Akhir Ramadhan-Bubur Lambuk

08 April 2 Comments

 



Jumaat (05 April 2024) adalah Jumaat terakhir Ramadhan tahun ni. 
Alhamdulillah berkesempatan turut serta gotong-royong sesi mengacau Bubur Lambuk.
Kami di sini Bubur Lambuk dibuat setiap hari Jumaat sepanjang Ramadhan.


Bermula seawal 8.30 pagi sama-sama buat kerja sorang sikit & kerja lebih ringan.
Menduga betul puasa kalini disebabkan cuaca yang panas lain macam.
Masing-masing terasa kering di tekak almaklumlah panas cuaca lagi, panas api lagi.
Kerja-kerja membungkus dan agihan semua selesai dilakukan sebelum waktu solat Jumaat.
Moga ibadah kita diterima oleh Allah SWT aminnnn~

Apa Jadi Menu Ramadhan 24?

05 April 4 Comments

 

Untuk Ramadhan Ke 24, aku berbuka bersama-sama dengan rakan-rakan di tempat kerja.

Kami berbuka di Smoke Cafe Tanjung Malim Perak.



Pada mulanya aku taknak beratur untuk ambil nasi disebabkan barisan yang panjang.
Aku lebih rela pergi ke stesyen lain macam bahagian Soto, Pecal,Sup-Sup dan laiin-lain.


Aku lebih rela terus pergi ke bahagian buah-buahan, roti sandwich dan roti jala.
Tapi tu lah roti jala tu sedih sikit tengok kejadian hasilnya sebegitu rupa hehehe

Sebenarnya walaupun keluar berbuka dengan kawan-kawan, 
hati tetap tertinggal di rumah sebab setiap hari dah wajib berbuka di rumah.
Tapi takpa sekali sekala meraikan bersama rakan sekerja, kita layankan aje hehehe

Alkisah Projek Rintis Tanaman Bawang

05 April 6 Comments

 




Projek Rintis Tanaman Bawang Besar-Besaran Jabatan Pertanian di Kampung Kuala Bikam,Sungkai Perak berjaya membuahkan hasil dengan mengeluarkan hasil sebanyak 2.3 tan metrik pada tuaian pertama hari ini (03 April 2024) yang melibatkan sebahagian daripada kawasan penanaman.

Fasa pertama penanaman bawang jenis BAW-1 yang dituai ini telah ditanam sejak Januari 2024 melibatkan kawasan seluas 0.6 hektar. 

Nampak tak kita boleh je tanam & tuai hasil di negara sendiri & elakkan kebergantungan dari sumber luar (kos mahal). 

Klik Di sini untuk cerita lengkap berkenaan Kisah Bawang 

Sumber : Facebook Jabatan Pertanian Negeri Perak




Apa Sebab Rajin Masak Untuk Jiran?

04 April 5 Comments


 

Soalan daripada Kak Fzy Fuzzy : "MakLang jiran sebelah tu ada anak lelaki tak?" hehehe


Yang sebenarnya anak-anak Maklang memang semua lelaki hehehe

MakLang ada 4 orang anak. Dan kesemuanya lelaki.

Anak Pertama (Along) dah kahwen & menetap di Penang.

Anak Kedua (Angah) otw kahwen & dulu menetap di Penang.

(Nekad balik kampung untuk jaga MakLang)

Anak Ketiga (Acik) dah kahwen & menetap di Kedah.

Anak Keempat (Acu) dah kahwen & menetap di Selangor.

Dan MakLang sebenarnya menghidap sakit masalah jantung.

MakLang dah tak kuat nak berdiri.

Aku jiran paling dekat dan rapat dengan MakLang. 

Itu antara sebab kenapa aku & mak selalu berbagi juadah pada MakLang.

MakLang memang selalu meluahkan betapa dia rasa cemburu sebab Mak ada Aku.

Ada aku (anak perempuan) yang dapat sama-sama ke dapur.

Ada anak perempuan untuk buat macam-macam sama-sama.

Tiap kali MakLang meluahkan rasa, memang bertakung air mata dia.

Aku bersyukur juga sebab walaupun MakLang hanya jiran tapi dah macam keluarga sendiri.

Moga MakLang dan kita semua sentiasa diberi kesihatan yang baik amin


Apa Menu Ramadhan 23

04 April 3 Comments

 

Untuk Ramadhan Ke 23 kami sekeluarga dimulakan dengan Sambal Udang.

Tapi takda petai sebab pusing cari takda orang jual pulak masa nak guna hehehe.

Dan kita buatkan Pajeri Nenas sebab MakLang Jiran Sebelah teringin nak makan.
Pajeri Nenas dan Pajeri Terung antara lauk feveret Abah juga sebenarnya hehehe


Dannn permintaan si Bong adalah tadaaaaa!
Rendang Kerang Sebelum Raya Menjelma hehehe


Untuk yang ni pula kami panggil Pulut Inti.
Mak teringin nak makan (minta tolong Bong tengok di Bazar tapi takda jual)
Jadi kita buat sendiri dan bagi-bagi jiran sorang sikit hehehe


Kita takda mangga Harum Manis. Kita ada mangga harum yang biasher-biasher je hehehe
Buah-buahan wajib kena ada untuk berbuka sebab Aku dan Abah paling suka buah-buahan.



Ramadhan semakin ke penghujung. Moga kita semua diberi kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan.


Antara Sebab Tak Balik Raya

03 April 14 Comments

 

 





Sebak baca perkongsian di media sosial. Ramai yang semakin terhimpit dengan zaman sekarang.

Setiap hari semakin keras hidup ni. Yang bujang boleh tahan lagi. Yang ada anak isteri T__T

Moga dipermudahkan segala urusan semua orang yang sedang menghadapi ujian.

Kita yang ada lebih ni, kita kongsi lah apa saja selagi terdaya :( 



Apa Menu Ramadhan 21 & 22

03 April 7 Comments

 

Untuk Ramadhan Ke 21 kami sekeluarga dimulakan dengan permintaan Bong nak lauk sambal tumis daging (dan kakak Bong tumpang makan dengan nasi impit hehehe)

Mak teringin makan masak lemak cili api ayam dan buat lebih untuk bagi MakLang jiran sebelah merasa serba sikit juadah yang ada.
Udang goreng tepung permintaan Bong juga. Sedap makan panas-panas dengan nasi. 
Makan meratah macam tu saja pun dah cukup memenuhi anak tekak hehehe


Menu Ramadhan Ke 22 kami dimulakan dengan daging juga tapi daging masak merah ala kedai tomyam. Bong memang feveret lauk daging masak apa saja sebab mudah makan tak perlu buang kulit macam makan ketam hehehe


Sayur campur tumis air pedas pedas manja sikit sebab Abah makan nasi wajib ada sayur.


Bong request nak makan Kueh Teow Sup dan kita turuti seperti biasa sebab tak rumit mana nak membuatnya, boleh berbagi sama jiran juga dan mudah makan waktu sahur hehehe

Dannnn kita dapat kuih peneram pemberian jiran tetangga asbab kita berbagi juadah masakan dari dapur kita tapi bukan buat sendiri katanya. Anaknya beli di bazar waktu pulang dari kerja.

Tak kisahlah yang penting sedap rangup makan sebab masih panas-panas lagi hehehe
Belum berkesempatan nak mencuba buat kuih peneram ni.
Tengok tahap kerajinan dulu nanti macam mana sebab kuih raya pun belum buat apa lagi hehe


Anak Saudara, Menu Ramadhan 19 & 20

02 April 13 Comments

 

Untuk Ramadhan Ke 19 & Ramadhan Ke 20 ada sikit keceriaan sebabnya si Kakak dan si Adik  pulang berpuasa di kampung Opah dan Tokwan di Perak yeayyy! 

Disebabkan cuaca masih lagi panasssss di pagi membawa ke awal petang hari, dua ketul anak saudara Acik Ana ni memang berendam dalam air tu je lah kerjaannye.

Disuruh sudah taknak lagi katanya sebab seronok sejuk berkubang dalam tu walaupun besar tapak tangan aje kolamnye tu. Awal dulu dah belikan kolam yang besar & dalam tu tapi dah bocor sebab yang tu turun temurun daripada Abang Rafael (Anak Saudara Sulung sekarang umur sudah 16 tahun).

Saja Acik Ana taknak belikan kolam besar sebab mudah nak kendalikan yang sederhana kecil macam ni. Nak simpan pun lebih mudah, tak makan banyak ruang sangat.

Moga kolam ni dapat bertahan lagi lah untuk 5-6 tahun akan datang sampai engkorang dapat sepupu lain (nak tunggu anak acik ana ni lamberttt lagi gayanya ehehehe).

Disebabkan kepulangan si Kakak dan si Adik, jadi ayahnya (Sofian) request nak makan lauk ikan talapia goreng rangup pedasss pedasss manja sikit. Kita buatkan 3 ekor saiz sederhana, boleh berbagi dengan jiran.


Sayur campur dengan udang serba sikit untuk kongsi dengan jiran tetangga juga sebab MakLang jiran sebelah rumah suka juga sayur campur macam ni.

Yang bulat-bulat ni pula permintaan budak dua ketul yang seronok berendam. Nak makan donut ball katanya, kita buatkan lebih sikit sebab belum sempat nak masak semua, dah tinggal sikit diorang bedal.
Untuk Ramadhan Ke 20, Ayah si Adik Kakak request nak lauk ayam bakar juicy dengan air asam.
Disebabkan sekali sekala balik kampung, kita usaha tunaikan permintaan semua orang hehehe

Tumis sayur air macam ni lauk feveret Abah dan Mak. Buat lebih juga dan bagi pada MakLang jiran sebelah sebab ini pun kegemaran MakLang jiran sebelah ehehehe


Si Bong minta buatkan Mee Kari sebab teringat masa MakLang jiran bagi Mee Kari beberapa hari yang lepas. Sambil bersilat dengan si budak dua ketul tu, kita siapkan Mee Kari untuk Bong.


Untuk buah memang harus ada sebab aku lah paling suka berbuka makan buah. Tekak aku jenis tak boleh nak makan juadah berat terus masa berbuka. Kena mula dengan air dan buah. Kemudian barulah perlahan-lahan jamah juadah lain.

Pisang Goreng Crispy cicah Cabai Kicap permintaan Sofian juga sebab bulan puasa memang jarang dapat jumpa peniaga jual pisang goreng.

Sofian beli Murtabak Daging di Bazar Ramadhan. Nasib baik beli sekeping saja sebab tak habis pun makan sebab semua orang lebih tertumpu makan juadah yang masak di rumah. 

(Aku dan Mak masih kekalkan rekod belum jejak Bazar Ramadhan untuk tahun ni hehehe)


Ini budak dua ketul seronok sangatlah lepas berendam dalam kolam, dapat ikut Mak & Ayah pergi membeli juadah di Bazar Ramadhan tapi diorang bukan beli juadah, tu ha rambang mata nak pilih, nasib baiklah EcoShop mesra pocket hehehe