Adjustable Trekking Pole

12 August 14 Comments

 




Ini hadiah untuk Bong sempena Misi Diet Bong.

1)Adjustable Aluminium Trekking Pole

Membantu memudahkan sesi pendakian Bong dengan kawan-kawan hiking dia.


2)Waterproof Waist Running Pouch

Membantu memudahkan Bong untuk isi barang-barang penting semasa sesi berlari.


Kakak Bong tolong 'hiking' dan 'berlari' di dapur sajalah hehehe


Apa Menu Harini? - Jagung Rebus

10 August 12 Comments

 



RESEPI JAGUNG REBUS SUSU 

-2 hingga 3 tongkol jagung

-1 sudu marjerin / planta

-1 tin susu cair

-1 mangkuk kecil susu pekat

-1 sudu teh garam

-1 cawan air masak

-cheese slice (terpulang pada selera masing-masing)

CARA-CARA  : 

1)Cairkan marjerin atau planta dan masukkan susu cair

2)Perasakan dengan garam dan letak sedikit susu pekat yang dicampur dengan air masak.

3)Biar mendidih dan masukkan jagung. Masak hingga jagung empuk.

4)Tutup api dan letak cheese atas jagung.


Semalam berbagi Nasi Goreng dengan jiran.

Tak lama kemudian jiran datang berbagi beberapa tongkol jagung.

Permintaan Mak teringin makan jagung rebus susu macam di pasar malam.

Jadi kita buatkan ikut pada selera tuan punya badan hehehe


*Berkenaan entry SBP atau KV yang sebelum ni, Ana tumpang bertanyakan wakil pada anak saudara yang sulung si Rafael memandangkan Acik Ana dia ni bujang trang tang tang kikiki


Anak Sekolah : SBP Atau KV?

08 August 14 Comments

 


Ada ternampak perkongsian di Facebook Cikgu Mohd Fadli Salleh.
Ada anak yang nak masuk Kolej Vokasional sebab kawan ajak katanya.
Bila ditanya minat ke nak masuk KV tapi si anak hanya diam saja.
Itu yang merisaukan perasaan ibu bapa penjaga & bertanya mana yang lebih baik?

Dan yang lebih bagus adalah, pada posting tersebut terdapat ramai yang beri pendapat.
Ada pendapat daripada bekas pelajar KV sendiri, ada pendapat dari Guru KV sendiri.

Banyak ilmu & info terbaik yang boleh diambil sebagai panduan buat penjaga.
Moga diteruskan lagi pertanyaan & perkongsian sebegitu pada masa akan datang.



Ayam Buttermilk Chicken

06 August 14 Comments

 

RESEPI BUTTERMILK CHICKEN MUDAH

- 300 atau 400 gm isi ayam

-1 biji telur & 40gm butter

-4 sb tepung goreng ayam serbaguna (untuk bedakkan ayam)

-3 ulas bawang putih cincang

-3 biji cili padi (terpulang pada tahap pedas masing-masing)

-2 tangkai daun karipule

-setengah tin susu cair (kurangkan jika nak kuah pekat)

-cheese slice jika suka creamy

-garam / gula / perasa

CARA BUAT BUTTERMILK CHICKEN MUDAH

- Gaul sebati isi ayam dengan telur.

-Bedakkan isi ayam tadi & goreng api sederhana.

-Panaskan butter. Tumis bawang putih, cili padi & daun karipule hingga naik bau.

-Masukkan susu cair. Perasakan dengan garam/gula/perasa.

-Masukkan ayam yang digoreng tadi. Masak sebentar hingga kuah menjadi pekat.

-Siap! Mudah pantas jimat & semestinya sedap sebab air tangan kita! hehehe


Iya seperti biasa menu resepi selalunya atas permintaan adik guwe si Bong.

Kakak nya ikutkan saja apa permintaan ahli jemaah rumah.

Jika ada bahan-bahannya maka terhasil lah seperti seperti dalam resepi asal.

Tapi jika bahan tak lengkap, maka ia akan jadi resepi sukahati hehehe

Terpulanglah mana-mana satu pun yang penting perut kenyang kan? hehehe



Alkisah Nenas

05 August 12 Comments

 




Bertemu kembali kita dalam segmen #ApaCiterHarini? 
Maaflah setelah beberapa hari masuk ke Bulan Agustus tapi belum ada entry lagi.

Kesibukan sekejapan disebabkan beberapa hal yang perlu diselesaikan hehehe
Kalau sebelum ni kita dah pernah ada Alkisah Bawang kan? 
Okay kalini kita akan ada Alkisah Nenas pula hehehe

Kalau sebelum ini aku lebih banyak berada di department Komunikasi & Digital, 
tetapi bermula Agustus 2024, aku bertukar ke department Projek Pembangunan Peneroka (PPP) Felda.Makanya, aku akan berada sepenuhnya di kawasan tapak pojek Nenas.

Setakat ni dulu Kisah Nenas, nanti kita kongsi lagi Alkisah Nenas hehehe


Wahhhhh Terima Kasih banyak Sis Anies sayangggggggg! 




Jeruk Kulit Cempedak / Mandai

31 July 15 Comments

 


Iye kulit cempedak boleh dimakan tapi perlu ikut langkah yang betul lah hehehe

Jeruk Kulit Cempedak atau disebut juga sebagai Mandai adalah satu makanan Kaum Banjar.

Nak menyediakannya mudah saja cuma perlukan sedikittttt kerajinan hehehe


BAHAN-BAHAN MANDAI GORENG (KULIT CEMPEDAK GORENG)

-Kulit cempedak perlu dibersihkan dahulu (buang bahagian kulit luar hijau berkerutu)

-Jerukkan kulit cempedak dengan cara letakkan lebih kurang 4 sudu garam ke dalam bekas berisi air.

-Dijerukkan lebih kurang 1 - 2 minggu untuk melembutkan kulit cempedak.

-Ambil kulit cempedak yang sudah dijeruk, perahkan airnya hingga kering & dihiris kecil-kecil.

-Potong bawang besar & cili.

-Tumiskan bawang besar,cili & ikan bilis hingga layu. 

(makin banyak bawang,cili & ikan bilis, makin sedap)

-Masukkan kulit cempedak yang dihiris kecil tadi (tak perlu masuk garam kerana dijeruk sudah masin)

-Masak dengan api sederhana & hingga garing. 


Mandai Goreng Garing tadi, kita lawankan pula dengan sup tulang.

Makan nasi panas waktu hujan sejuk-sejuk fuhhhh tak pandang belakang dah! hehehe



Javanese Mee

31 July 11 Comments




Disebabkan hujan turun bermula dari semalam, cuaca sejuk nyaman je.
Syukur setelah terasa lama bumi kering takda hujan turun.
Rumput-rumput dan pokok bunga pun banyak kering layu.

Dan Alhamdulillah juga buah pulasan sudah boleh dituai hasilnya.
Dapat juga berbagi merasa sorang sikit sesama jiran.

Buat juga Mee Rebus / Mee Jawa & kongsi juga dengan jiran.
Mee Jawa ke tu? Mee Jawa tak berapa nak Jawa sebab bukan orang jawa yang buat hehe



Jangan Simpan

30 July 13 Comments

 


Jangan simpan barang yang tak dipakai.
Orang perempuan selalunya banyak barang ni.
Orang lelaki selalunya tak banyak sangat.
Mencari harta dan kekayaan tak salah.
Mengumpul & menghimpun harta hingga tak terpakai itu yang tak betulnya.

Jom kita sama-sama check koleksi yang kita ada.
Mana-mana yang dah lama tak digunakan, jom kita berbagi.
Barang make up, tipuware, koleksi panggan mangkuk cawan, koleksi tudung.

Jual pre-love, berbagi pada saudara atau hantar ke pusat pengumpulan.
Moga kita sama-sama dapat kumpul pahala menambah berat amal kita kan?

Jom Berkungfu

30 July 14 Comments


 Ini permintaan Bong. Teringin nak makan Kueh Teow Kungfu katanya.

Salah satu kegemaran Mak juga jenis K.Teow Kungfu / K.Teow Ladna.

Ini versi kungfu hasil di dapur rumah kita sendiri, kita campak-campak saja bahan apa yang ada hehe

Syukur hujan membasahi bumi di Selatan Perak yang sudah agak lama kering takda hujan.

Cuaca sejuk-sejuk dapat menghirup kuah panas-panas nikmat sungguh.

Moga dipermudahkan urusan kita semua aminnnn

Jika Mampu...

29 July 8 Comments

 


Dalam hidup ni ada banyak pilihan. 
Jika kita mampu, jadilah orang yang redha.
Redha dengan apa saja yang berlaku.
Bukanlah maksudnya redha mengalah kalah.

Redha maksud di sini - kita ajar hati kita supaya terima takdir Allah.
Apa saja yang berlaku sama ada baik atau buruk, semua dengan izin Allah.

Kita perlu belajar terima walaupun pahit.
Biar kita didik hati kita supaya selalu rendah diri.
Kita bukan siapa-siapa untuk memberontak.
Belajar berdamai dengan keadaan.

Mungkin kita rasa teruknya ujian ni.
Takpa, percayalah ada orang lain lebih berat ujian daripada kita.
Yakin je InshaAllah mesti ada sesuatu yang indah di depan sana.

Apa pun yang jadi harini, terus kuat melangkah okay?
Kita hadap sama-sama, kita kuatkan jiwa okay?



Jom Berkungfu

29 July 4 Comments

 


Ini permintaan Bong. Teringin nak makan Kueh Teow Kungfu katanya.

Salah satu kegemaran Mak juga jenis K.Teow Kungfu / K.Teow Ladna.

Ini versi kungfu hasil di dapur rumah kita sendiri, kita campak-campak saja bahan apa yang ada hehe

Syukur hujan membasahi bumi di Selatan Perak yang sudah agak lama kering takda hujan.

Cuaca sejuk-sejuk dapat menghirup kuah panas-panas nikmat sungguh.

Moga dipermudahkan urusan kita semua aminnnn



Japanese Karaage Chicken

28 July 10 Comments

 



Resepi Japanese Karaage Chicken yang sebenar adalah goreng deep fry tanpa marinate.

Tapi yelah resepi kita, terpulang pada citarasa kitalah nak olah ikut sesedap tekak kan? hehehe

Untuk kalini permintaan Bong nak ayam goreng tapi ada special coating (corn flakes).

Iye cornflakes yang kita guna untuk sarapan & buat biskut raya tu.

Celupkan je daging ayam yang kita potong ikut saiz yang kita suka ke dalam telur.

Kemudian salutkan dengan cornflakes hingga menutupi daging ayam & deep fry kan dia.

Kalau rajin lebih, boleh buat double coating lagi rangup sedap marvelessssss! 

Boleh makan meratah begitu saja, makan-makan panas-panas sekejap saja licin hehehe


Jenuh Tunggu

27 July 9 Comments

 

Anda masih ingat Tragedi Bong Kemalangan ?
Bong adalah panggilan untuk adik Bongsu aku si Aiman.
Kisah pasal kemalangan tu aku pernah kongsi Fuhh Syukur Panjang Umur Bong! 
Tragedi  tu berlaku pada Februari 2024 yang lalu.

Bersyukur sangat Bong masih dipanjangkan umur.
Hanya motorsikal Bong saja 70% (beberapa bahagian pecah & patah).
Disebabkan banyak juga yang perlu diganti, kami nekad untuk claim insurans.

TAPI 

Proses untuk buat tuntutan insurans kemalangan motor / kereta bukan mudah.
Ramai memang sudah sedia maklum, proses akan ambil masa berbulan lamanya.
Dan yesss ia sangat perit jika hanya SATU tu saja kenderaan yang kita ada.
Untuk kes Bong ni, syukur juga masih ada kenderaan lain untuk pergi kerja.
Jadi masih boleh berulang pergi kerja walaupun jiwa gelora memikirkan motor dia.



Dan setelah 5 bulan sengsara menunggu, akhirnya harini 27.07.2024 siap juga motor Bong!
Hantar masuk bengkel Februari 2024 - siap semula Julai 2024 ( 5 BULAN ! )

Mak kata : "Kalau orang mengandung, daripada belum nampak perut, sampai dah nak dekat beranak baru selesai siap motor Bong ni" 

Orang kata kena kerap check dengan workshop tu & insurans tu.
Ye itulah yang Bong & Aku buat.
Kerap pergi check ulang bengkel tu & tanya bila boleh siap.
Sampai Uncle Bengkel tu bagi nombor orang insurans suruh call push jugak.
Aku & Bong call nombor insurans tu tapi harammm tak pernah berjawab.

Takpe takpe. Ini hari engkau buat macam tu kat kami.
Doa orang teraniaya tiada hijab.
Kalau harini kita susahkan orang, nanti Allah balas setimpal silap-silap lebih lagi.

Okay Bong dah boleh senyum lega sebab tenggiling merah dia dah kembali sihat hehehe

Jalan Pasar Pagi

27 July 5 Comments

 



Seronoknya jalan-jalan ke pasar pagi / pasar hari bukan apa.
Dapat cuci mata ada pelbagai jenis ulam yang segar!
Lauk basah macam udang, ketam, sotong & ikan pun segar-segar!

Tak kurang juga segala ikan kering,ikan masin, sotong kering, udang kering.
Segala jenis mak nenek basah dan kering mudah nak cari di pasar pagi.



Tak lepaskan peluang tapaw juga yong taufu tapi perlu kesabaran tinggi.

Nak kena beratur panjanggggg sebelum dapat peluang untuk kutip-kutip yongtaufu tu.

Bukan takda orang lain yang jual tapi kuahnya tu yang "berhantu" & sanggup tunggu.

Pernah beli dari yang lain tapi kecewa kuahnya kurang pekat & kurang menepati selera.


Jantan Keparat

25 July 9 Comments

 


Segala macam rasa marah, sedih, kecewa semua ada bila terbaca perkongsian ni.

Dah lah tak pernah tanggung beri nafkah untuk anak isteri,

Ehhhh suami minta isteri buat loan atas nama isteri - untuk suami beli superbike!

Emang dasar jantan keparat apa ini ya?

Aduhai moga dijauhkanlah ujian sebegini pada keluarga kita.

Permudahkanlah urusan golongan insan-insan yang teraniaya macam ni T__T


Jaga Kesihatan

24 July 13 Comments

 


Terasa baru je lagi aku update berkenaan Maaf Tumpas masa awal Mei haritu.

Dua hari yang lepas, sekali lagi hidung & tekak aku terasa perit.

Ada gejala yang sama jugak macam awal Mei haritu.

Untuk kejadian diserang demam dalam jarak 2 bulan macam ni,

ia agak kurang menyenangkan untuk aku disebabkan belum pernah lagi terjadi macam ni.

Di kalangan rakan sekerja aku, aku adalah antara orang yang jarang demam teruk.

Batuk selsema sikit-sikit tu memang biasalah.

Untuk diserang demam yang sampai pening lalat & perlu baring saja tak boleh buat kerja.

Itu sangatlah bukan aku. 

Hurmmm apakah benar teori konspirasi yang digembar-gemburkan selama ini? hurmmm¬

Jaga kesihatan sahabat semua.