Diterima Jadi Penaja | Segmen : Zaman Persekolahan

03 December 55 Comments

Segmen anjuran Cik Balqis. Ramai para sponsor terlibat dan aku salah sorang antara yang ramai tu.. Alhamdulillah penganjur sudi terima. Sebanyak 66 pemenang bakal terima hadiah-hadiah menarik ! Berlangsung selama sebulan bermula 1 hingga 31 Disember 2014. Pemenang bakal diumumkan pada Januari 2015. Haaaa tunggu apa lagi? Moh kite !

 Klik banner untuk join 


1. Pilih satu nombor sahaja, iaitu antara nombor 1 hingga nombor 20.
2. Ceritakan serba sedikit berkaitan diri anda mengenai nombor yang anda pilih.
3. Gaya dan persembahan cerita anda terpulang pada anda sendiri, asalkan menarik perhatian pihak penganjur iaitu Cik Balqis.

    

    
Aku pilih karakter nombor 8 tu. Aku memang jenis suka bercakap. Tengokla nombor 8 tu sakan kemain dok sembang kencang dengan member sebelah. Bukan peduli dah jadi apa kat orang lain.. Aku dari zaman sekecik anak lagi dah memang jenis join segala aktiviti baik dari segi menyanyi, syarahan, pidato mahupun berkhemah pun aku tak ketinggalan. Dalam kelas dulu aku punya lokasi selalunya memang kat area belakang je. Tak suka dok depan-depan. Gengster la konon kot bila dapat dok belakang tu hehehe.. Tapi senakal² aku pon result aku maintain top 5 dalam kelas *angkat-angkat kening*  =P

Karakter aku jugak agak boyish masa zaman sekolah dedulu. Pantang ada yang buat silap sikit kat aku memang kena la. Aku pernah bertumbuk dengan budak lelaki kelas aku disebabkan dia kutuk mata aku sepet sebelah. Dia dok ejek² kata aku kuat skodeng orang lah itu lah inilah, tu sebab mata jadi camtu katanya. Pada hal memang keluar je dari rahim mak aku, mata aku dianugerahkan cenggitu. Aku memang cukup pantang orang ejek atau perli melibatkan mata aku. Kalau tanya elok² aku takde hal pon nak bagitawu. Tapi bila dah melebih² haaaaa tu makan dia penumbuk sebijik.. Ekceli spontan je masa aku hayun penumbuk kat dia tu. Satu kelas aku terus terdiam masa tu sebabnya tu first time lah pon aku mengkasari kaum lelaki dalam kelas aku tu.. Selama ni aku buat pekak je. Cuma perang mulut je la banyak.. Dah la makan penumbuk, aku siap tazkirah lagi masa tu. Amek peluang di saat kelas aku sunyi sepi semua tunduk je masa tu dengar hehehe  Tapi lepas makan penumbuk tu, member lelaki tu jumpak aku personal dan betul² mintak maaf sebab ejek aku. Terus jadi kamceng lepas tragedi tu kikikiki tapi sebulan lepas tu dia pindah sekolah lain sebab ikot parents dia cikgu kena berpindah. Lost contact terus masa tu.

Nakal aku jenis ada disiplin la tapi. Aku hormat cecikgu. Aku nakal on my very own ways. Bukan nakal yang jenis langgar disiplin huru hara sana sini.. Bila masa cikgu ada dalam kelas mengajar, memang tekun je konon khusyuk habeslah dengar. Bila cikgu tu melangkah keluar je dari kelas, tudia bergegar 1 floor tu kami punya berjimba dalam kelas tu. Aku ada Geng aku sendiri masa zaman sekolah dulu. Siap ada nama -- Buddies of Eleven (yang baju merah tu lah Geng BOE aku dedulu sebab kami 11 orang dalam team tu. 6 orang member lelaki dan 5 orang perempuan. Apa saja aktiviti sekolah buat, kami takkan miss satu pun. Bersaing pon secara sihat eventho kami yang 11 orang tu lain² unit beruniform apa semua. Memang susah senang bersamalah masa tu. Sampaikan Geng BOE aku ni pernah dibenci oleh budak-budak lain dalam kelas aku tu. Dorang menyampah kot tengok kami harmoni gila. Yelah haters ni kalo kita buat baik pon, memang buruuuuk aje lah di mata dia.. 

Dalam 11 orang Geng BOE tu, hanya tinggal 5 lagi yang masih single mingle termasuklah aku ni ha. Pastu aritu tetiba bebaru ni, member lelaki yang aku tumbuk tu ada add aku kat fesbuk sebab suggested by salah sorang frenlist aku.. Terkejut gak aku masa tu sebab dia pm aku dan tanya aku kenal tak dia siapa. Jenuh aku flashback semua folder memori aku sipbaikla ada 'satu' password yang terus reflect pada dia. kikiki =P

Ehh TERpanjang pulak dah. Jangan risaulah sekarang aku dah tak pernah tumbuk orang. Aku tumbuk sambal je sekarang ni hehehe






Dil Hai Tumhara

03 December 26 Comments

Dil Hai Tumhara

Cerita ni released tahun 2002 dulu.. Masa tu memang tengah laris cerita Hindi.. Stesen TV tempatan pon berlumba tayangkan slot hindi masing².. Aku tengok cerita ni sebab ada Arjun Rampal, Preity Zinta, Mahima Chaudry dengan Jimmy Shergill tu.. 

Plotnye in love pada lelaki yang sama tapi ada lah salah sorang tu nanti sanggup berkorban untuk bagi sorang lagi tu bahagia.. Pada hal dalam hati, dia je lah yang tahu betapa sedihnya nak berdepan dengan benda tu semua. Dalam masa yang sama ada lah watak sampingan nanti akan cuba menyelematkan keadaan. Tapi berjaya tak? jeng jeng jeng..

Malam ni bakal ditayangkan kat TV2 jam 10.00 malam.. Siap sedialah tisu berkotak.. Konfem merambu air mata nanti kehkehkeh =P

Ini mesti Amy J suka.. Hindi is one of her feveret kehkehkeh =P  Kemon Amy J, malam ni jangan lupa 10.00 malam only on TV2 hehehe





Di Hari Persandinganmu

02 December 34 Comments


    

Ini kalaulah si N tahu aku pernah share pasal dia kat sini mampos aku kena bantai nih T___T Hurmmmm aku kesian dan sedih sebenarnye bila N kena hadap ni semua.. Dulu aku pernah kongsi pasal kisah si N ni.. Dah macam boleh jadi novel sebabnye ada Part I , Part II dan jugak kalini masih berkisar tentang N.. 

Ini hasil kerja member kerja aku la ni -- dia risik-risik kat si N pasal nama dan fesbuk si perempuan tu tapi N takmau bagitawu so nak taknak disebabkan susah sangat si N nak bukak mulut, member aku tu pon stalk fesbuk si kakak pengantin lelaki tu.. cari punya cari punya cari naaaahhh dapat! Pastu member aku ni dok update la kat aku pasal apa saja new updates kat status si perempuan tu.. Hurmmm aku dan member kerje aku tu pesan kat N takyah buat benda yang menambahkan lagi sakit hati dia.. Better bawak diri and move on je.. Biarlah kami ni je yang amek tawu kesah Pengantin Baru tu buat masa ni.. Aku ni pon takdelah nak sibok sangat stalk life orang ke hape tapi disebabkan member kerja aku rajin nengok fb perempuan tu, so dia pon keep sharing latest updates pasal kes persandingan ini. Aku layankan je la kehkehkeh =P

Dalam sepi ku terbayang
Wajahmu bermain di mataku
Lantas bercucuran air mata
Berlinangan di pipiku

Mengenangkan peristiwa
Di suatu masa kita berdua
Bermesra dan saling menyinta
Namun berpisah jua akhirnya

Betapa pedih betapa pilu
Melihat engkau berdua di situ
Bersama duduk di atas takhta
Di hari persandinganmu

Burung-burung pun turut berkicau
Menyanyikan lagu indah
Sanak saudara sekelian yang ada
Semua turut gembira

Selamat kuucapkan padamu
Semoga kau bahagia dengan pilihanmu
Selamat ku pinta izin pergi dahulu
Membawa diriku ke alam baru

Selamat wahai pengantin baru
Semoga bahgia ke anak cucu
Selamat tinggal Oh sayangku
Semoga gembira selalu

Pernah dengar lagu Di Hari Persandinganmu ? Penyanyi asal adalah Yunizar Hussein tapi aku lebih suka versi nyanyian Azharina.. Lebih 'keras' dan lebih 'pedih' bunyi ton suara yang versi Azharina tu.. 


Note #1 : aku share pasal ni bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak cuma untuk peringatan aku sendiri.. Mana yang positif kita ambik simpan atau jadikan contoh. Mana yang negatif tu sila letak tepi.. Aku macam dok terbayang lama dah kejadian sebegini.. tak mustahil suatu hari nanti mungkin aku bakal hadap situasi macam si lelaki itu.. KELUARGA. No choice other than harus akur. wuwuwuwu aku sedih lagi teruk sebenarnye daripada N sedih bila pikir pasal tu pada hal benda entah iye entah tidak kan sebab belom berlaku wahahaha sobsss sobsss

Note #2 : Encik Boss, terima kaseh sebab sudi nengok kan kami-kami ni even dari jauh. Terharu dan sebak saya dengar Cik Ida cerita masa Encik sudi datang dan tolong setlekan kes hotel diorang kat Shah Alam masa Training baru-baru ni .
Encik selalu ada untuk kami.
Masa susah, masa senang kami :")



Deanna Morni | GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA

02 December 15 Comments

Sempena ada masa terluang ni marilah kita isi dengan mengjoinkan GiveAway ataupon Segmen anjuran kawan-kawan blogger.. Kameq Deanna buat GA ni bermula 1 sampailah 19 Disember 2014.. 

Antara hadiahnye 6 X RM10 (CASH@TOPUP)  Wow!!! Klik je banner kalo nak tawu lebih lagi hehehe =P




Diserang Sarang Lebah

02 December 28 Comments

Betol macam kata kawan kitewww Ezy Lemon Ribena : makanan pon ada trending-trending sekarang ni kan.. Macam artis pulok kikiki =P  Sebelum ni pernah femes dengan macaron lah, pavlova, kek cheese leleh, pastu pulak si jeruk pelam asam boi dengan pisang goreng cheese tu jadi trending.. sana sini orang berlumba jual.. kalini ni ha Roti Sarang Lebah + Butterscotch pulak..
Aku ni pulak memang pantang tengok benda-benda makanan ni.. Kalo orang pantang, tak buleh makan itu ini.. Kalo aku ni -- pantang tengok mesti nak beli terus. hahaha ! Maklumlah nak merasa.. Asyik tengok skrin je nengok orang share sana sini kata sampai menjilat jari kaki apa semua.. Hape lagi, sambil  jadi mandor sambil dok usyarrr kedai mana yang ada jual.. Tengah laris skang ni menatang lebah nih.. Tempat aku ni ada sorang dua kakak suri rumah yang jual roti sarang lebah ni.. Memang jenuh tunggu turn sebab tunggu dia open order je baru boleh beli.. Tak menang buat ready stock katanya.. Sehari 3--4 puluh bijik sarang terjual.. Sebijik sarang lebah cenggini harga RM8.00 akak ni jual.. Haaaa darab lah sendiri dengan tiga empat puluh bijik sarang.. Tak bersarang duit engko dapat?? wow!! Kayo pakcik kayo ! hehehe =P


Tak puaihh la pulok sebijik sarang je.. ehem~



Dua Blogger

01 December 12 Comments

Welkem December. Tup² dah sampai ujung tahun dua ribu empat belas dah.. Rasa macam baru je Januari.. Tahun ni banyak positive jugak yang aku dapat compared to few years back.. Alhamdulillah :)

Harini jugak merupakan hari pertama Disember dan harini jugak ada dua rakan blogger yang membuat aku tersengeh macam kerang wangi hahaha ! 


Pertamanya, Safirul Amar hadiahkan peluang menempek dan mempromote link blog aku di ruang iklan blog beliau.. Sebagai ucapan terima kaseh katanya pada rakan blogger yang setia menjadi pengkomen tegar.. Dah la blog beliau menjadi pojaan ramai pelajar sekolah disebabkan banyak ilmu berkenaan ICT dikongsikan kat sana.. Untung aku dapat rakan blogger cenggini haaa.. Bukan senang nak dapat peluang cenggini kan?? Selalunye kena bayar certain amount untuk link kita dipromosikan.. Dapat pulak ruang atas, di ruang bawah header tuan blog.. Haaaaaa kembang kempis lobang hidong kitewwwww.. hehehe Terima kaseh bro ! Keep in touch kitewwww ye hehehe


Ini lagi sorang rakan blogger yang buat aku senyum kambing harini.. kemain lagi ye HSB nak suruh kitewww teruskan entry ikot huruf pertama setiap bulan tu hahahaha... Terharu kiteww taw awak sudi buat special entry promote blog kitewww kat blog awak *wink-wink* hehehe.. InshaAllah kalo idea kencang datang, ade lah entry ikot huruf tu.. Kalo takde, errrr errr errrr nanti kiteww pikirkan juge lah bagi sampai ade.. kehkehkeh =P

Mekaseh jugak pada kawan² blogger lain yang selalu sudi singgah sini walaupon kiteww ni kadang tu suam² kuku je hapdet haaa.. Maklumlah kan banyak nau hal nye.. kadang bile mood tengah mancanak naik nak hapdet, tetibe hal datang, dah terbantot.. Potong stim je. hehehe.. 


Nak p melawat site sat. 
Hujan + guruh sudah mula.
Muahhh ciked :*



N Tree Kacukan

30 November 9 Comments



Note #1 : Mohon maaf banyak-banyak ya kepada pemenang under sponsored by Scha disebabkan terdapat kesilapan pada email Scha.. Sipbaik tuan penaja tak marah kitewwwww sobsss sobsss.. Maafkan kesilapan kitewww ye tuan penaja dan jugak para pemenang (59, 8, 42)  
"Ampunkan kami penunggu guwa.. ampunkan kami penunggu guwa.." -- Pak Belalang  T_____T

Note #2 : Kepada yang belum membuat tuntutan bolehlah segerakan berbuat demikian kikikiki =P

Note #3 : Rasa nak pulun join segmen + give away kawan² blogger lah sementara masih ada masa terluang sepanjang jadi mandor nih.. Hurmm mana nak mula ea?

Note #4 : Mungkin November ini menjadi bulan terakhir entry mengikut huruf awal pada setiap bulan.. jeng jeng jeng =P



Balas kunjungan terjah blog kawan² hiyaaakkk !




Nama-Nama Pemenang 1st GiveAway by Anamizu | Pembetulan Email Penaja

30 November 38 Comments

PEMBETULAN EMAIL PENAJA : 
KEPADA PEMENANG DI BAWAH PENAJA SCHA SAHAJA 

(Mohon emailkan semula details ke alamat email Scha seperti di bawah sana) 

*Segala kesulitan amat dikesali. Mohon maaf daripada pihak penganjur :)

Sekali lagi aku ucapkan terima kaseh banyak banyak baaaaanyak pada semua kawan-kawan blogger yang sudi luangkan masa join 1st Give Away aku ni.. Kat sini aku senaraikan pemenang² yang dah di generate oleh random dot org.. Kalo tak puas hati, boleh marah Random ye. kikiki =P   Boleh check penyertaan korang kat SINI


PEMENANG TOPUP RM 5.00 X 7 PEMENANG 

Sent your details to anamizu.izumi@gmail.com :

Nama :
Blogger ID :
No Penyertaan  :
Phone Number :
Link Blog:

    
      


PEMENANG TOPUP RM 5.00 X 6 PEMENANG 
[sponsored by ZUMAL]

Sent your details to zumal84@gmail.com :

Nama :
Blogger ID :
No Penyertaan  :
Phone Number :
Link Blog:

      
      

 PEMENANG TOPUP RM 5.00 X 1 PEMENANG [ sponsored by YUI]

Sent your details to fashanusha@gmail.com :

Nama :
Blogger ID :
No Penyertaan :
Phone Number :
Link Blog:
  
PEMENANG BOOKMARK CRAFT BY NURUL YUI COLLECTION  X 1 PEMENANG 
[sponsored by YUI]

Sent your details to fashanusha@gmail.com :

Nama :
Blogger ID :
No Penyertaan :
Alamat : 
Phone Number :
Link Blog:


PEMENANG SET TUDUNG  X 3 PEMENANG 
[sponsored by SCHA]

PEMBETULAN EMAIL PENAJA 
Sent your details to sya_zana91@gmail.com  sya_zana91@yahoo.com :

Nama :
Blogger ID :
No Penyertaan :
Alamat : 
Phone Number :
Link Blog:

      

Note #1 : Boleh tuntut sebelum 12 tengah hari 12 Disember 2014. Kegagalan membuat tuntutan, akan menyebabkan para sponsor amek sendiri je semua hadiah² tu. Takde alasan² dah kalo claim selepas pada tu  kehkehkeh =P

Note #2 : Semua email gunakan subject berikut: Anamizu Suruh Claim Hadiah
Sesiapa guna subject selain daripada tu claim pada para penaja, siaaappla. Aku suruh penaja² semua canclekan. kikiki amboiii over nampak kan?  kikiki gurau-gurau. Tak cancle. Eh tapi seriyes k, sila gunakan subject itu sahaja untuk tujuan claim supaya mudah tuan-tuan penaja kita sedar kehadiran email-email korang yang disayangi semua hehehe 

Mohon pada semua yang tersenarai boleh mula claim hadiah masing² mengikut email yang betul ya. Kesilapan menghantar email kepada penaja yang salah akan menyebabkan tuntutan tidak akan diproses.. cewaahhh kemain lagi ye? hehehe takdelah.. Sama-sama mudahkan sesama kita okey? 

http://eemoticons.netSemoga ukhwah terjalin sesama kita terus kukuh.. Pada yang tak dapat janganla pulak korang boikot aku ye sobss sobss.. InshaAllah nanti-nanti ada rezeki lebeyhh kita buat Mega GiveAway pulak. Tapi doa-doakanlah aku dapat cari sponsored by datok bercucu ye.. Konfem hadiah dia grand brilliant terus hehehe


Semoga kalian-kalian sentiasa dalam lingkungan rahmatNYA :)