , Twitter , Myspace .

2. Terintergrasi secara langsung dengan laman sosial

3. Update status Facebook secara terus tanpa membuka website (tentunya harus sudah login), dan juga mengetahui update status kawan² melalui People Sidebar. Juga mampu terintegrasi dengan Flickr, Twitter, Youtube, MySapce dan Digg

4. Cek email melalui menu webmail

5. Posting artikel blog tanpa masuk dashboard melalui menu Blog Editor. Terintegerasi dengan Blogger, Blogsome, LiveJournal, Typepad, wordpress, Xanga dan juga akun blog pribadi anda .

Kekurangan:

1. Flock memerlukan resources yang lebih besar! Di beberapa komputer, memulai Flock untuk pertama kali akan memakan waktu agak lama

2. Skin Flock pun masih terbatas.


6. SAFARI


Kelebihan :

1. Feature terbaru yang menarik adalah penerapan Nitro Engine. Dengan aplikasi ini browser membuka web dengan lebih cepat kerana Nitro Engine dapat mengeksekusi java script lapan kali lebih cepat berbanding dengan browser lain.

2. Safari dilengkapi juga dengan Cover Flow yang membuat tampilan bookmark dan history browser lebih cantik dan selesa.

3. Safari juga support format modern web berbasis html 5 yang dapat mengumpulkan web-web feveret yang sering dibuka oleh pengguna dalam bentuk thumbnail (seperti yang dimiliki oleh Opera)

Kekurangan :

1. Nampak agak aneh sebagai aplikasi Windows jika anda pertama kali menggunakannya.

2. Tak ada feature restore kalau Safari hang.

3. Adanya bug pada Safari telah diungkapkan pada bulan Mei lalu oleh peneliti keamanan, Nitesh Dhanjani. Bug pada Safari dapat berakibat attacker mampu untuk membuang desktop korban dengan eksekusi file executable (.exe), sebuah penyerangan yang dikenal dengan nama Carpet Bombing (*bahasa indonesianya agak pekat pak..jadi saya enggak gitu ngerti =P)


sumber : browser dan kelebihan



nota kecil : sedang menggunakan SAFARI..korang guna ape??

iye adab berjiran..tapi kalau jiran pun macam ni?

17 September 23 Comments
kata orang jiran sepakat membawa berkat.. jiran yang baik, selalu faham dengan jiran yang lain.. selalu SENSITIF dengan perasaan jiran lain.. selalu PEKA dengan perkembangan jiran lain.. PEKA ye bukan PEKAK mahupun KEPOH.. tak perlu nak amek tahu segalanya luar dan dalam.. itu dah macam layak dapat penampar sulung pulak..

zaman serba canggih sekarang ni pulak dah dijadikan alasan untuk abaikan jiran.. masing-masing pakat pulun kejar duniawi.. tak peduli dah jiran sebelah tu hidup ke mati ke.. makan ke tak ke.. sampaikan bila silap sikit je, memang keluarlah segala parang+kendo stick segala.. memang dah takde kenal istilah 1 malaysia yang konon-konon dijulang bagai hape je lagi.. cis! dasar propa =P






JIRAN #1




JIRAN #2






dua situasi nih memang lah sah-sah JIRAN dorang nih kurang PEKA dan kebarangkalian PEKAK jugak sangatlah tinggi.. kalo tak,takdelah sampai nak on volume speaker sampai abeh jiran satu lorong pun ketensenan sebegitu rupa.. ada sivik la sikit wehh.. bukan kau hidup sorang kat alam nih.. nak on volume out loud, buat rumah dalam hutan ok kot.. tu pun kalau makhluk dalam hutan tu tak reti mengamuklah..kalo tak, memang kau berkubur tak bertandalah dalam hutan tu =P



Dalam kejiranan, umat Islam wajib mengekalkan hubungan baik dan menyemai kemesraan kerana sifat sebegitu akan membentuk kehidupan aman dan harmoni, malah jika berdepan masalah, ia diselesaikan dengan baik.

“Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.” (an-Nisaa’: 36)

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jibril sentiasa berwasiat kepadaku mengenai jiran, sehingga aku menyangka jiran itu akan saling mewarisi.


Dalam adab berjiran, umat Islam juga dilarang membuka aib jiran seperti menceritakan rahsia mereka kepada orang lain, menceroboh kediaman mereka dan mengambil hak mereka. Dalam hubungan ini sesuai juga dengan sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.



jiran baik cik ana : naser [dot] com

nota kecil : tapi tak perlu kot post status kat fesbuk gitu..mengAIBkan jiran berdosa gak wo ;)

Contest I'm Proud To Be A Muslimah

16 September 17 Comments
memandangkan cik ana dijemput sendiri oleh FiQ'Ra panCake untuk join, maka dengan rajinnye lah daku menjoinkan diri dalam kontes ni.. dah lame tak join kontes.. malas.. banyak yang nak untung sebelah pihak je organize kontes itu ini.. cis!!! tapi kontes ni cik ana nampak banyak faedahnye.. hadiah tu dah tentulah mantap.. ramai sponsor pulak tu.. kehkehkeh.. tapi yang paling penting, ada MESEJ yang boleh dikongsi bersama sambil berkontes... i suke yang tu ;)







BANNER KONTES

14 SEPTEMBER-14OKTOBER


ini hadiah-hadiahnye :

Pertama:
x1 Long Sleeve lycra maxi dress - Anaf Marketing
x1 tudung - Naura Fashion
x1 t shirt muslimah - Iman Abdul Gallery
x1 gypsy crumple shawl - AidaRabbaniyin
x1 purse - Jom Chantek Chantek
x1 inner neck -
Zara Hijjab

Kedua:
x1 baju kurung moden - Elhyatt Bizz Collection
1 tudung & x1 assesories - Happy Qlasik
x1 purse - Fariza Faisal Boutique
x1 tudung - Ainz Eshop



ketiga:
x1 tudung - Ainz Eshop
x1 inner neck - Zara Hijjab
x1 tudung syria yuna - Eila Cuteness Shoppe

keempat:
x1 gypsy crumple shawl - AidaRabbaniyin
x1 Dress untuk girl - Little Darlings Closet
x1 tudung - Ainz Eshop
x1 dress - Jom Chantek Chantek



kelima:
x1 satin shawl & x1 brooch - Nia Collections
x1 tudung - Ainz Eshop

keenam:
x1 gypsy crumple shawl - AidaRabbaniyin
x1 Dress untuk girl - Little Darlings Closet

ketujuh:
x1 shawl plain - Ainoura Collections
x1 purse - Jom Chantek Chantek

x1 shawl -
Zara Hijjab

kelapan:
x1 tudung - Ainz Eshop
x1 shawl - Zara Hijjab
x1 brooch -
Tri Fa

kesembilan:
x1 shawl plain - Ainoura Collections
x1 purse replika coach - Anything Shop

x1 brooch -
Tri Fa

kesepuluh:
x1 satin shawl - Anything Shop
x1 coklat cadbury - Afiq




tambahan untuk sape? belum tahu lagi.. join lah ;)
x1 coklat @ 35 cavity - Coklat Manis2u


3 blogger bertuah, by random.org
x1 doodle boy@ girl - Nur Arifuddin







ini doodle muslimah pilihan cik ana




Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)

"Muslimah sejati tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran."

Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya. Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan."

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)



Dah kenal takkan tak nak jumpa. Jumpa kalau tak pegang tangan macam tak kena. Dah pegang tangan, nak sandar kepala. Kepala dah lentok, nak cium pipi pula. Alang-alang cium pipi, rugi sup lidah kalau tak dirasa. Tangan takkan tengok saja? Bila bagi betis, dimintanya lutut dan paha. Mata yang terbuka tertutup manja. Tempat yang tertutup terbuka akhirnya. Kawasan larangan diteroka. Kucing mana nak tolak ikan depan mata?




dan janganlah kita wahai muslimah sekalian menjadi buta hati dengan pujuk rayu sang lelaki.. jagalah HATI, hiasilah PERIBADI, insyaallah nikmat indah disana kelak menanti =)



cik ana tag : INA, YAYATH, SYAFIQAH

fantaghiro (the cave of the golden rose) kembali!

12 September 14 Comments


hoyehh! fantaghiro dah kembali! siri fantasi dari Itali kini kembali menemui peminat setia setelah sekian lama.. dah macam iklan tb la pulok! kehkehkeh~ dulu-dulu masa memula cita ni tayang kat TV, memang cik ana tak pernah mis la tengok.. tapi masa tu kecik lagi.. masih comel secomel kanak-kanak ribena.. dan masih belum berapa mengerti erti cinta + love story bagai.. masa tu tengok pun sebab abang long dok paksa ajak tengok sebab dia tak bagi alih channel lain bila dia tengah pulun nak tengok cita nih =.='

dan setelah daku meningkat muda remaja oyehhh! kini daku dapat mengkontrol semahunye remote control TV itu! kehkehkeh.. tu pun sebab abang long dah kawen dan dah duduk rumah dia sendiri..hehe








Fantaghirò (alternately titled The Cave of the Golden Rose) is an Italian fantasy film series based on Italo Calvino's Fanta-Ghiro the Beautiful. The series consists of five television movies which were released between 1991 and 1996. It was produced by Reteitalia Productions and directed by Lamberto Bava, and filmed in the Czech and Slovak Republics; the musical score was written by Amedeo Minghi. The series takes place in a fairy tale and fantasy setting, featuring princesses, princes, witches, wizards and talking animals. The series' theme song is Mio Nemico (My Enemy), composed by Amedeo Minghi.






cik ana konfem memang ramai peminat setia cita nih.. kat news feed fesbuk pun memang bertalu-talu la keluar status depa post pasal fantaghiro is back malam tadi.. memang terbukti kisah cinta dulu kala ada kumpulan peminat tersendiri.. hehe

lepas ni sesape yang nak tengok boleh la melekat depan TV9 setiap AHAD jam 10 malam.. perhh! dah macam promoter iklan TV plak.. tapi xdak komisen barang sekupang pun okeh ;)














banyak nilai positif tersembunyi sebenarnye.. terpulang pada kita je lagi pandai ke dak nak korek dan praktikkan dalam kehidupan =)