Anak Genius : Nama

21 August 26 Comments


Jangan memain dengan nama. Aku baru terbaca entry kat blog Hanis Amanina berkenaan dengan 'nama'. Aku setuju apa yang Aiman Azlan kata dalam video dia :

"Nama yang mak dan ayah kita pilih untuk kita, bukan semata-mata depa pilih untuk suka-suka. Nama tu membawa hajat dan harapan orang tua kita"

Contoh kalau kata nama Jamilah. Harapan mak dan ayah dia supaya anak dia sentiasa cantik sepanjang masa. Dan bila orang panggil kita dengan nama yang baik tu, dengan maksud yang baik juga, itu kan satu doa. Kalau tiap hari orang panggil "Jamilah... Jamilah..." haaa kan ke cantik sepanjang masa kalo gitu? hehehe

Aiman jugak kata, untuk pilih nama anak ni bukan perkara mudah. Mak dan ayah jenuh tau bergaduh bertegang urat perah otak sebab nak memikir nama terbaik untuk dibagi pada anak sebaik lahir je kedunia ni. Mesti dia cakap berdasarkan pengalaman dia dengan wife lettewwww hehehehe

Aku juga setuju dengan point Hanis kat entry Hanis yang pasal orang kat Malaysia ni kalau nama ada tiga perkataan tu adalah sesuatu yang normal. Malah kalau zaman sekarang ni dah jadi macam satu trend pulak bagi nama anak panjang-panjang sampai kadang tu agak susah jugak nak sebut dan juga nak mengeja namanya tu.

Contoh macam kat atas tu. Ada tujuh perkataan untuk nama dia sorang. Tu belum masuk nama ayah dia lagi. Tak tahulah nanti masa nak menulis nama kat kertas periksa cemane gayanya =P Tapi takpelah itu mungkin satu harapan parents dia. Dan diorang lebih tahu kenapa diorang pilih nama sebegitu rupa panjangnya.

Walau apa pun juga nama yang diberi oleh mak dan ayah kita, percayalah itu pilihan terbaik diorang untuk kita. Mana ada mak ayah yang nak pedajai anak dia sesaja bagi nama panjang-panjang. Takde. Errr tapi kalau kita nak tukar nama boleh je rasanya tapi kena pergi ke Jabatan Pendaftaran dan ikut prosedur yang ditetapkan. Bagi alasan yang kukuh apa semua pastu nanti dapatlah tukar nama yang kita nak. Errr mungkin boleh la kot. Cer tanye sesape yang kerja Jabatan Pendaftaran hehehe



American & British English

20 August 18 Comments


Owhhhh rupanya orang yang suka cakap nak 'rubber' tu sebenarnye dia lebih gunakan British English. Ingatkan dia sesaje menggatal guna perkataan tu sebab bunyi sama macam 'raba' dalam Bahasa Malaysia kehkehkeh =P

'takeaway' tu pulak memang selalu la guna tambah pulak kalo masuk fastfood restaurant. memang 'takeaway' sesaje la. 

Kalau 'takeout' tu pulak, selalunya aku dengar masa subjek English, teacher yang mengajar tu akan cakap : "Please takeout your text book and open to page bla bla bla.."  hehehehe =P






AjiNoMoto

20 August 26 Comments

Masa 15-20 tahun kebelakangan dulu, beg plastik Aji-No-Moto ni lah aku dan jugak kawan-kawan aku guna untuk bawak buku pegi sekolah fardhu ain. Masa tu bukan zaman gadget macam sekarang. Bawak beg plastik ajinomoto ni dah kira paling lejen dah masa tu. Harga pun baru 30 sen kalo aku tak silap.

Waktu tu sekolah fardhu ain atau aku panggil sekolah agama. Aku dapat sesi petang. Mula masuk kelas pukul 2.30 petang sampai 5.30 petang. Pegi sekolah agama memang boleh rilek bawak beg plastik ajinomoto ni sebabnya buku tak banyak. Cuma perlu bawak buku tulis yang masa tu buku tulis tu satu buku boleh dibahagi untuk kegunaan 2 subjek. 1 subjek tulis dari muka depan. 1 subjek lagi tulis dari belah belakang. Sempoi gila waktu tu. Ustaz ustazah pon memang sempoi habes waktu tu. Sangat tak berkira. Asalkan engko mau datang belajar pon dah cukup.

Dalam beg plastik ajinomoto tu jugak muat je aku sumbat telekung dengan bekal makanan. Tapi make sure kena pandai susun la. Baru dia compact dan senang nak dibimbit hehehe. Pastu bila waktu petang nak balik tu hujan, beg plastik ni waterproof. Ape ade hal. Redah je hujan. Siap balik sambil main lumba kapal kertas dalam longkang. Bila sampai rumah mak tanya kenapa habes baju basah pada hal hujan dah benti masa sampai rumah tu. slumber je jawab tadi masa kat sekolah hujan lebat lagi mak tu yang baju habes basah kikikiki =P







Alkisah Engineer

19 August 14 Comments

Kisah berdasarkan pengalaman Tuan Fadzil Khairi mengenai kehidupan sebagai seorang jurutera. Walaupun mempunyai gaji yang besar namun...

"...Saya baru masuk kerja di tempat baru sebulan yg lalu bersama seorang lagi rakan setugas. Kami lapor diri pada tarikh yg sama. Cuma beza sy dengan dia adalah, dia jurutera elektrik merangkap executive dan sy pula seorang technician merangkap non executive. Gaji kami juga of course ler berbeza, dia RM 4k dan sy RM 4k dibahagi dgn 4.

Kami memang banyak perbezaan seperti bezanya buaya dengan cicak. Selama sebulan kami berada di tempat baru, sy banyak memerhati perubahan pada dirinya. Kalau awal-awal dahulu dia banyak tersenyum, bersemangat dan begitu exited memulakan kerja di tempat baru, kini dia banyak bermurung dan menyendiri di depan laptop. Waktu rehat pn masih di depan laptop menyiapkan report-reportnya yg semakin beranak pinak seolah-olah baru lepas makan pil kesuburan.

Baru-baru ini dia datang memanggil sy untuk mengopi. Kami berbual panjang. Dia bertanya sy, camana kerja. Sy menjawab, Alhamdulillah baik-baik shj. Sy mengopi paste soalan yg sama buat dia, dia menjawab ," ntah la Dil, aku ni presure sebenarnya. Keja kat sini tough gila. Patutlaa depa bayar gaji tinggi. Aku da dekat sebulan balik rumah jam 8-9mlm. Paling awal jam 7 ptg. Client kat sini kejam2 belaka macam Joker filem Batman. Patutlaa engineer sebelum ni berenti. Eh ko kalau ada dengar tempat lain ada kosong, bagitau laa aku... aku lama2 kat cni blh kena tekanan mental" Aku menjawab, "insyaallah nanti sy rikki".

Ya inilah kehidupan kebanyakan engineer, executive dan orang-orang yg bergaji besar. Jawatan ini dibayar gaji mahal bagi menanggung beban-beban ini. Jawatan ini memerlukan mental dan spritual yang kental seperti gunang Tahan yang 'tahan' dimaki, dicaci dan dikeji kalau buat silap. Waktu belajar dl pun pening kepala dan bila dah kerja pun kepala boleh jd migrain.

Dulu pn sy seorang engineer. Sy mempunyai 4 org sahabat baik sewaktu belajar. Kesemua blh dikatakan cemerlang semasa dalam pengajian kejuruteraan ini. Sekarang hanya seorang shj yg masih bertahan sebagai seorang engineer iaitu Hamidi Mohd Zin , engineer kilang besi di johor. Dia kata kepalanya sekarang sudah seperti besi dan sedang mengushar lubang2 rezeki di tempat lain. Rakan2 sy yg lain hanya bertahan buat beberapa ketika menjadi engineer, kemudian masing2 telah mengubah profesyen dan ada yg menjadi cikgu tuisyen, peniaga online dan technician kilang cetak. Kesemua mereka ini sudah tidak mampu bertahan di dalam profesyen 'anjingneer'.

Sy pula sempat bertahan utk beberapa tahun sebagai engineer bangunan. Ya, hati sy hati tisu, namun x lah seteruk hati sharnaaz dlm filem 'suamiku en sotong'. Hati sy sempat bertahan seperti hati Hamidi si enginer kilang besi disebabkan beberapa faktor seperti sokongan isteri, anak2, hobi dan binatang peliharaan sy.

Binatang peliharaan? Ya. Ia mujarab menurunkan paras abnormal seorang jurutera. Dahulu untuk me'relis'kan tension yg ada di tempat kerja, sy membela beberapa ekor binatang seperti arnab jenis anggora, kura-kura, udang jenis lobster, hamster dan ikan. Rumah sy tidak ubah seperti mini zoo dan selalu shj berperang dgn istri sy ketika mencuci kediaman binatang2 ini. Sy menghabiskan duit mencecah 1 ribu ringgit utk setup, maintanence dan membeli makanan binatang-binatang ini semata-mata utk menurunkan paras tekanan engineer di tempat kerja.

Setiap hari sy menghabiskan masa sekurang2nya 10 minit menatap binatang-binatang ini sebelum menyarung uniform engineer. 10 minit ini berupaya memberi ketahanan selama 9 jam +++ di pejabat. Balik rumah, sy memerlukan hampir sejam masa utk dihabiskan bersama binatang2 ini. Hobi ini sy 'share'kan bersama anak2 sy. Ya kanak2 sgt suka dgn binatang peliharaan. Kini anak bongsu sy, Ummu Athiyyah, 10 bulan sangat obses dgn ikan peliharaan sy. Sy ajarnya memegang ulat roti dan memberi ikan makan. Sy biarkan dia mengambil kesempatan bermain air aquarium sehingga bajunya basah lenjun. Seronok melihat anak kita enjoy dgn rutin hariannya yg lain sedikit dr kanak2 lain. Bila anak kita hepi, kita juga akan turut hepi dan paras abnormal seorang jurutera juga akan ikut menurun.

Benar naluri manusia inginkan ketenangan. Sapa yg sukakan tekanan? Cuma ramai yg memilih utk hidup tertekan semata2 utk memiliki gaji lebih di akhir bulan. Sebab tu Allah telah tulis formula mendapat hati yg tenang di dlm quran. Firman Allah yg maksudnya " ... Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" ( surah Ar-Ra'd ; 28 )

Adakah kita tenang dgn kehidupan kita hari ini? Pekerjaan kita? Rumah tangga kita? Ibadah kita? Sy masih belum tenang sepenuhnya. Alangkah bahagianya org2 yg jiwanya sentiasa tenang.


Teringat kata2 almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, "bahagia bkn datang dr harta yg banyak, tetapi pada jiwa yg tenang. Tenang ini bukan boleh dibeli di market, tetapi ia datang dr Allah..."    

*******************************************
Bukan senang untuk senang. Bukan susah untuk susah. Setiap sen yang dibayar pada kita, bukan semudah ABC je kita kena hadap. Allah bagi kita segalanya tak pernah kita diminta bayar walau satu sen pon. Tapi kita selalu take it for granted kan? 

Moga-moga kita sentiasa dekat denganNya. Aminnn :)



Apa Saja Pun Boleh Buat Duit...

19 August 19 Comments

  
  
Comel gila. Ini set meja kerusi daripada simen ni. Kat page-page femes ada viralkan pasal ni aritu. Rate harga kalau base pada apa yang orang share tu dalam RM800.00 kalau kat area Kelantan. Kalau luar kawasan maybe lebih lagi.

Aku dok dalam kawasan kampung. Kalau lah aku terer buat benda ni, takyah dah susah-susah orang nak beli kena p Kelantan. Mai order kat aku je kehkehkeh =P




Allah Buka Pintu Rezeki

18 August 19 Comments

Ramai wanita inginkan lelaki yang kerja stabil serta kukuh kewangan tapi sedikit wanita yang sanggup menerima apa pun pekerjaan lelaki dan sanggup bersusahpayah bersama.
Sebenarnya kita tak yakin dengan Allah. Kita takut tak boleh hidup. Kita lupa yang memberi rezeki itu Allah. Kerja biasa-biasa ke kerja tetap asalkan rajin bekerja dan berusaha untuk terus berjaya. Allah yang nilai setiap usaha yang kita lakukan.
Rezeki ni kita tak dapat duga. Kalau dulu kerja kurang bagus sekarang dapat lebih bagus.
Pada yang baru bertunang pun Allah dah buka pintu rezeki apatah lagi selepas berkahwin.Sesungguhnya pernikahan itu membuka pintu-pintu rezeki.

Doakan untuk kia-kita yang bujangan ni ye ;)


Alamak Bestnya Boss Cenggini !

18 August 19 Comments

Seronoknya la hai kalau dapat majikan cenggini prihatin. Paling best part tak ganggu selepas daripada pukul 5 petang dan hujung minggu tu. Kalau mula kerja jam 10 pagi pastu dapat balik jam 4 petang memang terasa heaven. Ditambah pulak zaman sekarang ni ada whatsapp group kerja, tak tenang rasa. Sepanjang masa ada arahan ad hoc datang. Nak diabaikan terus, tak boleh juga. Maklumlah kiteww kuli jewww. Nak taknak memang kena jugak ambik kesah.
Pastu pulak jenis weekend memang kena kerja. Alhamdulillah lah jugak sebab kerja dalam kampung sendiri dan stay pun dengan family sendiri. Mak ayah depan mata. Sakit demam apa segala dapat juga dijaga. Kalau lah kerja jauh, hujung minggu pulak kena kerja, alamak ai. Ada sikit sedihlah dalam jiwa kalo cenggitu =P






Abang...Penatlah Bang...

17 August 13 Comments



"...Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami.

Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar katanya...

Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya...

''Hmm... Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni...''

''Ya sayang... Apa dia? Tanyalah... '' jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam.

''Tengahari, Abang memang tak makan kat ofis ke...?? '' soalku lembut.

''Ermm tak. Kenapa sayang?'' pendek dan ringkas jawapan dia.

''Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak ringan-ringan. Penatlah bang...
''Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur dan lipat... saya kadang-kadang stress...''

Satu-satu aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya aku meluahkan perasaan. Lagi pun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku buat. Harap sangat dia faham.

Dia memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis...

''Sayang, abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang tahu, abang takkan minta sayang masak...''

Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali...
''Hmm... Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari...''

3 perkara? Apakah ia? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu 'rahsia' tersebut.

''Pertamanya ialah kerana... Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri abang. Masakan sayang sedap. Tiada kedai yang mampu menyaingi kesedapan masakan sayang... ''

Allah... aku tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pulak aku rasa... dek kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku meminta maaf, dia menyambung lagi...

''Kedua... kalau abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila pulang ke rumah, abang mungkin takkan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan sayang, abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri tercinta abang ni...''

Saat itu, aku dah hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba keluar dari bingkisan kelopak ini. Namun aku cuba menahannya sehingga perkara ketiga diberitahu suami...

''Dan ketiga ialah kerana abang tak ada duit. Duit makan tengahari abang, abang simpan. Abang simpan untuk belikan sayang dan Una 'hadiah' ketika mana abang pulang di waktu petang...''
Kala itu aku terus menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah aku capai lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku...

''Takpe... Sayang tak buat salah pun dengan abang. Abang yang salah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok In syaa Allah, abang masak sendiri k. Dah... jangan nangis...''
Sebak suaranya sambil memujuk aku.

Dalam esak tangisan ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku mengiyakan permintaannya. Dia yang seharian penat bekerja dan 'berpuasa' tak sepatutnya aku layan sebegitu rupa. Oh Allah... Ampuni aku dan rahmatilah suamiku...

Sebagai renungan bersama. Semoga kita sama-sama dapat muhasabah diri.
Utk para isteri terutama surirumah sepenuh masa, bersyukurlah.


****************************
Alamak ai.. moga-moga dijauhkanlah. Sebolenya nak jadi isteri yang solehah sebaik-baiknyalah untuk hasben masing-masing ye dak?  Errr... errr... walaupun belum bersuami lagi, moga-moga nanti kita-kita ni jangan mengeluh lah ye hehehe




Aku Nasihat Ni Bukan Apa...

17 August 10 Comments


Aku sendiri ada few male members yang memang cenggini. Banyak kali jugak tanya kat aku cemana nak mulakan conversation dengan gerl yang baru nak dikenali. Aku sendiri tak tawu nak bagi jawapan sebabnya memang takde satu jawapan solid untuk soalan tu.

Ekceli benda ni depends pada niat jugak aku rasa. Kalau memang sungguh berniat untuk mengenali dan bukan untuk saja main-main, buat gentle je la cakap direct. 'Cakap direct' yang aku maksudkan tu bukannya terus p depan-depan muka gerl tu and bercakap direct yang hang suka dia ke apa. Kalau terus pegi cakap suka kat dia memangla dia akan kata hang gila ke apa belum kenal tetiba cakap cenggitu =P Banyak cara or trick sebenarnya kalau nak mulakan conversation tu.

Haaa tu salah satu contoh. Brader Syahreza ni sebab member dia cabar. Tapi ye lah kan, berpegang pada 'kalau dah jodoh tak kemana', tak sangka permulaan yang cenggitu rupanya jadi isteri dia hehehe. 

Aku ada tanya kat member-member lelaki aku yang masih single, kalau gerl yang mulakan dulu luah perasaan kat hang, apa hang rasa? Ada yang kata tak kisah pon dan sebenarnya lagi beruntung dia kata sebab dia tak payah nak mula dulu sebabnya dia kata, lelaki memang akan malu gila kalau luah perasaan kat gerl tu pastu kena reject. Tak kira lah reject secara lemah lembut ke atau kasar. Yang penting memang kena reject. Malu siot! camtula katanya. Hurmmm habeh tu kalau dah malu kena reject, sampai bila baru nak mula? Apa hang rasa kami-kami yang gegerl ni tak malu ke kalo kami pulak kena reject? =P




Antara Perkara Karut...

17 August 13 Comments

Antara perkara karut yang aku masih tak percaya sehingga saat ini adalah apabila seorang lelaki berkata :

"Saya cari pasangan tak lihat pada paras rupa, cukuplah punya iman di dada"

Chehhhh sembang kencang lah brader.






A Life Of A Wife

17 August 11 Comments

This is why I strongly disagree when people say.

"Eh perempuan kena lah buat semua kerja rumah, atuk nenek kita zaman dulu rumahtangga bahagia je bila perempuan buat semua kerja rumah."

Tak boleh nak samakan zaman dulu and zaman sekarang brader.
Dulu perempuan memang ramai yang tak bekerja.

Sekarang perempuan engineer, cikgu, doctor, dan sebagainya.

Why not help each other.
Kahwin is not about finding a maid for you brader.
Its about sharing hardships together.

Kalau rasa tak boleh nak hidup tolerate, layankan la dulu hidup single. Takde nak kena share bantal, katil, selimut, rumah. Semuanya engko layankan sorang-sorang je. Tapi jangan pulak makan hati bila tengok kawan sebaya engko dah ada orang tolong jaga makan pakai ape segala semua terurus cantik. Dan yang pasti itu bukan bibik dia.



Anak-Anak Nakal Ni Sebenarnya...

16 August 10 Comments


Ini aku sangat sokong. Sebenarnya budak-budak yang nakal ni ada sebabnya kenapa jadi cenggitu. Janganlah kita tawu nak menuding jari je bila tengok budak tu nakal. Contohnya masa zaman sekolah, aku bukanlah nak kondem mana-mana pihak tapi kebanyakan guru, memang akan pilih kasih. Kalau student ni pandai cerdik bijak, haaaa yang tu depa timang-timang la. Kalau student sorang ni tak pandai, kurang bijak pastu nakal pulak, hermmm memang sorry la cecikgu nak ambek kesah. 

Kesian tau bila tengok. Bukan apa, student yang kurang cerdik ni pon ada hati dan perasaan jugak taw. Jangan ingat depa ni hati batu. Sesiapa saja lah yang jadi pendidik, mohon janganlah ada perasaan pilih kasih cenggitu. Cuba lah untuk jadi seadilnya pada semua student engkorang ok ? ;)




Anak Nombor Dua

16 August 10 Comments


ANAK DEGIL
Fakta katanya: Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yang betul. Dalam ramai-ramai adik beradik dia je yang KETEGAQ. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh .kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.
Kata aku : Part degil dan keras kepala tu memang aku. Part buat sesuatu bersungguh-sungguh tu pon memang iye.


ANAK MANJA EMAK 
Fakta katanya : Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. 
Kata aku : takdela semuanya diutamakan ibu. memandangkan aku memang tinggal dengan ibu, so slalunya ibu akan utamakan adik-beradik lain yang tinggal jauh compare dengan aku yang memang duduk depan mata ni =P

TAK PANDAI PUJUK

Fakta katanyaMemang anak no. 2 ni dia tak pandai pujuk makwe atau pakwe dia. (ciannn)
Kata aku : Macam tak berapa betul sangat. Aku rasa aku pandai je pujuk. Errr errr tapi tapi.. nantilah kalo ada hasben, aku repost pasal benda ni. Tengok nanti hasben aku kata aku ni pandai pujuk ke dak =P

BERCINTA

Fakta katanya : Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban.

Kata aku : Ini memang betol. Berbalik pada part yang buat sesuatu bersungguh-sungguh tadi tu. kehkehkeh

HITAM / PUTIH

Fakta katanya : Apa yang dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah. Kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.
Kata aku : Part ni yes memang agak tepat. Aku memang jenis kalau aku dah kata A tu memang A la tapi bukan jenis mengkhinzir buta je nak tegas. Tegas bertempat la kata orang hehehe

HATI

Fakta katanya : Anak no. 2 ni juga nampak je keras. Tapi hati dia lembut. SATU lagi pe’el dia. Dia tak boleh ditegur.
Kata aku : Memang hati agak tisu jugak la sebenarnye. Luaran nampak memang macam kasar gila tapi dalam hati ada taman bunga siap ada taman jepun lagi =P

BERDIKARI

Fakta katanya : Very independent. Memang betul. Tapi kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.
Kata aku : Agak independent. Mungkin disebabkan aku sorang je gegerl dalam adik beradik aku dan banyak perkara yang aku kena handle sendiri tanpa bantuan daripada abang dan adik-adik aku.

PEMAAF dan CARING

Fakta katanya : Tidak dinafikan anak no. 2 ni pun pemaaf dan caring. TAPI awas, jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.
Kata aku : Part ni pon agak tepat. Aku memang seketul manusia yang agak mudah melupakan dan memaafkan orang. Part 'caring' tu jeng jeng jeng =P

Senang citer, kena kenal dulu lah baru tawu cemane kan. Mostly fakta-fakta tu semua agak tepat jugak hehehe. Korang anak nombor berapa? =D



Ayaq Kopi

16 August 9 Comments


"...Tidak sampai tiga bulan jenama Ayaq - Warisan Kampung Citarasa Moden yang diusahakan tiga bersaudara Asyraf Suhaimi, Mohd Suhaidi Suhaimi dan Khairul Azhar Suhaimi telah berjaya menambat hati penggemar kopi dan teh di sekitar Lembah Klang dan Perak.
Nama Ayaq dipilih memandangkan ia berasal dari Bagan Serai dan penduduk di daerah itu sering menggunakan loghat Utara dalam pertuturan harian mereka.

Pengasasnya, Asyraf, 25, berkata, idea untuk mengkomersialkan Ayaq ini tercetus apabila mereka ingin ‘berkongsi’ kopi dan teh yang dijual di warung milik datuk mereka di Kampung Sungai Bogak, Bagan Serai sejak 50 tahun lalu.

Menurutnya, setiap hari selepas pulang dari sekolah dia akan singgah membantu di warung datuknya untuk membuat air kopi dan teh.
“Dari situ saya mula belajar resipi yang digunakan datuk untuk membuat kopi dan teh.

Kemudian, saya terfikir untuk mengkomersialkan produk itu untuk dijual kepada peminat minuman tersebut.

“Kami mengekalkan resipi yang digunakan iaitu rasa tradisional asli kopi kampung tetapi dengan gaya persembahan berbeza menggunakan konsep pembungkusan baharu mengikut citarasa terkini.

“Produk kami dibuat secara tradisional tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet dan ia boleh tahan antara empat hingga lima hari jika disimpan di tempat sejuk,” katanya.

Katanya, Ayaq mengeluarkan tiga jenis produk iaitu Ayaq Kopi (Black), Ayaq Kopi (Putih) dan Ayaq Teh yang dijual dengan harga RM5 dalam botol 450 mililiter.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ini memberitahu mereka amat menitikberatkan kualiti setiap botol air yang dihasilkan agar rasanya sama seperti 50 tahun lalu.

“Sejak Ayaq diperkenalkan kami berjaya menjual antara 3,000 ke 4,000 botol sebulan dan dalam tempoh enam bulan akan datang kami merancang untuk meningkatkan skala pengeluaran serta meluaskan pasaran ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Selain itu, kami merancang untuk mengeluarkan produk lain berasaskan kopi dan teh mengikut selera pengguna,” katanya.
Asyraf berkata, pada masa ini, produk tersebut boleh didapati di beberapa kafe sekitar Lembah Klang serta program jualan barangan jenama anak tempatan seperti Tempatan Fest.

“Kami juga pernah menghantar produk kami di beberapa kafe di Ipoh.

Namun, pada masa ini, mereka yang ingin mendapatkan produk ini boleh berurusan dengan kami untuk menguruskan penghantaran di sekitar Kuala Lumpur, Ampang dan Wangsa Maju.

“Penghantaran kami terhad  bagi memastikan kesegaran dan keasliannya terjamin. Kami akan memperluaskannya ke tempat lain dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sumber : Sinarharian

Aku mula tawu pasal Ayaq Kopi ni masa aku sibuk-sibuk dok meng'scroll' instegrem haritu. Masa tu aku dalam seminar hall kat Ipoh 8 Ogos haritu. Macam biasalah kalo pegi kursus, masa tu lah mata memang ngantuk gila. Kebetulan jugak masa tu ada event #WeekendAtThePark kat area Kinta Riverfront. Lepas Zohor dah mula program tu sampailah slot paling last dengan FynnJamal. Aku boleh jadi TERpegi ke sini pon sebab member aku sorang tu memang minat gila dengan FynnJamal. Mulanya tengok schedule slot FynnJamal tu pukul 10.20pm tapi tunggu punya tunggu pukul 11.30pm gak la baru sampai turn dia keluar. Dah la dengan hujannye. Payung pulak tak bawak. Gigihkan jugakla aku temankan si member aku sorang nih. Kalo aku bawak kete sendiri mau aku blah dah masa tu tapi memikirkan aku tumpang dia layankan ajelah kehkehkeh

Ehh nak citer pasal AYaq Kopi tu. Walaupun harga dia 5hengget sebotol tapi rasa dia memang padu! Sipbek aku bukan peminat kopi, beli sebotol tu pon jenuh aku nak perabeh tu pon paksa member-member tolong rasa (pada hal nak mintak depa tolong habehkan) =P



August DIY Project : Papercup

13 August 17 Comments
     

Comel-comel pulak papercup craft nih. Last buat program dengan bebudak sekolah masa cuti bulan Jun haritu. Itu pun masa tu aku tak dapat fully commit sebabnya ada kekangan yang membataskan aku untuk join aktiviti cuti sekolah masa tu.

Harap-harap untuk bulan ogos ni sempatlah curi masa untuk buat aktiviti dengan adik-adik yang setia jadi peserta setiap kali aku organize aktiviti untuk dorang. 

Seminggu dua ni agak sibuk ke sana sini. Banyak program luar. Memandangkan bulan Ramadhan tadi banyak program yang di postpon ke bulan ni, jadi bulan ni tercungap-cungap sikitlah terkejar sana sini. Maklumlah kuli-kuli memang cenggini la kehkehkeh


Abam Sador Nak Pesan

13 August 11 Comments


Tahniah pada adik-adik yang berjaya dapat tempat masuk U.Pada yang tak dapat tempat masuk U takpe, ade je rezeki kat lain. Tak perlu risau sangatlah tak dapat masuk U. Tak bes mana pun life kat U tu.

Takde makna pon kalau masuk U tapi nanti bila habes, tak dapat kerja. Baik engkorang teruskan je usaha mulakan bisnes atau cari pengalaman kerja. Nanti kan bila lepas 3-4 tahun, kawan-kawan engkorang yang kat U tu baru habes grad, engkorang dah boleh berbangga dengan hasil titik peluh kerjaya yang engkorang dah mulakan. Diorang baru nak mula merangkak cari kerja. 

Sila lah jangan rasa down ke hape. Rezeki masing-masing tak sama. InshaAllah ada je rezeki kita-kita kat lain. Jalan kita berbeza. Yakin je ;)


Alasan : Terpaksa Cari Isteri Barulah Camni

12 August 9 Comments

Kisah ini dikongsikan oleh Doktor Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah yang menceritakan pengelamannya menemui lelaki yang tidak berhati perut ketika isterinya baru bersalin. Hanya kerana tidak mendapat anak lelaki yang diinginkan, lelaki itu sanggup menyakiti hati si isteri dengan kata-katanya yang tidak masuk akal.

Sang suami & anak lelaki

"...Selepas tamat pengajian pada 2004, saya menghabiskan housemanship (internship) saya dlm Jabatan Perubatan & Pembedahan di Ireland. Pulang ke Malaysia , saya menyambung housemanship selama 4 bulan dlm Bidang Perbidanan & Sakit Puan. 4 bulan yang penuh pengalaman yang sukar dilupakan

Wanita yang sudah ada 2 org anak, hamil anak luar nikah dengan kekasihnya. Remaja 15 tahun yang dirogol bapa tirinya, hingga melahirkan anak.

"Single parent" yang lari dari wad selepas melahirkan, meninggalkan bayinya di wad. Wanita yang sukar hamil, selepas 10 tahun bernikah akhirnya hamil tetapi kehamilan yang sgt mencabar kerana berat badannya hampir 120kg.

Pengalaman "diterajang" di bahagian perut oleh pesakit yang kesakitan hendak melahirkan, sedangkan ketika itu saya juga hamil.

Tetapi ada satu pengalaman yang betul-betul membuat saya marah.

Seorang wanita, bersabung nyawa melahirkan anak ke tiga, dengan suami di sisi. Sempat suaminya berkata dengan saya, "Harap-harap dapat anak lelaki. Sebelum ini dah 2 orang perempuan".

Saya hanya tersenyum, dalam kesibukan membantu ibu muda itu. Dalam hati saya, apa yang penting ketika itu adalah nyawa ibu dan bayi itu.

Sebaik sahaja bayi comel itu lahir, saya dan jururawat bertugas mengucapkan syukur Alhamdulillah. Terlihat wajah gembira dan lega pada si ibu.

Berbeza dengan si bapa, apabila dia melihat anaknya perempuan. Takkan saya lupakan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

Katanya ,"Terpaksa cari isteri baru lah macam ni. Nak dapat anak lelaki," sambil tersenyum kelat.

Tiada ucapan terima kasih utk si isteri yang baru sahaja menanggung kesakitan melahirkan zuriatnya.

Tiada kucupan tanda kasih buat si isteri.

Yang ada hanya kata-kata yang pastinya menyinggung hati pasangannya.

Saya tidak dapat menyembunyikan wajah marah saya. Saya kerling si ibu muda yang masih keletihan, sedang dibersihkan oleh jururawat selepas uri dikeluarkan. Dia cuba tersenyum kepada saya, seolah berkata "Tak mengapa, doktor."

Saya keluar dari bilik itu secepat mungkin sebelum saya berkata sesuatu yang saya mungkin kesali kemudian hari.

Kalaupun sang suami itu mungkin tidak mengetahui bahawa hanya chromosome X dan Y darinya yang bakal menentukan jantina anak, bukan salah sang isteri anaknya semua perempuan, bukankah sebagai seorang yang beriman, kita wajib meyakini itu semua qadha & qadar Allah?

Jangan rendahkan diri serendah orang jahiliyah seperti yang dikecam Allah dlm Surah An-Nahl.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat iman kita..."

Kalau aku di tempat doktor tu rasanya aku mungkin akan cakap direct kat sang suami tu. Mungkin si suami perlu tahu sesuatu yang sangat penting yang selama ini dia hanya tahu salahkan si isteri tu saja sobsss sobsss

Agak Kental Jiwanya

11 August 10 Comments
Aku terbaca kisah ni di malaysia-tribune. Macam agak sedih bertimpa-timpa pada si empunya diri ni.

"...Saya bernikah dengan suami, awal 2011, salah saya tak berfikir panjang waktu tu.. Ikut hati. Saya perkahwinan ketiga dan merupakan isteri kedua. Isteri pertama bercerai,dan sudah pun berkahwin lain.Yg kedua (dah naik jd no 1) dan saya no 2. Waktu tu suami saya tidak berkerja tetap, ada masa ada duit dan bila tiada maknanya tiada langsung. Saya selalu baca sms dari wife dikampung, tiada duit, susu anak dan pampers. Macam macam lg. Saya jd kasihan.. saya selalu letak Rm50 atau bila awal gaji Rm100 dalam dompet suami. Saya tahu dia pasti bank in kat kampung (isteri pertama dikampung ). Pada masa tu saya fikir, saya harus menolong kerana siapa yg ada selain saya. Walaupun serangan fb berkaitan saya mengambil suaminya hebat bermula. Tak mengapa, siapa tak sakit hatikan?

Tp betul org tua kata, isteri diuji disaat suami tidak mempunyai apa, suami diuji disaat punya segala..

Anak saya yg pertama baru 4 bulan, suami main cinta dgn budak umur 19 tahun, pelajar universiti. Seminggu habis 40k, macam macam dia beli handfon, perfume sampai adik beradik budak tu semua dia beli.Sampai satu tahap mereka bercuti berdua. Saya sabar, saya tak marah dan tak bergaduh. Saya fikir masa saya sudah sampai.. karma saya sudah sampai. Saya pasrah saya redha.

Sewaktu mereka bercuti, Allah swt menguji saya, isteri pertama dikampung yg memujuk saya secara tiba tiba, pada dia saya meluah segala.. saya tak tenang, jgn kata hati tak tenang.. duit, sedikit harta saya korban sebab saya tak suka suami bersedih. Muram. Kami menjadi kawan baik. Kami menjaga antara satu sama lain. Bila dia memerlukan kewangan, saya membantu sekiranya mampu.

Satu hari, suami pergi out station, saya tahu.. tp saya tak bertanya. Senyap senyap saya follow sampai ke airport, tak nampak pun. Saya ke rumah budak perempuan tu dgn anak dan ibu, kereta suami ada disitu. Allah... menggigil kaki saya, macam2 perasaan, marah bengang semua ada. Saya balik ke rumah.. saya pack barang barang suami dan niat saya hantar kerumah budak tu. Ayah saya kata jangan hantar ke rumah budak tu, jika betul betul nekad, hantar rumah ibu bapa suami. Dengan hati yg membara, saya hantar ke rumah mak mertua dan saya ambil kereta suami dirumah budak perempuan tersebut. Setelah bersemuka, dgn keluarga perempuan tersebut baru saya tahu yg mereka membohongi keluarga dengan mengatakan saya gila talak. Nasib saya bawa ibu bapa saya sebagai saksi.

Lepas 2 bulan, saya menerima sms, dari budak perempuan tu.. mengatakan sudah memutuskan hubungan dgn suami saya. Saya balik yg bertanya, mengapa? Bukankah kamu saling menyayangi? Saya tak pandai jaga suami.. saya itu dan ini, mcm mcm kurang.. saya dah redha, saya mengalah.. kata saya. Allah menguji saya dan budak perempuan tu.. saya mengandung anak kedua.. akhirnya mereka putus dan saya tak tanya lg. Saya hanya menonton wayang di fb dan twitter, mereka berperang sesama sendiri.

Saya maafkan suami.. kami kembali bersama cuba..utk membina kembali. Tapi masih tidak serumah , kerana sepanjang kami serumah lebih kurang dua tahun, 2 kali suami hampir memukul ibu saya. SAYA ULANG, IBU SAYA . Pada suami dia bebas buat apa sahaja, jgn ditegur. Dia berhak kerana dia SUAMI. Kami teruskan hidup dgn setiap minggu berjumpa, habiskan masa menonton wayang, bercuti dgn suami, kdg2 dgn anak2 tiri.Saya nampak perubahan,setiap hari saya berdoa agar perubahan tu berpanjangan..r ezeki dipermudahkan.

Selepas 2 tahun, saya diuji lagi.. suami bernikah di sempadan dgn janda anak 4, dan suami saya adalah perkahwinan ke tiga beliau. Saya dengar melalui bekas isteri suami, Saya kata saya tak tahu.. hampir sebulan kami tidak berhubung, berikutan hubungan suami dgn perempuan juga. Tulah bercinta org lain, nikah org lain. Pada hari itu saya hairan dengan diri saya sendiri, saya tak menangis, mungkin saya tak ambil peduli.. mungkin sudah lali.

Awal tahun ini saya menerima pm dari fb, dari seorang perempuan katanya mahu berterus terang. Saya terima, orang baik saya sepuluh kali baik. Kami bertukar no fon, kami whatsApp sepanjang malam. Suami dan isteri barunya minta saya mencuba kehidupan baru ni. Saya cuba, tetapi mereka mempermainkan saya, kebaikan yg dihulurkan hanya untuk melekakan saya agar tidak membuat sebarang laporan. Isteri baru suami menyatakankata kekurangan saya.. saya terlalu pentingkan kerja,tak ada masa bersama dan terlalu mengikut kata ibu. Bagaimana saya tak pentingkan kerja ? Jika rumah, api air,unifi, pampers susu, insurans, duit dapur dan duit bg emak semua atas saya?

Wallahi, saya tak minta suami sepanjang kami bernikah, ada bagi.. tak ada saya diam. Bagaimana saya tidak mementingkan ibu? Disaat yg paling sukar ibu berada disamping saya, menjaga anak anak disaat saya mencari sesuap nasi. Saya berusaha sendiri. Pada fikiran saya yg dikatakan kolot ni,tak mengapa suami tak ada duit,saya ada. Kita org tua tak makan tak apa, anak2 perlu makan minum, susu pampers mesti ada. Tu belum sakit mereka lagi, kita sakit makan panadol tidur . Budak? Mereka tak tahu.

Setiap hari saya pulang kerumah, saya tinggalkan masalah saya dan suami didalam kereta, saya ukir senyuman utk anak2. Ibu saya tak tahu perihal suami berkahwin lain. Suami dan isteri baru,daftar menggunakan surat cerai suami dgn isteri lama. Saya termenung dipermainkan lagi, bukan seorang kini dua org. Saya hanya melihat gambar kegembiraan mereka di fb dan instagram. Kadang kadang anak anak tiri menghubungi saya bertanyakan khabar dan mengadu.Saya hanya mampu mendengar.
Tak mengapalah, saya kata once for all. Jaga hati sendiri, salah saya tak hormat hati sendiri. Saya berfikir, saya tak rugi apa2, saya cuma tak ada suami, saya masih beruntung ada kerja tetap, rumah, kereta dan anak2.

Saya bersyukur Allah SWT masih sayang , ujian saya ni kecil jika dibandingkan dgn isteri2 yg jd mangsa aniaya. Akhirnya, saya membuat permohonan cerai, Alhamdulillah, saya tenang, walaupun saya ke mahkamah seorang diri tanpa ditemani sesiapa,saya tahu saya kuat. Allah ada,Allah lindung saya. Saya tak tuntut apa2 dengan suami, hanya lepaskan saya cara baik. Kalau dia ingat anak-anak, berilah duit belanja, jika tidak..tak apa, ada rezeki lain utk anak. Kalau dulu saya ikut hati, sekarang saya serah kepada Allah, bulat- bulat.

Buat isteri diluar sana, kalau suami ada perempuan lain, jangan menangis atau murung, bangkit.. kalau tak kerja, cari kerja. Belajar berdikari. Doa banyak banyak. Doakan urusan saya dipermudahkan..."


Bertalu-talu pulak ujian dia kena kan? Kalau lah aku diuji sebegitu rupa belum tentu aku mampu jadi setabah dia.. Allah maha tahu kan.. :")