Jejari Rajin : Free Gift

09 January 62 Comments
Alhamdulillah ramai kawan² yang murah hati pastu rajin tahap gaban pulak tu buat something untuk kengkawan yang datang ziarah blog diorang. 


Ini pemberian dari Hikayat Seorang Budak sebab aku terselit pengkomen top ten untuk bulan Disember 2014 haritu kat blog HSB. Paling corot (nombor sepuluh) pon dapat jugak sebijik hadiah dari HSB hehe.. Mekaseh HSB :)



Ini pemberian daripada Cik Mimie pulak. Pon disebabkan antara top komentator kat blog Cik Mimie masa bulan Disember haritu. Haaa siap dibagi sijil Pengomen Tegar lagi. Amekaw. hehehe. Terime kaseh Cik Mimie hehe. 


Ahah! Dua benda kat bawah ni pulak bukan disebabkan aku jadi pengkomen tegar ke hape. Ini daripada Sya hehe. Haritu sesambil jejalan, tersinggah blog Sya pastu tengok ada bagitawu nak bagi FREE design header simple mimple punya tapi promosinye valid dari 4 hingga 10 Januari 2015 saje lah. Psstt~ sempat lagi kalo nak p mintak ramai² kat Sya. hehe


Ingatkan sesajelah gatal tangan mintak tolong sya buatkan. Tup-tup dapat betol² ! Dapat dua pulak tu! Ini buleh jadi header + watermark terus lah nampak gaya nih. hehehe. Mekaseh Sya! :*


Ekceli aku takdelah pengkomen tegar mane sangat sebenarnye. Sesambil ada masa free sebulan dua ni je mokcik ni boleh nak cargassss komen sana sini. Karang dah mula masuk kerja semula, memang kerinduan lah nampak gayanya kehkehkeh =P


Jangan Jeles : GiveAway Hello From Canada

06 January 61 Comments
Balik lunch break tengok ada benda terjulur keluar dari peti merah depan rumah. Belek punya belek tudia! Hadiah menang GiveAway : Hello From Canada dari Farah dah sampai rupanya! Terus berbunga² hati. Siap ada surat cinta dari Farah bunyiknye gini :



Assalamualaikum Anamizu,

Thank you for joining my giveaway and congrats for winning. May Allah shower His blessings on you. 

p/s : Saya tak tahu kalau Anamizu ni pangkat akak atau adik. Maaf ya.


Love, 
Farah H.
Ekceli kan.. errr errr ekceli.. anggap je kitew ni sebaya Farah. Takmo susah hati k  ;)  (Pada hal takmo ngaku remaja tua sebenarnye kahkahkah) 
Again terima kaseh Farah selaku penganjur GA ni. Alhamdulillah aku rasa sepanjang aku dok jadi mandor ke hulur ke hilir 2 bulan ni dan most of GA / segmen / kontes yang aku join diberikan pelangi di hujungnya. Wahhhh gittewwww =P
Moga ada lagi lah luck² lepas ni hehehe
Nota #1 : Panggil Ana je for those yang rasa tak sure  nak adress saya sebagai akak or adik hehehe
Nota #2 : Anggap je sy sebaya dengan anda, anda dan juga anda di sana hehehe

Jem Takde Roti

05 January 50 Comments
Setel je proses kemas² segala kotak² yang berlonggok menggunung kat ofis tu, aku amek kesempatan kejap shoot pergi pejabat pos untuk setelkan janji aku yang belom dicapati ditepati pada kakak manis si Mila Hilas pemenang GiveAway Safirul Amar itu hari.

Memula ingatnye boleh la nak pergi pos barang sekejap je pastu balik semula stanby di ofis sebab ada lagi team yang nak datang setup komputer hape segala. Tapi alangkah indah di waktu pagi tak sangkanya bila sampai je ke kawasan pejabat pos tu.... kereta bersusun macam ada pesta bogel makan² pulak gayanye. Hurmm tapi takde pon sebarang khemah atau meja makan yang dipenuhi juadah ke atau yang berupa makanan. Hurmmm kena siasat nih.

Dengan penuh kuriosity (betoi ka ejaannye nih? hahaha) aku melangkah jugak masuk ke dalam. Mak aihhh sampai ke luar orang beratur! Kejadah apekah ini??? Ehhh bila aku mencelah dilautan manusia² yang berdiri kat luar tu, dorang bagi pulak laluan untuk aku terus ke depan. Ehh dah macam VIP pulak aku rasa. Bila dapat je masuk ke dalam... jeng jeng jeng...

Barulah aku tahu rupanya kesesakan lautan manusia tu sebabnya orang pakat beratur untuk kemaskini dan kuarkan dividen ASB dorang. Hurmm patutla manusia macam semut hurung gula. Aku pon menyelit di kalangan manusia² yang berdiri tu. Dah tak cukup dah kerusi yang ada. Tu pon sipbaik ruang pejabat pos tu sempit je kalo tidak konfem ada yang duduk bersila. 

Aku berdiri 2 jam dari pukul 3.00 petang sampai jam 5.00 petang barulah sampai ke nombor giliran aku. Kesian jugak pada staff yang cuma ada 3 kaunter je tapi perlu berhadapan dengan ratusan pelanggan.Kesian lagi pada pakcik makcik yang agak berumur terpaksa berdiri agak lama disebabkan tak cukup kerusi. Tapi nak buat camne kan -- aku bukan menteri yang boleh nak ubah ape²

Sipbaikla aku bawak sama BenQ Tab yang menang itu hari. Sambil berdiri 2jam tu aku pulun main Farmville 2 Country Escape dengan Farm Hero Saga. Petani moden la konon. Berkebun pon online je sekarang hahaha

http://matcuoi.comKalo tidak buleh mati kejung aku kat situ menunggu 2 jam weyh! 

Jamu Tekak

05 January 55 Comments

Ofis baru. Barang² semua baru. Semua dalam kotak. Pastu bila dah barang dibuka -- haaa tudia selonggok berkotak² berterabur. Dah la ofis makin kecik. Memang humban keluar lah semua kotak² yang ada tu. Dah kena buat sesi bukak kotak pastu susun elok² pastu kang jual lah kalo rajin. 

Kalo tak rajin, kang aku bakar je semuanya. Hati pon panas jugak bila orang kampung dok lalu lalang tanya bila nk bukak - bila nak bukak. 

"Ehhh haritu notis tulis buka semula 5 Januari. Apsal pulak kena tangguh lagi?"

Ehhhh takleh sabor benor nampaknye. Ate macam la hal penting benor. Selama 2 bulan lebih ni takde, buleh pulak hidop. Heshh sabor Ana sabor. Bedal durian crepe dulu kasi sejuk sikit hati =P


Jantung Hati Orang Kampung

05 January 33 Comments



Ini hari 5 Januari 2015 aku dengan partner kerja aku si Ida dah mula kena masuk ofis yang berwajah baru tapi belum beroperasi sebab belum dapat fully approval dari pihak atasan. Walaupon awal² pagi dah kena attack dengan bebudak sekolah yang untung gila sebab cuti sekolah masih postpon lagi seminggu. Ya ofis aku ni (Pusat Internet 1 Malaysia @ Pi1M) memang jadi tempat  bebudak berkerumun. Maklumlah staff nya kat sini manis-manis muka tau. Dari sekecik budak sampailah ke bapak budak.

Kamiorang (aku with my partner) sampai kat ofis lebih kurang jam 8.30 pagi. Tup tup dah berlonggok orang kampung kat depan pintu. Kemain sayangggg lagi kat kami ni. Nampak tak betapa tingginya tahap kecintaan dan kerinduan orang² kampung aku ni kat kami? Phuiiiii! Perasannya hang Ana! hahaha =P  Selama dua bulan lebih terpaksa menanggung rindu dan menahan nafsu tak dapat guna komputer dan internet kat sini.

Dan membuatkan aku lagi rasa nak melompat lebih tinggi adalah bilamana boss aku kata:

 "sila tampal notis bahawa Pi1M masih belum beroperasi sehingga diberitahu kelak"  

Waaahh! Ini yang kita panggil heaven! Terasa macam nak pergi berbulan madu di awan biru terus! hahahaha

Bila dapat je info tu -- aku dengan lantangnya bersuara  kat orang² kampung yang dah tercongok depan pintu tazzabar nak merempuh masuk tu semua :

"wahai penduduk kampung pinang sebatang semua, dukacitanya dimaklumkan bahawa Pi1M masih belum beroperasi harini sebab masih belum dapat kebenaran daripada pihak atasan"

Terus masing² tunjuk muka hampa. Ada bunyi² suara protes pon hade.Macam tak dapat duit BR1M pulak gayanye hehehe. Sabarlah wahai saudaraku semua. Tak lari aku dikejar. Ehh tak lari pon komputer ni semua. Bukan aku buleh jual pon. Rilek-rilek lah. Kalau buleh je bertahan selama 2 bulan lebih sebelum ni, tahanlah lagi 2-3 minggu. Apa ada hal ye dak?

Yezzzaaa buleh off day lagi tiga empat hari ! Weeee~


Jambatan Iblis?

05 January 47 Comments
credit : AtokDean


Jambatan Rakotz (Rakotzbrücke) dan juga dikenali sebagai "Jambatan Iblis" dibina pada tahun 1860. Terletak di Taman Rhododendron, kira2 120km barat utara Dresden, Jerman. Taman ini dibangunkan dari 1844 oleh pemilik tanah kaya Friedrich Hermann Rötschke.

Tapi kalau berpandukan pada fakta kat sini, cenggini pulak ceritanya: 

Terletak di Kromlau, Jerman,Jambatan Rakotz bukan hanya sekadar menjadi penghubung kepada pelancong yang ingin menyeberang.Mempunyai reka bentuk yang menarik, jambatan ini juga sering dijadikan lokasi pelancong menangkap gambar. Ramai berpendapat bahawa jambatan ini adalah hasil karya seni terbaik. Rakotz terletak di kawasan yang dipenuhi pokok-pokok hijau dan tasik. Bentuknya yang melengkung kelihatan bulat sempurna dikelilingi dengan air tasik yang memantulkan bayanganya.

Entah mana datang pulak nama Jambatan Iblis tu entahla betul ke idak. Mungkin boleh tanya kat Aisya pasal benda ni memandangkan Aisya dok study kat German sana hehehe =D


Jackfruit

04 January 65 Comments


The word "jackfruit" comes from Portuguese jaca, which in turn, is derived from the Malayalam language term, chakka (Malayalam Chakka pazham : ŕ´šŕ´•്ŕ´•ŕ´Ş്ŕ´Şŕ´´ം). When the Portuguese arrived in India atKozhikode (Calicut) on the Malabar Coast (Kerala) in 1498, the Malayalam name chakka was recorded byHendrik van Rheede (1678–1703) in the Hortus Malabaricus, vol. iii in Latin. Henry Yule translated the book in Jordanus Catalani's (f. 1321–1330) Mirabilia descripta: the wonders of the East.
The common English name "jackfruit" was used by the physician and naturalist Garcia de Orta in his 1563 book ColĂłquios dos simples e drogas da India. Centuries later, botanist Ralph Randles Stewart suggested it was named after William Jack (1795–1822), a Scottish botanist who worked for the East India Company in Bengal, Sumatra, and Malaysia
credit : Jackfruit


Jackfruit atau nama panggilan yang kita sebut di negara kita ni adalah Nangka. Menurut sumber dari Wiki -- si William Jack sorang Scottish botanist kot merupakan orang mula-mula yang guna sempena nama dia Jack. Macam dalam Yakult -- ada Bakteria Shirota -- pon sebab yang memula jumpa tu sorang Japanese Microbiologist yang bernama Minoru Shirota.

So lepas ni kalo ada jumpa buah ke makanan ke bakteria ke hape ke, boh je la nama sendiri. Aku tawu dah kalo si SS dengan si ZF kang ada la tu dia buat onar kehkehkeh =P



J75 Footwear

04 January 30 Comments

J75 footwear ni salah satu brand yang ada dalam beratus lagi jenama lain dalam online store MySale dot my. Lebih kurang sama macam konsep Zalora, Zawara dan online shopping sites yang lain jugak. Banyak pilihan pakaian yang ada daripada ujung kepala sampai ke hujung kaki. Ongkosnya je lagi ade ke tidak hehehe

J75 ni ada jugak untuk men and women. Untuk men biasalah ada casual wear, untuk sports, sandals. Dan macam biasalah untuk mowen memang lagi banyak. Baik dari segi casual, sports, sandals, wedges, boots, high top / low top sneakers, pumps. Haah tak larat nak senaraikan. 

Harga dia ? Padan dengan brand dan tahap selesa. Kalau aku ni mampu cuci mata je lah nengok kehkehkeh =D