Short Trip Di Cameron Highland | Part 1
anamizu
28 September
12 Comments
Selesai je program hari raya pertama Aidil Adha : beraya ke rumah jiran tetangga dan isi perut sana sini ziarah kengkawan zaman sekolah dedulu, balik rumah masing² tebongkang kenyang. Berhari raya ditemani jerebu adalah tak berapa ohsem.
Malam hari raya pertama tu aktiviti membakor otak-otak masih diteruskan sebab masih ada berbaki satu beg (50 pieces) lagi sebab semalamnye baru setel satu beg je kami kerjakan. Sambung malam raya pertama pulak. Sambil membakor tu si akak ipar aku tak habes² lagi dengan wishlist dia : Nak pergi Cameron Highland. Dah lama ekceli dia teringin nak pergi sana tapi bila nak pergi, ada je hal yang tak dapat dielakkan dan terpaksa di cancle trip nak mendaki ke Cameron Highland tu.
Untuk tak menghampakan keinginan akak ipar aku tu, Abang Long aku setuju jugak untuk tunaikan impian wife kesayangan dia. Pagi tu seawal jam 8.00 pagi kami gerak dari rumah dan terus masuk highway kat Sungkai dan keluar Simpang Pulai. Ekceli untuk ke Cameron Highland ni boleh naik ikut jalan Tapah tapi kat situ laluan jalannya agak sempit dan corner dia lebih tajam kalo dibandingkan ikut Simpang Pulai.
Kami pergi naik satu kereta je sebabnya...