Doughnut | Sama Tak?
anamizu
17 December
38 Comments
Selama ni adunan donut yang aku kenal adalah jenis yang ada lubang kat tengah tu. Rupanya ada jugak makanan lain kat serata dunia ni yang menggunakan adunan seumpama donut tu jugak cuma nama dia lain-lain.
1.Fritters
Kalau kat Malaysia femes dengan pisang goreng, kat Amerika pun ada jugak yang camtu tapi bezanya adunannya tebal dan manis dan dikenali sebagai Fritters.
2.Buñuelos
Buñuelos adalah makanan
khas Columbia dan Spanyol. Biasanya disajikan semasa perayaan hari Natal atau Krismas.
3. Churros
Churros adalah sejenis jajan biasa yang boleh didapati di sekitar pinggir jalan di Sepanyol.
Dimakan semasa hangat, ditaburi gula halus atau serbuk kayu manis.
4. Frittole
Di Venezia, Itali, makanan hasil adunan seperti donut dikenali dengan panggilan Frittole. Adunannya memang mirip seperti donat, namun kemudian dicampur dengan buah-buahan kering dan kulit jeruk
sebelum digoreng dan disajikan semasa karnival-karnival besar.
5. Gulab Jamun
Di Indian pula ada Gulab Jamun, sejenis kuih manis yang biasa disajikan di
pesta pernikahan. Dimakan dalam keadaan ia masih hangat. Macam manisan yang dipanggil Laddoo lah lebih kurang. Dihidangkan selalunya semasa majlis perkahwinan (macam dalam cerita Hindi selalu tayang tu)
6. Loukoumades
Loukoumades adalah makanan yang biasa disajikan semasa festival
atau karnival di Yunani. Setelah adunannya digoreng, kuih ini disiram dengan sirup madu
dan ditaburi gula, kacang, atau biji bijan.
7. Paczki
Di Poland ada Paczki, yang merupakan kuih "donat"
yang diisi Pączki adalah sejenis kuih yang
digoreng dalam berbentuk sfera diratakan dan diisi dengan Barli atau pengisian
manis lain. Pączki biasanya ditabur dengan gula serbuk, aising atau cebisan
kering parutan kulit oren. Sedikit alkohol gandum (tradisional, Spiritus) ditambah
kepada doh sebelum memasak kerana ia menyejat dan menghalang penyerapan minyak
jauh ke dalam adunan.
Timbits adalah salah satu makanan yang popular di Canada. Adunan, cara membuat, serta rasanya, sama dengan donat. Bezanya, timbits hanya berukuran sebesar lubang donat.
credit : Open Minda
Mesti ada lagi makanan lain yang menggunakan konsep adunan lebih kurang sama macam adunan donut ni kan. Apa pun nama dia, tetap membuat air lior aku meleleh. adehhh lapaqqqq T_____T