Jangan Kedekut
anamizu
13 January
13 Comments
salam 13 Rabiulawal. moga semuanya baik² saja. aku? macam biasalah. jawapan cliche -- bizi. arini dah masuk minggu kedua kita di tahun duaribuempatbelas. dah macam² benda jugak yang kita hadap. awal januari aku, bermula agak tak best. dan yang tak best tu aku pon taknak cerita. cuma aku berdoa dan berharap supaya yang tak best tu takkan berterusan.
aku buat kerja--
apa sajalah,
tak pernah letak HARGA.
apa saja insan sekeliling aku mintak bantuan,
selagi mampu, aku usahakan.
abah-
dari sekecik² aku diajar-- mahu apa saja, sila usaha.
bukan main tadah tangan saja.
alhamdulillah setakat ni jadi manusia.
mak-
berbakul pesan tak pernah lupa--
buatlah apa saja, asalkan hormat orang lebih dewasa.
dan jangan pernah buat sesiapa terasa.
********************************************
aku pon manusia biasa. tak pernah lari pon dari buat dosa. dan aku jenis manusia yang kalau jiwa aku pedih, aku sebolehnya jauhkan diri dari laman sosial. sumpah aku takut.
takut TERlajak tulis.
takut TERlajak kata.
maklumlah, versi tulisan ni memang lain. kita tulis : lain intonasinya. orang yang membaca : lain intonasi bacaannya. dan yes -- bila jiwa pedih, mengadulah pada DIA. memang DIA selalu ada. itu janji DIA. kita yang manusia kerdil ni je selalu sombong. lupa.
owhh dan satu lagi. sempena Maulidurrasul ni, janganlah kedekut. tak kiralah untuk apa sekalipun. jangan kedekut sedekah. jangan kedekut berdoa. jangan kedekut senyum. jangan kedekut drop komen. kehkehkeh