Na, Mintak Tolong...
anamizu
17 November
18 Comments
Macam biasa.. Tempat kerja aku ni dah memang jadi tempat wajib untuk cecikgu terutamanya cikgu tadika mohon pertolongan sebabnye majoriti cecikgu tadika di kawasan sekitar kawasan kampung aku ni, cikgu-cikgunya berusia hampir 40-50 tahun. Maka dengan itu, apa saja yang melibatkan kerja-kerja pengkomputeran mesti terus datang ke tempat kerja aku ni sebab alasannya cuma DUA:
iaitu TAK PANDAI GUNA KOMPUTER dan TIADA MASA.
Untuk tahun ni, aku diminta untuk tolong designkan brochure
untuk hari pendaftaran murid tabika
kemasukan 2016 nanti. MINTAK TOLONG DESIGNKAN okay.
Untuk pengetahuan engkorang semua, aku memang takde ambil sebarang jurusan komputer ataupun design atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Aku jenis explore je selagi boleh. Dan untuk itu, demi membantu cecikgu tadika sekitar sini, aku tak kenakan sebarang charge pun selalunya. Artwork & Design (yang tak seberapa daripada kepala hotak aku tu aku tak charge apa pun kat deme)
Aku ni jugak ada satu kelemahan : SUSAH UNTUK MENOLAK KALAU ORANG MINTA TOLONG (depends jugak tolong dari segi apa. kalau melibatkan kewangan memang aku tolak tanpa was-was. hahahaha)
Entry kalini panjang lebih sikit daripada biasa. Kalau sanggup nak baca, boleh la klik readmore. Kalau tak sanggup, takyah teruskanlah kehkehkeh