banyak respon dari kawan-kawan blogger kat entry badan berbau sebelum ni.. contohnye macam kak diana, cik sengeh dan fara arisha cakap, kadang-kadang orang yang badan berbau ni dorang tak sedar pon badan dorang berbau sebab dorang dah imune dengan bau tu.. kita yang terpaksa berkongsi keharuman bau badan dia tu pulak yang azab kan?? dia memang konfem rilek je la..
dan tetibe guwa jadi rajin pulak nak search pasal bau badan dan bau ketiak nih.. pastu terjumpa la blog petuanenek.com pasal cara nak kembalikan ketiak yang putih berseri.. hahaha
"ketiak yang hitam atau gelap biasanya disebabkan penggunaan pencukur bulu ketiak yang kerap dan masalah banyak berpeluh dan kurang mandi dengan sebaik-baiknya"
sumber : blog petuanenek
cara-cara untuk mengembalikan ketiak yang putih berseri :
1. ambil secubit (menggunakan 3 jari) kapur makan, kemudian campurkan dengan sedikit air perahan limau nipis, dan sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut. Seeloknya semasa mandi. Dengan membasahkan bahagian ketiak dahulu. Kemudian gosok ketiak,seeloknya gosokkan ketiak anda dengan kepala lutut.
*part kepala lutut ni guwa baru tahu !
Dengan cara ini, ketiak anda akan cepat bersih dan saki baki daki akan tanggal dengan mudah. Anda akan merasa sedikit pedih/panas, namun tidak sampai memudaratkan kesihatan kulit anda. Amalkan sekerap mungkin iaitu 2 kali seminggu semasa mandi. Sehingga ia putih seperti sediakala.
Kapur makan ini bukan sahaja akan memutihkan bahagian ketiak, namun ia juga mampu menghilangkan bau badan dan lebih mudah menanggalkan bulu ketiak iaitu dengan hanya menariknya dengan tangan. InsyaAllah.
2. Cuci ketiak anda dengan parutan lemon dan timun selama 15-20 minit sehari. Setelah itu basuh bersih dengan menggunakan air suam.
3. Gunakan TAWAS bercampur air suam sedikit, kemudian gosokkan ketiak dengan menggunakan span ataupun kapas.
pasni kalo ade tragedi terpaksa menghidu haruman sebegitu, guwa rase nak printkan pastu terus bagi cara-cara ni.. siap boh dalam envelop.. boley kot camtu kan? kan?kan??? =P