Jangan Tanya Apa-Apa
anamizu
24 July
61 Comments
Blog bersawang. Cliche gila. Sebulan tak hapdet. Dugaan macam-macam. Bertabahlah aku selama ittew. Sesungguhnya bertabah itu kan indah akhirnya nanti sobsss sobssss
Terima kaseh rakan-rakan blogger yang tak lupa kat aku ni. Bertanya khabar apa segala. Semoga engkorang sentiasa dalam lingkungan rahmatNya dan berbahagia selalu disamping keluarga. Moga bertambah murah rezeki dan aku mohon jangan lupa selitkan aku dalam doa engkorang-engkorang :")
Ini antara pemberian daripada kawan-kawan blog sepanjang aku tak terhapdet blog ni.. Semoga bertambah berlipat ganda rezeki engkorang :)
Yang ni aku dapat daripada hakak chantek Deanna Morni sebab jadi antara top pengomen kat blog dia masa bulan Feb sampai Mei. Lepas pada tu dah tak buleh nak jadi top dah. Dok ujung-ujung je buleh T___T
Ini jauh daripada selatan. Es Es yang kasi. Mekaseh Es Es sebab selalu tak lupa dan tak kedekut langsung untuk berbagi rasa chenta dengan kitew ni. Banyak tau kesilapan Es Es dengan kitew antaranya sebab p jenjalan tak angkot kitew sekali kehkehkeh =P
Ini pulak daripada nunnnnnn jauh kat utara. Daripada Zumal. Mekaseh Zumal hehehe. Sapa tak kenal Zumal yang sekarang ada bisnes sendiri tau. Dah la penyayang kucing. Sesapa nak kenal-kenal buleh la p terjah blog Zumal. Mintak je fon number terus. InshaAllah Zumal tak kedekut nak bagi. Errrr alamak. Ampun dan maaf ye Zumal. Gurau-gurau je hehehe.
Ini pulak ole-ole daripada Encik Boss aku yang dedulu. Beliau kalo pegi memane, tak pernah lupa kami-kami ex-staff ni. Mekaseh Encik Boss sebab tak pernah lupa kami. Semoga bertambah murah rezeki encik sekeluarga.
Terime kaseh sekali lagi pada semua. Doa aku untuk engkorang semua semoga makin dilimpahi rezeki, sentiasa sihat dan bahagia disamping keluarga :)