Grand Finale
anamizu
30 November
28 Comments
Alhamdulillah
setel dah lagi 2 site Karnival Jalurlebar.. tinggal 1 je lagi final destination kat
Felda Ijok, Selama Perak..
Kat
entry sebelum ni Syazana Zainn ade tanye pasal karnival ni.. sebenarnye Karnival Hari Terbuka Pusat Jalurlebar yang guwa dok pulun update ni memang takde kuar promosi kat mane² channel tv.. dan jugak bukan semua Pusat Jalurlebar terlibat..
ada beratus Pusat Jalurlebar kat Malaysia ni.. dan ada pelbagai syarikat penyedia jalurlebar yang terlibat sebenarnye tapi yang terlibat dalam Projek Karnival yang guwa dok update ni hanyalah Pusat Jalurlebar under company telco P1 Wimax saje.. dan hanya ada 9 saje site yang berada di bawah kendalian P1 Wimax.. 9 site tu pulak adelah :
- Pusat Jalurlebar Felda Gunung Besout 1, Sungkai Perak
- Pusat Jalurlebar Felda Gunung Besout 2, Sungkai Perak (tempat guwa)
- Pusat Jalurlebar Felda Gunung Besout 4, Sungkai Perak
- Pusat Jalurlebar Felda Gunung Besout 5, Sungkai Perak
- Pusat Jalurlebar Felda Trolak Utara, Sungkai Perak
- Pusat Jalurlebar Felda Sg Klah, Sungkai Perak
- Pusat Jalurlebar Felda Sg Behrang, Slim River Perak
- Pusat Jalurlebar Felda Ijok, Selama Perak
- Pusat Jalurlebar Felda Gunung Bongsu, Kedah
memang tak mustahil lah ramai je yang tak tahu pape pon pasal Karnival ni sebabnye die tak la grand macam karnival jom heboh tu.. kehkehkeh
dan InsyaAllah pagi sabtu ni kamiorang akan berkonvoi beramai² untuk ke destinasi terakhir iaitu di Felda Ijok.. semoga segalanya dipermudahkan.. aminnn
part yang agak sedih adelah -- bila berakhirnya Karnival di Felda Ijok, maka berakhirlah jugak kontrak tugasan Incik Boss bersama kami.. Incik Boss bakal berpindah ke Telco lain.. tidak lagi bersama kami selepas ni.. kepada kauorang yang selalu jejak ke diary kecil guwa ni mungkin faham betapa erat dan kukuhnya ukhwah yang terjalin antara kami (pekerja) dengan Incik boss..
tempoh 3 tahun lebih kamiorang bersama, mengajar baaaaaanyak ilmu.. baaaaaanyak pengalaman yang kami dapat bersama.. dan Karnival di 9 site ni jugak sebenarnye adelah seumpama countdown buat Incik Boss.. jadi bila dah sampai ke destinasi terakhir ni memang sangat mencengkam jiwa dan ragalah..
guwa rasa guwa tak cukup kuat untuk pandang wajah Incik Boss bila sampai part Incik Boss akan bagi final speech nanti.. seriyesly guwa tak cukup kental..
Doakan kami ----
Felda Sg Klah, Sungkai (13 Oktober)Felda Sg Behrang, Slim River (3 November)Felda Gunung Bongsu, Kedah (10 November)Felda Gunung Besout 1, Perak (17 November)Felda Gunung Besout 2, Perak (21 November)Felda Trolak Utara, Perak (24 November)Felda Gunung Besout 5, Perak (27 November)Felda Gunung Besout 4, Perak (29 November)Felda Ijok , Selama Perak (3 Disember)